Mek tonchet.
Uiksss, jangan salah faham dengan tajuk. Saja je tu bagi fancy sikit sebab nak pujuk diri sendiri supaya kembali aktif berbelog. Tambahan pulak, bila belek semula post bawah label ‘Aisya Hannah’, ada berapa kerat je. Bila bukak label ‘Alfiy Hafeez’ kemain berderet-deret, hah! Ala, korang pun semua macam tu jugak, kan. Masa anak sulung kemain banyak entri. Tiap-tiap bulan punya milestone pun korang update kan. Sampai anak 2, 3 dan seterusnya, nan hado.
Mengaku je la, weh. BHAHAHAHAHAHA
Alhamdulillah, Aisya dah masuk setahun tiga bulan gitu. Lari dah berdesup, hobi memanjat dan menggigit, sentiasa berselera makan non stop, masih breastfeed tapi body maintan selim camtu je. Anak-anak aku semua memang pesen camtu kot. Keluar dari perut semua kemain besar, bila besar jadik meninggi je, tak berapa nak melebar. Takpe lah, nak. Yang penting sihat walafiat, ye tak.
Ada beza ke jaga anak lelaki dan perempuan?
Sedari peringkat awal hamil lagi aku dah rasa banyak beza. Masa pregnant Alfiy, manjang lemah longlai, tak suka melawa, sembap satu badan dan rasa diri ni macam selekeh je. Macam-macam allergic pulak tu dari mula sampai ke sudah. Bila baby dah keluar, semput pulak nak supply susu on demand. Anak lelaki adalah sangat kuat menyusu! Selang sejam kot. Hari-hari stress kira stok susu tinggal berapa.
Berbeza masa pregnant Aisya. Aku hari-hari pun happy. Mabuk pun biasa-biasa je, boleh handle lagi. Manjang nak melawa, pakai tumit tinggi, mekap sana sini, mujur tak pakai bulu mata palsu je! heh. Menyusu pun boleh cater lagi. Takde lah perasaan nak nangis tiap kali bukak freezer tengok stok EBM. Dan, paling heaven adalah shopping baju baby girl yang macam-macam pesen dan memang terlampau mengundang. Pergi Tesco dengan niat nak beli ikan je pun, boleh terbeli gaun ropol-ropol barang sepasang dua. opsss.
Tapi, anak-anak aku jenis sangat aktif dan lasak. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Dua-dua pun sama naik. Selagi belum masuk waktu tidur, selagi tu lah diorang ligat buat projek juta-juta. Jangan terkejut pulak kot-kot ada yang terdengar suara aku memetir halilintar. In fact, ramai yang kata Aisya lagi lasak dari abang dia. Dah kena train main gusti hari-hari dengan Abang Alfiy dia, kan. Mau tak lasak anak dara aku.
Walaubagaimanapun, doa kami sentiasa yang baik-baik sahaja untuk anak-anak. Tak kiralah lelaki ke perempuan, dua-dua pun pembawa rahmat dan tuah dalam keluarga. Semoga anak-anak akan sentiasa selesa mendampingi kami sampai bila-bila. Jadik kawan baik yang cerita suka duka semua setia sama dikongsi. Jangan jemu nak peluk dan cium kami. Biar lekat sayang dan rindu kami.
Sampai hujung masa nanti.
Meowwwww!
HER : Fathers should teach their sons how to earn money because mothers teach their daughters how to spend it. LOL.