Friday, August 22, 2014

# MalaysiaBerkabung

10559657_10152395927478752_6828396462414507717_n

IMG-20140718-WA0026

Selamanya hidup dalam doa dan ingatan kami.

Selamat pulang ke tanahair.

#MH17 #RememberingMH370 #MalaysiaBerkabung

Thursday, August 7, 2014

Cerita Aidilfitri 2014.

RAYA 2014

My fantastic four.

 

Raya 2014 adalah ter-paling sibuk buat aku :

 

1. Persiapan Raya

Sibuk beli baju raya anak-anak. Tahun ni I dah ada anak dara, remember? Baju dia saja dah dekat 5 pasang. Belum kira kebaya, skirt kembang, gaun renda-renda. Eksaited hoiii. Lepas tu, rasa serba salah sendiri. Kena lah beli baju Abang Alfiy 5 pasang jugak. Biarpun dah tak tahu nak beli pesen macam mana untuk anak bujang yang dah pandai memilih baju sendiri ni. Adil dan saksama, katanya. Baju Mak Apaknya, esok nak raya, hari ni baru beli. Sehelai je pun. Lain-lain, recycle je. Ye lah kan, dah umur-umur macam ni, raya dah lebih untuk anak-anak je.

 

2. Majlis Perkahwinan

Adik yang nak kahwin, kakak yang sibuk. Lebih kepada menyibuk sebenarnya. heh. Fitrah anak sulung, kot. Adik dah besar panjang pun kita masih anggap macam budak-budak lagi. Semua pun kalau boleh kita nak uruskan untuk dia. Persiapan raya kat rumah Mak Abah kali ni nampaknya macam lebih kepada persiapan perkahwinan yang akan berlangsung hujung bulan Ogos ni. Sesiapa yang berada sekitar Tangkak, Johor jemputlah datang meraikan, ye. PM je untuk kad jemputan.

 

3. Rumah Terbuka

Memandangkan ini tahun kedua kami beraya di rumah sendiri, sesuai sangat dah untuk buat makan-makan jemput saudara-mara dan kenalan terdekat. Buat kecik-kecik je pun 9 Ogos ni. Kepada yang sudi, jemput datang lah ye, boleh PM untuk details undangan. Tak boleh nak publish sini, roboh pulak rumah aku kang kena serang. hihi.

 

Mohon maaf zahir batin.

Panjang umur, raya tahun depan kita jumpa lagi.