Thursday, February 27, 2014

Hormat.

Telefon berdering, panggilan dari nombor tak dikenali.

+60340501311

“Saya polan si polan dari Syarikat Takaful blaa blaa TakafulLink Hajj blaa blaa untuk ibu bapa pergi menunaikan Haji ke Mekah blaa blaaa blaa blaaa blaa blaaa blaa blaaa blaa blaaa…...“

 

Aku layan dan dengar. Siap angguk-angguk kepala tanda faham kononnya. Biarpun si tukang panggil ni cakap macam tak reti nak bubuh noktah. Bagi peluang dia beritahu apa yang perlu aku tahu.

 

“Boleh saya tau umur puan? Ibu bapa puan?”

 

Bila dah masuk bab perkara yang aku tak mahu dia tahu ni, aku jawab,

“Takpe lah. I’M NOT INTERESTED.”

 

Tak putus asa lagi, dia guna sentimen mak bapak pulak,

“eh.. tapi puan program ni khas ada link dengan simpanan untuk bawak ibu bapa ke Mekah blaa blaa murah je 45 ringgit sebulan. blaaa blaaa…”

 

Dengan penuh sopan aku menolak SEKALI LAGI.

“Takpe. Saya tak berminat. Parents saya dah ada semua tu. I’m NOT INTERESTED”

 

Dia mula tak puas hati.

“Puan terus-terang dengan saya, sebenarnya memang tak ada, kan. Jangan menipu. Jangan lah cakap dah ada apa semua tu blaa blaa blaa ini baru launch tahun ni blaa blaa..”

 

ehhhhhhhhh. Aku mula ‘panas’ dah.

“Parents saya dah ada insurans. Dan ada Tabung Haji untuk simpan duit pergi Haji. Jadi tak perlu lah semua ni lagi. And again, I’M NOT INTERESTED.”

 

Ayat penutup dia ni betul-betul buat aku ‘menggelegak’.

“Kalau macam tu cakaplah tak berminat. Jangan tipu kata dah ada. Kalau nanti keluarga atau anak puan jadik salesman akan kena macam saya ni. Assalamualaikum!”

 

“Hah? Apa awak cakap tadi?” sergah aku.

 

…. tuuuuuuutttttttttt.

Talian diputuskan.

 

 

Disclaimer :

Ini kisah benar. Dialog mungkin sedikit lari daripada yang asal tetapi yang penting maksud yang cuba disampaikan adalah sama. Aku memang punya ramai saudara-mara yang jadik agen insuran, kerja salesman. Sebab tu aku sentiasa layan any calls dari bank atau syarikat insuran dengan penuh rasa hormat, tanpa gagal. Seingat aku, kalau aku tak berminat, aku akan kata tak berminat tapi aku tetap bagi peluang mereka untuk bercakap dulu. Biarpun kadang-kadang aku tak fokus sangat pun dengan butir bicaranya.

 

Dah tu kenapa aku layan jugak? Letak je la telefon. Bo-layan kan aje. Buang masa.

Sebab aku rasa HORMAT.

 

Dah memang macam tu bidang kerja mereka. Jadi aku hormat dengan cara kerja mereka. Aku cuba letakkan diri aku dalam kasut mereka. Apa yang mereka rasa. Begitu jugak dengan akak cleaner ke, pak guard ofis ke, semua aku layan dengan rasa hormat.

 

keep-calm-and-respect-others-10

Bukan luak pun kau punya perasaan hormat tu kalau bagi kat sejuta orang setiap hari sekalipun.

 

 

HER : Belajar hormat orang lain dulu sebelum sibuk nak tagih hormat orang.

Tuesday, February 11, 2014

Cerita Mama Anak Dua.

Terus-terang cakap, aku dah jadik Mak tipikal yang bila anak tambah sorang  lagi, secara automatik kerja pun makin bertambah, maka jadik semakin busy. Oleh itu, belog pun semakin ke laut. Sibuk dan penat tapi seronok. Sungguh!

 

Entri ni dibuat bukan untuk tunjuk hero.

 

Jauh sekali nak iktiraf aku ni sebagai SuperMama yang kerja pagi balik malam, sempat masak telur goreng 3 rasa, lipat baju segunung, bela anak dua di samping layan kerenah suami dengan penuh rasa “oh, aku lah perempuan paling hebat dan bahagia di muka bumi ini.” Tak. Sekelumit pun tak.

 

Sekadar nak kongsi pengalaman aku waktu melalui hari-hari terawal dalam hidup sewaktu bergelar Mama beranak dua. Mungkin boleh jadik panduan atau membantu sedikit sebanyak bakal ibu kat luar sana. Lebih-lebih lagi yang punya anak sulung lebih kurang sebaya Alfiy.

 

Jom sama-sama kita berkongsi.

  • Sepanjang tempoh pregnancy anak kedua, sentiasa beritahu si sulung akan kehadiran adiknya dalam perut mama. Pupuk rasa sayang antara dia dan adiknya. Mula bahasakan diri dia sebagai ‘Ábang’atau ‘Kakak’ supaya dia terbiasa dengan gelaran tu dan mula belajar untuk sesuaikan diri serta faham he is no longer the only child soon.

 

  • Masuk hari-hari terakhir sebelum bersalin, sentiasa beritahu apa yang akan berlaku. Kenapa Mama tak ada nanti. Mama pergi mana. Buat apa. Contohnya, “Nanti Mama masuk hospital, duduk dengan Papa ok. Kejaaaap je. Nenek ade, Autie ade, semua orang pun datang. Nanti Mama bawak Adik Baby balik rumah kite”

 

  • Bagi kepercayaan kat orang lain selain daripada suami untuk tolong jaga dan entertain si sulung. Brief siap-siap. Besar kemungkinan, sewaktu minggu melahirkan nanti, Papa pun akan sibuk. Takut tak terlayan dan tak dapat bagi 100% perhatian pada si sulung nanti.

 

  • Pastikan sebelum kelahiran baby baru, dah prepare hadiah untuk yang sulung. Motif ? Dalam kita tak sedar, si sulung ni berasa hati jugak bila semua orang datang visit hanya bagi hadiah kat si adik je.

 

  • Sebelum bersalin, build a comfy nest. Maksudnya, pastikan semua barang keperluan adalah within reach. Dah siapkan tempat yang selesa untuk anak-anak. Declare kat si sulung yang mana katil dia, mana katil baby, barang apa yang perlu share dengan Adik. Takde lah nanti jadik culture shock sangat kat dia. Dah lah kena kongsi Papa Mama dia, barang-barang pun nak kena kongsi jugak ke? Gitu.

 

Apa-apapun, kite nak kena betul-betul pyhsically and mentally prepared. Lebih-lebih lagi si Mama. Almaklumlah, baru-baru lepas bersalin, hormon sangat terumbang-ambing. Bunyik dengkur yang dah biasa didengari selama bertahun-tahun pun boleh jadikkan kite stress, ok *kisah benar*

 

Always expect the unexpected.

Si sulung berkemungkinan akan cranky dalam tempoh 1-2 minggu pertama lepas kelahiran adiknya. Macam-macam perangai aneh akan keluar. Alfiy dulu siap pakej dengan demam sekali.

 

Itulah cara si sulung nak tarik perhatian Mak Ayah dia yang sekarang dah banyak tertumpu kat adiknya. Aku kalau dah tak boleh handle perangai si Alfiy dulu, memang terus serah kat Papa dia je lah. Bukan apa, takut meletup, lepas tu meroyan. heh.

 

Memang nak kena banyak banyak banyak banyak banyak SABAR.

1653984_10151989977543752_1574480056_n

Bintang sulung dan puteri buluh betong.

 

 

HER : Baru anak dua, kejap lagi dah 3, 4, 5 makin terer kot :p