Monday, October 10, 2011

Senarai Gembira Untuk Si Bakal PaMa #03.

Menjadi Mama pada zaman 2000-an ni lagi mencabar daripada mak-mak kita dulu kot. Zaman serba moden ni, barang keperluan bayi pun terlalu banyak pilihan dengan fungsi pelbagai yang canggih-manggih. Sampaikan nak beli botol susu anak pun nak kena baca review dulu kat internet. Ye lah kan, lumrah menjadik ibu bapa, kalau boleh, nak bagi yang terbaik je untuk anak.


Aku pun tak terkecuali. Sikit punya teliti dan cerewet kalau masuk bab membeli untuk anak. Hinggalah sampai ke satu tahap, aku rasa kaedah terbaik untuk dapatkan yang terbaik untuk anak adalah melalui cara ‘try and error’. Sebab setiap anak kan unik. Produk terbaik dan tercanggih di pasaran belum tentu jadi yang terbaik untuk anak kita.


P1030241

Hasil ‘try and error’ sejak Alfiy dah mula makan solid food.


1. Kid Basix Safe Sippy2 Stainless Steel 2-in-1 Sippy to Straw Bottle (RM 60++)

Gara-gara terpengaruh dengan kempen kurangkan penggunaan barang plastik dalam kehidupan harian. Botol ni jenis stainless steel. Ada 2 fungsi dalam 1; convertible sippy to straw bottle. Boleh pakai dalam jangka masa panjang la. Kool, huh? Jarang guna sebab rasa macam leceh nak guna stopper dan terlalu banyak parts. Ambik kau, nak canggih sangat kan.


2. Tommee Tippee Explora Truly Spill Proof Straw Cup (RM 35)

Suka sebab design yang fancy dan nampak maskulin gitu untuk anak lelaki. Jenis flip, sangat praktikal for on-the-go sebab takyah sibuk nak bawak stopper atau penutup. Air tak pernah tumpah biarpun Alfiy buat main jadikan lempar cakera. Tapi, dah nama pun non spill and leak proof, nak sedut pun agak payah. Memang purposely dibuat macam tu, nak elak bayi tersedak. Satu lagi, parts pun agak complicated dan kalau silap pasang, sedut-sedut, langsung takde setitis air yang keluar.


3. MAM Trainer Cup (RM 30++)

Beli mula-mula sekali masa Alfiy dah start makan. Imitate botol susu sikit sebab spout dia ada rupa macam puting botol susu. Sesuai untuk bayi yang baru nak mula belajar pakai training cup dan tak reti minum guna straw. Design pun sangat cute. Again, masalah penutup yang berasingan dengan botol.


4. Dr. Brown’s Natural Flow Soft Spout Trainer Cup (RM 20++)

Alfiy minum susu sekarang ni tak pakai botol dah. Dia nak minum pakai sippy cup ni. Soft spout tu boleh ganti dengan hard spout yang dijual berasingan. Tapi agak leceh bila nak bawak keluar berjalan sebab nak kena bawak sekali stopper dan penutup. Kejap-kejap tertinggal penutup lah, terlupa bawak stopper lah, habis basah lencun diapers bag sebab air tumpah.


Dan, masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Anugerah bagi The Best Bottle of The Year 2011 telah jatuh kepada...


P1030236

BROS Crystal Plus Straw Bottle !!!!

Fancy, praktikal dan murah.


Boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna di pasaraya Jusco, Giant dan Tesco berdekatan dengan harga RM 7 – RM 15 sahaja. Tanpa penutup berasingan, tak perlu stopper, cuma isi air, flip dan sedut! Paling penting, BPA Free! Siap aku beli sebijik yang besar gambar zirafah tu untuk diri sendiri. heh. Bila minum guna straw, tak perasan yang kita minum banyak air dalam satu masa. Sekejap je dah habis satu botol, kejap-kejap nak kena refill. Sekaligus, menggalakkan minum air dengan lebih banyak.


P1030239

Tengok, Alfiy tetap pilih botol RM 7 tersebut. Beriya-iya lah Mama dia ni melabur yang mahal-mahal lagi canggih untuk dia (-_-)



HER : Bukan botol je, diapers pun main try & error. Tak sesuai, tersadai lah tak pakai. Takkan nak jual as pre-loved pulak kan?

12 comments:

  1. mak aih mahal gile harga botol sekarang. sudahnye si anak setia dgn yg murah je. i rase u patut try dgn yg paling murah dulu baru try yg mahal. haha.

    ReplyDelete
  2. Setujuk dengan xeea punye facts ;) try n error....tapi banyak betul try n error xeea...huhuhu... Btw,thanks dear for ur info... :)

    ReplyDelete
  3. Fahrin pon same gak. Ade MAM tu tapi let go kat kak Aishah hehehe

    Skang dan dari dulu pon dia pilih botol Anakku :p

    Dulu penah gak buat list nak beli botol safe tu, tapi of out stock pulek. Sudahnye stick ngan Anakku ghahaha

    Tapi yang bros neh memang lawa ek design dia. Nampak sleek

    ReplyDelete
  4. fad :
    hahahahahaha kan? Konon2 nak canggih la bagi try yg mahal2 je. Sudahnya, yg murah jugak yg dia suka. Pasrah.

    mrs nageb :
    New mom gini la. Kemaruk sgt membeli utk anak. Nak jual as preloved mcm sayang pulak. heehehe

    reen :
    Anakku pun anakku lah kan, asalkan ko bahagia, nak. Boleh try beli Bros ni jugak Reen sbb lebih kurang je mcm botol Anakku, Pureen sume tu, just design dia la chun sket. Takde la plain boring.

    KidBasix Safe bottle tu nak simpan buat Alfiy bwk gi sekolah besar nanti. hihi

    ReplyDelete
  5. Yaya pon suka BROS sebab dia fancy color menarik gitu.

    tapi sekarang auf guna rubbermaid kids sip bottle sebab ade bentuk2 lion lah,dino lah,bear lah. tapi sebab utama adalah ia freeee sebab bonda dia kerja kilang plastic buat bottle nih. hahahaha. :P

    ReplyDelete
  6. ye la xea, selama nie dok membazir beli yg mahal2...hari tue, dah usha tapi tak sempat nak grab...will get one for icha nanti...jimat duit mak :D

    ReplyDelete
  7. Hahaha, kita pun ada jumpa haritu but belum beli lagi. Pandai Alfiy, langkah penjimatan.

    ReplyDelete
  8. Paling tak suka kalau tutup berasingan..
    nanti asyik hilang je..

    Dah hilang nanti nak bawa keluar dah payah..
    pastu kid ni jenis cerewet kalau ada parts yang hilang..
    mulalah simpan terus dalam gobok..
    padahal masih boleh pakai lagi..
    tak ke membazir tu... :P

    Yang ada gambar zirafah tu cool lah..
    rasa macam nak rembat buat Haqq juga.. :P

    ReplyDelete
  9. ym rm7 lebih selesa kot.. tu yg alfiy suke

    ReplyDelete
  10. kita nye koleksi botol pon lebih kurang je haaa.. berderet2, tp yg minat pakai satu dua jek.

    ReplyDelete
  11. xeea
    kaisya starts pandai minum pakai straw me belikan dia botol yg murah2 je. tp bila beli murah sgt sekali lempar nak tanggal straw, or tercabut tutupnya. haha tp klu BROS nyer brand tahan lama sikit. plus design unik. :)

    ReplyDelete
  12. Yaya :
    Tak pernah jumpe pun botol Rubbermaid yg bentuk animal tu? Biasa jumpa yg normal shape je. Ke special selling kat staf je?

    MamaMarissa :
    Grab jgn tak grab. Tapi nak kena pandai carik jugak sebab botol Bros ni laku gile esp kat Giant. Design cantik2 semuanya cepat habis.

    Fie :
    Saje taw Alfiy nak bagi Mama sentap. Takpe, nanti nak paksa jugak dia minum pakai botol2 mahal tu. hehehe

    Kid :
    kan? Tak suka betul nak kena bawak penutup lah, stopper lah. Leceh.

    Farhanna :
    Iye kot. Senang nak sedut. Tapi kalau dia gelojoh sgt, selalu tersedak minum air pakai Bros tu. Kalau baby yg baru nak belajar guna straw, better pakai botol jenis non spill la.

    Sha :
    Budak2 ni mmg dah pandai demand kan. Amboi.

    Ann :
    Tu lah. Pernah jugak beli botol Tollyjoy. Baru pakai 2x kali, Alfiy lempar terus crack. Nak kena beli baru lagi. Not worth the money.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.