Tuesday, November 23, 2010

Obesiti Semasa Hamil Adalah Anugerah.

…ia bukan satu JENAYAH.

 

tummy

Besaaaar punyaaaa!

 

Tak dinafikan, ada ketika terbit rasa rindu waktu hamil.

 

Rindu saat  jalan terkdek-kedek macam penguin, membawak Alfiy ke hulu ke hilir 24 jam tak pernah berenggang. Rindu nak usap perut yang makin hari makin menegang dan merekah-rekah. Rindu tika suami peliharaan berborak-borak dengan baby kecik kat dalam, walau pada kebanyakan masa Cfu lebih suka buat gerakan ‘gempa bumi’ nak suruh baby kecik bangun (-_-) oh, we used to call Alfiy as 'baby kecik' masa tu. Sekali keluar, kemain besar. heh.


Bagi yang mengikuti perjalanan aku selama 9 bulan sebelum ni, memang dah sedia maklum yang ia tidak lah begitu indah buat aku. Sedari awal lagi aku dah mengalami alahan yang teruk hinggalah ke akhir trimester. Keluar masuk hospital, perkara biasa. Cuti sakit, berbakul-bakul. 


Tapi, aku bersyukur atas semuanya.


Aku anggapkan sebagai satu nikmat yang tak semua orang boleh rasa. Satu pengalaman berharga yang tak dapat nak dijual beli dari mana-mana. Aku cuma perlukan kekuatan diri, suami dan keluarga untuk harungi semua.


Adakala, hati memang mudah terguris.


Lebih-lebih lagi, tiap kali orang suka nak bandingkan diri kita dengan yang lain. Gemar momokkan kita dengan macam-macam telahan dan andaian yang entah dari mana datangnya. Cakap ikut sedap, seolah-olah simptom yang kita alami tu, sesuatu yang sungguh aneh. Buat kita rasa diri macam seekor alien.


Eh, besar nya perut kau, padahal baru berapa bulan!


Teruknya perut kau merekah! Aku dulu takde strech mark pun!


Jangan ikutkan sangat mabuk-mabuk kau tu, psikologi je!


Si polan tu pregnant baya kau jugak, tapi takde lah besar gini aku tengok. Kau ni kuat tido, kuat makan. Sebab tu lah!


Itu contoh.


Kalau cakap sekali, aku terima seadanya sambil sengih-sengih. Masuk dua kali, aku senyapkan je. Sampai tiga kali, siaplah aku tarik muka, tak kuasa dah nak pendam rasa. Paling tidak, Cfu lah jadik mangsa maki dan tadah aku punya nangis berhingus semua.


Point aku kat sini, dah tau yang ibu mengandung tu cukup banyak mengharungi susah jerih payah ‘membawak budak’, tak perlu lah kita orang sekeliling ni menambahkan lagi ‘beban’ yang perlu dia tanggung. Kan dah tahu yang kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang.


Apa salah nya, bagi kata-kata semangat dan motivasi. Takde ruginya kalau kita memuji dengan kata-kata manis. Sekurang-kurangnya, lupa kejap si ibu mengandung tadi terhadap sakit-sakit belakang yang dia alami tiap hari, kurang rasa bengkak kat kaki dan ringan sikit rasa nak bawak perut sendiri.


Jangan sekali-kali sakiti hati mereka.

Beban emosi tu lebih sakit, tahu!



HER : Istimewa buat rakan-rakan yang sedang hamil, nikmati saat-saat 9 bulan ni sepenuhnya, biar sepahit mana pun perjalanan yang perlu dilalui.

28 comments:

  1. rinduuu bertandang lagi..
    *nyanyi lagu hattan* :p

    hehe tp serius..rindu saat2 itu kan??
    rindu rindu rinduuuu :)

    ReplyDelete
  2. peringatan yg bagus utk smua bakal2 ibu =)

    ReplyDelete
  3. eh betollah!
    kadang keadaan org tu sedia ada stress, lagi mahu tmbah stress..appa daa...

    ReplyDelete
  4. thanks for the n3,kak suzie ni antara yg teruk juga alami sampai at one time i feel give up dgn everything esp bab nak menahan segala dugaan yg kadang2 terbabas tahap kesabaran :'( n tu la paling sakit bila kita tak sihat org ingat kita pretend..haihh..
    i feel being pregnant ni tak best tp bila fikir anak tu sejuk sket hati

    ReplyDelete
  5. saye pon rindu jugak perut muncit saye tuh. jom nnti kite pregnant same timing lagi jom. hehe

    ReplyDelete
  6. setuju 100%!!!!

    orang gitu jugak, tambah2 lagi yang bercakap bukan orang lain.. sedare mare rakan terdekat.. geram!

    ReplyDelete
  7. saya juga sangat rindu saat berperut besar itu :)

    ReplyDelete
  8. Skrg tgh mabuk2 teruk mcm sis dulu. Hopefully cepat la ilang mabuk2 ni sbb sungguh tak larat nak buat kerja satu ape pun...

    ReplyDelete
  9. sy y sedang mengusung perut y sarat...w/pon kata2 orang tu kadang2 bole buat kt naik hantu tp percaya lah ini moment y sgt bes...:)

    ReplyDelete
  10. besar salah kecik salah..orang keliling ni mmg ada je benda diorang nak komplen kan?..

    oh sgt rindu perut mcm itu dulu..

    ReplyDelete
  11. rindu kan... saya ni...
    Aliyy Amsyar, lagi 3 bulan nak 2 tahun... perkara yang buat saya rindu sangat2.. is... masa die kecik..baby...2-3 months...4 months..5 month...rindu sangat2...now bile die tido..masih lagi terkenang aksi2 baby die... n bile tgk scan picture...tak sangka..muke yang kite nampk tu..mmg itulah die... so amazing..being a mom...pregnant..deliver..baby.. ukhs best!

    ReplyDelete
  12. berat mata memandang kn..tp betul, 9bulan itu punya kisah y cukup indah. bahagian masing2..;)

    ReplyDelete
  13. ya btol..dh ler nk mengendong nyawa tu susah tmbh lg nk sakitkan hti org..

    ReplyDelete
  14. sgt setuju!!!and now saya tgh harungi perkara yg sama...huhu sgt tension..

    ReplyDelete
  15. being pregnant is a license to eat a lot and nobody will ever stop u for doing that ngeeeeeeeee

    ReplyDelete
  16. like your entry xeea :)
    sebab tu la, ade kaum ibu yg tak serik nak pregnant lagi w'pun sakit waktu bersalin tu sgt sakit..disebabkan pengalaman mase pregnant tu lah yg sgt indah & berharga kan :)

    p/s: badan ni takmo surut2 jgk heee..menternak lemak :)

    ReplyDelete
  17. betul laa...diorang semua cakap kenapa perut daku besar walau baru 3 bulan stgh.diorang pon mengata tu perut besar sebab baby ke sebab lemak banyak kuat makan.ish.mula la nak nyanyi 'bukan ku pinta jadi begini'.nak pakai baju mengandung pulak takut org ofis mengata 'amboi awainya pakai baju ngandung' padahal kain baju kurung semua takleh zip dah.
    mengapakah diorang ni kijam??

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. kalau dah takde benda nak bercakap,diam tu lagi datang faedah.satgi diam,kita ni dikata ibu mengandung kekwat!ada2 je diorang ni..macam diorang tu lah paling sempurna!huh.sabar banyak2&ingat Tuhan selalu.syaiton nirrojim ni bersepah kat mana2 dalam pelbagai rupa..haha

    ReplyDelete
  20. sabar je la mama...
    semua orang berbeza pengalaman semasa mengandung..
    ada yang beruntung sangat sebab tiada masalah apa-apapun...
    ada pula yang dapat penyakit..

    ada orang rezekinya bersalin normal..
    ada orang pula terpaksa belah perut (macam saya)
    tapi perjuangannya tetap sama kan..?!

    macam mama cakap..
    itu semua anugerah..
    dan akhirnya mama telah tempuhi dengan selamat.. :)

    ReplyDelete
  21. i think pregnant moms look sexy yawww!

    ;)

    ReplyDelete
  22. saya pun rindu time pregnant.. rindu nak pakai baju besar2.. hubby pun ada cakap "i miss when ur 'fat'" hahaha..

    salam perkenalan...

    ReplyDelete
  23. nano :
    adoiiii. kuar dah lagu scoin dia. eh, btol ah scoin kan? ke spoon hah? ke springZ? ah, sudahhhh

    sharena :
    utk tuan punye diri jugak :)

    faza :
    mulut orang, kan. sape boleh tutup? tempayan ke, boleh la.

    k suzie :
    mmg bila dikenang2, rasa mcm malas je nk pegnen. lg pulak bila teringat sakit nak bersalin. tp, once u see ur baby, sume perasaan tu mcm dah di overshadow dgn perasaan hepi dpt baby. trust me!

    sha :
    nak kena tengok kalendar dulu :p

    reen :
    sbb tu la ada quotes, “Why do we hurt the most. The ones we love the most!”

    farah :
    100% agree!

    mrs nageb :
    kan? mcm terasa2 je lg. maybe sbb 1st time kot. org yg dah 4,5 org anak, entah2 tak heran pun.

    sophie :
    ubat nye mmg rehat je pun. takyah pikir menda lain esp. part ckp2 org.

    luv like this :
    pedulik la kan? kita yg membawak perut, kita tahu lah camana rasanya. after all, being pregnant is such a blessing!

    wardah :
    so, bila planning for 2nd? :p

    dayah :
    no worries. tak lama dah tu, u'll experience the same thing all over again. cuma different baby laa. hee

    mrs syediz :
    *hug u back!*

    nur easy :
    berat lagi bahu memikul, bila terpaksa berjauhan dgn baby yg dah dibawak selama 9 bulan,kan? iskkk.

    aziyana :
    mana ada orang nak amek pedulik ttg susah senang kita. sabar je lah, kan.

    rienasham :
    u're not alone, rina. hang in there. tak lama dah tu :)

    yatie :
    oh, how i miss to eat a big large tub of raspberry ice cream, without feeling guilty!

    hanie :
    kalau lah kita kaum mak-mak ni serik takmo pegnen lagi, mau tak berkembang le kapasiti rakyat Malaysia, tak gitu? huu

    wanie :
    ala, u slambe je cakap, "sbb ai rasa anggun bila berbaju pegnen gini. kau ado?" bagi depa sentap sket. hahaha *batu api*

    saloma :
    kalau kite diam, diorang pun ikut diam, takpe gak. ini tidak, making menggalak pulak dia melaser! adoiiii

    mak haqq :
    alhamdulillah, syukur. tiap orang ada bahagian masing-masing. terima seadanya :)

    zu :
    me too! *konfiden*

    mrs daydeck :
    my hasben pun selalu ckp camtu. di suka time i bulat2. hee

    nice knowing u, btw!

    ReplyDelete
  24. xeaa, am enjoying my 7th month pregnancy. mmh lebih kurang samalah. masa mabuk, macam2 org kata. huhu dorang tak rasa. dan masa ni mmg la lain mcm sensitifnya. pulak tu byk dugann la jugak. huhuh. tapi bila tengok perut, bila rasa baby gerak, happy sangat2. no wonder u all mommies rindu being pregnant :)

    ReplyDelete
  25. xea..aku skrg tertekan makcik2 dok compare perut aku yang still leper dgn org2 yg kawen lebih kurang sama dgn aku..tp perut da buncit...sedih sgt!

    takkan aku kena tulis kat dahi aku "saya dah gugur 2kali...'

    sakit gugur & berpantang tak hilang lagi...hati pulak tambah sakit..

    mcm nak gila rase!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.