Monday, May 24, 2010

Separuh Jalan. Ada Separuh Lagi.

Masuk 24 minggu.

Kaki aku dah serupa kayu balak.


Takde maknanya lagi kaki bak bunting padi ke apa. Asal berjalan banyak sikit, habis lenguh rasa macam nak patah dua. Malam pulak, dah mula meragam nak cramp, tegang urat semua. Gara-gara tak mampu nak tampung berat badan berlebihan, gamaknya. Selulit tak payah cerita. Tumbuh melata. tsk.

nomm 066

Sekarang ni, hanya layak sarung selipar Bata mak-mak yang balik-balik design serupa. Asalkan selesa. Abaikan kaki yang berkuku drakula tersebut. Sekarang ni, nak tunduk ketip kuku kaki pun macam payah.


nomm 076

Takpun pakai kasut yang ada ciri-ciri urut kaki, gitu. Ni pun kira orait lah. Nak beli mesin urut Ogawa, macam masih belum mampu milik lagi. heh.


nomm 072

Stylo habis pun, hanya mampu menggayakan kasut jenis flat pumps jenama buaya nih. Itupun, takyah mengada nak pakai pergi tawaf satu shopping complex. Memang saja carik nahas lah jawabnya. Ada kang terhinjut-hinjut balik kaki ayam je nanti.


shuz

Tak kuasa dah nak melaram dengan kasut-kasut tinggi peep toe ke, gladiator ke, but ke apa semua tu, memang elok duduk dalam kotak je. Lalu depan kedai kasut, nak-nak pulak yang tayang diskaun sampai 70% tu, buat-buat macam tak nampak je. Padahal, dalam hati, meronta-ronta gedik mahu borong satu kedai! T___T


Belum masuk trimester 3 lagi.

Kaki aku serupa apa lah agaknya?

Hakhogen pun boleh nangis kot sebab dah ada saingan.


Walau apa pun, onak dan duri sanggup ku redah. Inikan setakat selulit, stretch marks, kaki bengkak, pakej sakit pinggang + punggung, hidung kembang, pipi tembam, muka berminyak, sakit ulu hati, muntah hijau yadda yadda. Takde apa nak diherankan.


Demi nyawa kecil yang sedang dikendong ni, biarpun obesiti, mak sanggup, nak. ewah.


Lagi 3 bulan je lagi.

Berusaha!


nomm 082 eh eh. Kasut siapa lah pulak nih?



HER : Bukan mudah nak menjadik seorang ibu.

12 comments:

  1. oloh2 comelnyer kasut bebiri itu... kesian mak yong ni ek... takper, ganjarannyer besar. Yg penting niatkan segala yg anda tempuhi skrg adalah kerana Allah, pasti pahal yg menanti setiap pengorbanan itu..

    ReplyDelete
  2. awlnye kaki xea bengkak..masa mun dulu biler dah hujung2 peknen br start bengkak tau..papepown jg diri bebaik k...comel kasut tue

    ReplyDelete
  3. kasut si kecil tu Umar ada. tp katak. terpaksa beli sebab lupa pakaikan dia kasut masa keluar. wakaka!

    ReplyDelete
  4. saye pon ade! kasut katak ok! haha.. eh, mcm tersama ngan hidd pulak. :P

    awk jgn byk sgt berjalan ok. takot nnti jadik sgt bengkak, lgsung tak larat nak berjalan. minum susu byk2 ok, or amik calcium. nnti tak cramp lg. saye arituh pon cramp,tp alhamdulillah, sejak belasah susu ni, makin ok dah..:)

    ape2pon, saye doakan kita semua & baby2 kita sehat hendaknya sepanjang 9bulan ni. chaiyok mommy! :)

    ReplyDelete
  5. kaki bengkak sbb berdiri lama sgt kot xeea. kalau leh, jgn berdiir lama2, kang malam2 cramp susah plak nk tdo. jgn lupa masa tdo tu, lapik bantal tinggi kat kaki so that kaki tak la lenguh sgt.

    *berusahalah!* hehe

    ReplyDelete
  6. aku alhamdulillah xder masalah kaki bengkak lg wei..tp aku ade masalah alergic tahap gaban skang..huhu...da xleh mkn ayam, seafood, ikan pun xleh sebarangan...kalo x meraung la aku...bukan takat gatal...abih 1 badan naik merah2 cam demam campak..huhu..tgk bdn sendiri pun aku da geli..seksa gak pregnant ni sebenarnye..huhu

    ReplyDelete
  7. utk hilangkan bengkak (sekadar nak share yg org lain bgtau) :D
    mase tido, pakai stokin, dan tinggi kan kaki tu dengan bantal mase awal2 tido..time dah tido tu, lantak aje...kalau bantal tu lari2 ehehe :P

    ReplyDelete
  8. teringat dulu kaki nurul bengkak mcm belon

    ReplyDelete
  9. comel kasut baby tuh..

    xpe kak.. enjoy abes2 time pregnant neh.. nnt baby da kua kne enjoy time pantang lak.. hehehe

    ReplyDelete
  10. salam,puan afziha dah bersalin ker?? :)

    ReplyDelete
  11. zul :
    tu lah. sentiasa betulkan niat, biar ikhlas, baru dapat pahala. ko pun, bila baca ni, baru paham macam mana bini ko rasa, kan?

    mun :
    takde la permanently bengkak. kadang2 je, bila byk sgt berjalan. huu TQ

    hidd :
    ni cfu yg beriya nak beli. memula, ingat nak bagi kat kawan dia, last2, simpan untuk anak sendirik :p

    misha :
    hahaha ade jugak ke? boleh buat boria aa camnih.

    sy minum susu dah hari2. tak cukup dgn tu, mkn pil kalsium lagi. tp, dah byk sgt jalan kot, cramp jugak kaki. chaiyyookkk mommy!

    easyou :
    tu baru satu. banyak lagi dlm koleksi. mak dia kemaruk sopping lebih2 utk si kecik ni. hee

    yatie :
    tu lah. dah nama pun mengajar, kan. takkan nak duduk je. nak tak nak, kena berdiri jugak. thanx for the tips, neway!

    juju :
    wahhh. ko nye ujian lagi dasat. takpe takpe, seksa tapi nikmat sebenarnya. huu

    hanie :
    oh, tak terfikir pulak nak pakai sock masa tido selama ni. sbb asik panas je kan. selimut ape semua pun sy tolak tepi. thnx for the tips!

    nurul :
    uiii... mintak2 la tak jadik sampai macam tu. huu

    reen :
    tengah berusaha untuk enjoy la nih. bukan semua orang merasa, ye tak?

    ayie :
    blom lagi. masih bertahan :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.