Monday, January 18, 2010

Fikirkan Boleh, Fikirkan Positif.

Masih lagi kalut dengan kehidupan di tempat baru.


Tapi, macam dah boleh blah sikit lah. Dah tau sikit-sikit port kedai makan mana yang paling sedap. Dan boleh ulang alik makan pagi, petang, siang, malam kat kedai yang sama. Sampai hafal semua menu. Selain tu, dah pandai bajet masa bertolak dari rumah ke tempat kerja dan sampai ngam-ngam ho 5 minit sebelum thumb print merah. Bravo.


Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.


Walau di mana pun kita berada, cuba berusaha untuk sesuaikan diri. Selami setiap budaya, bahasa dan selok-belok tempat yang kita diami. Benda-benda macam ni lah yang banyak aku belajar selama berada di tempat orang. Pengalaman ni lah yang akan kita bawak jadi bekalan hidup paling berharga. Yang takkan dapat dibeli di mana-mana.


Paling penting, sentiasa POSITIF.


Walau berat mana pun beban yang dipikul, sentiasa positif. Walau sepahit mana pun rasa yang perlu ditelan, sentiasa positif. Walau seteruk mana pun kita dicaci, ingatlah bahawa kita ini takkan mati dek keji mahupun hidup dek puji orang.


Pendek kata, kita perlu sentiasa optimis!

.

.

.

IMG_0645

Positif!

:)



HER : Pohon didoakan yang baik-baik dan selamat menempuhi fasa baru ini hingga ke akhirnya. Insya'Allah.

Sunday, January 10, 2010

Kisah ‘Orang Laut’ Terhebat.

Sedikit update sekadar buat melepas rindu dendam terhadap alam blogging penuh misteri. Hidup aku kat tempat baru ni, masih belum stabil lagi. Belum dapat rentak. Terumbang-ambing bagai dilambung ombak.


Dah nama pun berumah di tepi pantai, kan.


Tak percaya?

Ini lah pemandangan yang aku lihat setiap hari. Dari rumah sampailah ke tempat kerja. Laut, laut, laut, dan laut lagi. heh.


IMG_0529

raya 178

IMG_0504

Silalah percaya.


Jangan sampai memaksa aku nyanyi lagu ‘percayalah’ mahupun ‘kerana percayakan Siti’. Sebab aku pun macam tak percaya dengan diri sendiri yang masih lagi bertahan hingga ke saat ini, tanpa insan tercinta di sisi temankan tengok Juara Lagu kat TV. Dasar loser. tsk.


raya 180

Doakan agar aku berjaya menempuh fasa hidup kali ni dengan penuh cekal dan kekal fotogedik seperti ini walau dicampak ke hulu ceruk mana sekalipun!



HER : Serius, aku nak carik Doraemon sekarang, nak mintak alat yang boleh cepatkan masa.