Monday, May 25, 2009

Prinsip Poyo Usia 18 ; Gigi Bongsu pun Belum Ada, Inikan Pulak Cinta.

Kurang dari seminggu, angka usia akan tambah lagi satu.


Dah capai jubli perak.

Orang kata, dah cukup masak.


Selain ahli keluarga, hanya orang-orang terdekat je tahu yang aku sentiasa sambut ulang tahun ke-18 setiap tahun. Profile Friendster sejak tahun 2003 pun tunjuk umur aku 18 je. Tak pernah berubah. Kek harijadi yang Cfu bagi, lilin nya tak pernah lebih daripada 18. Kalau lebih, aku akan mogok tak mandi, sampai lah lilin tu disusun semula jadik genap 18. Tak lebih, tak kurang.


Tapi, takde siapa tahu apa signifikan di sebalik usia 18 tu.


1293772727633lBukan sekadar suka-suka, mengada tak nak mengaku tua.


Pada aku, usia 18 tu macam major turning point dalam hidup seseorang. Titik mula kehidupan realiti. Masa tu, macam ada hak ekslusif, banyak keputusan yang dibuat, akan beri impak besar dalam jalan hidup yang seterusnya. Tentukan sama ada haluan kiri atau kanan, depan mahupun belakang.


Masa tu jugak, wujud banyak sesalan atas setiap keputusan yang aku kira sebagai kurang tepat dan terpesong daripada impian serta cita-cita asal. Atas sebab tu, aku beriya-iya tak mahu berganjak dari usia 18 semata-mata mahu cuba jalan kedua yang aku tak pilih pada masa tu.


Aku masih harapkan turning point tu.


Aku takut kalau umur dah ubah jadik BUKAN 18, maka akan hilang hak ekslusif tu. Takut dah tak layak. Takut dipandang jelak. Takut dikata buat salah. Seolah-olah, kalau silap buat keputusan pada umur 18, boleh dimaafkan atas tiket sedang terumbang-ambing mencari haluan, masih naif. Sebab tu aku sayangkan umur yang aku anggap sangat magikal tu.


Tanggal 1 Jun tahun ni, baru aku nak mula belajar pegang umur pangkal dua. Tujuh tahun lamanya aku ambil masa untuk melepaskan. Tak mustahil kalau lepas ni aku perlukan sampai sepuluh tahun lagi untuk mengaku usia dah cecah angka tiga pulak.


Kurang dari seminggu, angka usia akan tambah lagi satu.

Sedang bersiap sedia nak lepaskan angka 18.

T__T



HER : Abah kata, salah satu rahsia awet muda ialah sentiasa menganggap diri masih muda, jangan terlalu mudah mengaku kalah dengan usia :)

8 comments:

  1. yg pntg jiwer sentiase muda...umur tu nombor je...marilah sama2 kita mengekalkan awet muda

    ReplyDelete
  2. ko punyer hari jadi ek?...selamat hari jadi...huhuhuu

    ReplyDelete
  3. ya ya ya betul betul betul...sha FOREVER 21 hahaha

    ReplyDelete
  4. Besnya kalau umor menurun..mcm citer benjamin button tu kan...tp kt kene bsyukur gak..Alhamdulillah..hingga sekarang dpt melihat dunia..:)

    ReplyDelete
  5. saya suka masa usia saya yang sekarang. sebab bila terigt usia-usia yang lepas terus teringat kenangan busuk sama. benci.

    jadi, saya sangat suka 26.
    masih muda kan awak?
    heheh :P

    ReplyDelete
  6. nasib baik aku baru 17... hehehehhe

    apa2 jelah xeaa...

    tertanya2 gak, adik aku yg sorang ni tau tak yg lepas no 18 tu no 19, then 20 and then 21, next 22 bla...bla ... bla... 58, 59, 60 .... ratus ribu.... juta juta... hehhehehe

    ReplyDelete
  7. ziha yg petite,oleh kerana ziha petite maka anda adalah selalu nampak muda ;)

    ReplyDelete
  8. yatie chomeyl :
    macam mak orang yg maintain comel je tu, kan? heeee

    ajiem :
    tengkiu! :)

    sha :
    haha me forever 18. u forever 21. we're forever young!

    feresa :
    syukur :)

    hidd :
    baru 26, awak. tak lari jauh lagi dari 18. tak sangka dah nak jadik mak, ye. huu

    zul :
    kalau kau baru 17, aku 15 lah. hahaha

    suzie :
    whoa. sebab tu selalu boleh menyamar perasan muda, kan? :p

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.