Wednesday, May 6, 2015

Tips Umrah Bersama Anak Kecil / Toddler/ Bayi

P1100608

Alhamdulillah, setelah tertangguh beberapa kali, berganti tahun ke tahun, sampai jugak rezeki kami sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram; Makkah dan Madinah. Syukur sangat sangat.

 

Perancangan untuk bawak Alfiy dan Aisya ke sana pun, atas hajat Mak Ayah Mertua yang nak bawak cucu-cucu mereka pergi sekali. Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Lagipun, tak terjangkau dek fikiran macam mana lah rasanya kalau kena berjauhan berminggu-minggu dengan budak berdua tu. Tapi, bila dah bermusafir dengan anak-anak kecik seusia Alfiy dan Aisya ni faham-faham je lah. Memang tak mudah, tetapi tidak lah sampai membebankan.

 

Entri kali ni, tak berniat pun nak cerita panjang pasal trip Umrah Ziarah kami.

Maybe lain kali, dan kena buat secara bersiri.

 

Sekadar nak share beberapa tips kot-kot ada yang ada perancangan nak bawak anak-anak pergi umrah dan ziarah macam kami. Sebab masa merancang dulu, gigih jugak aku mencarik blog yang ada cerita pasal pengalaman mengerjakan umrah bersama anak kecik. Mudah-mudahan dapat dijadikkan panduan atas perkongsan pengalaman yang tak seberapa ni.

 

  • Pilih tarikh yang sesuai

Seeloknya, pergi masa musim tak terlampau sejuk atau panas. Dalam bulan November – Februari. Ye lah, bawak anak-anak kecik ni, memang nak tak nak, kita akan fikir pasal keselesaan diorang je. Masa kami pergi hari tu, masih musim sejuk di Madinah. Suhu 12-15’ macam tu. Sejuuuukkkkk berangin. Tapi, budak-budak zaman sekarang dah biasa sejuk aircond kan, Makpaknya je yang menggigil lebih. Diorang happy sesaja.

P1100599

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sweater bawak sorang sehelai buat pakai pergi masjid waktu pagi. Untuk baju harian, banyak bawak baju lengan panjang dan tracksuit / jeans.

 

  • Tetapkan seating dalam kapal terbang

Kalau boleh, plan dan booked siap-siap tempat duduk kita anak-beranak dalam kapal terbang. Bukan apa, kite dengan anak kecik ni, kalau boleh nak dapat tempat yang paling selesa untuk menguruskan mereka dan tak mengganggu penumpang lain. Kalau bawak anak berusia kurang 2 tahun, boleh request baby bassinet. Selesa sikit lah kite tak kebas dok memangku anak tidur berjam-jam. Penerbangan dari Malaysia, takde masalah sangat, sebab flight biasanya diuruskan oleh pihak Malaysia. Sedikit masalah bila perjalanan pulang, kalau diuruskan oleh pihak penerbangan luar. Kadang-kadang diorang selamba buat pesen ‘free seat’. Menggagau lah kami anak-beranak tak tahu nak duduk mana. Mujur lah ada pramugari nampak aku buat muka kasihan dan kebetulan pulak Aisya tengah meraung tak selesa. So, dia mintak beberapa penumpang untuk beri ruang tempat duduk depan sekali untuk kami. Alhamdulillah. 

 

P1100290

Aisya in kangaroo pocket.

P1100298

Mujur lah duduk seat depan sekali, luas sikit nak melunjur kaki dan ada ruang untuk Alfiy & Aisya berjalan. Dan inilah maksud aku untuk keselesaan penumpang lain jugak, dah kalau anak jenis tido ikut suka nak baring macam Alfiy ni, mau tak stress ke pax yang terpaksa duduk sebelah dia kena bagi tumpang sandar bahu, silap haripulan tolong tadah air liur basi dia sekali. heh.

 

  • Rancang Perjalanan / Itinerary

Dapatkan siap-siap jadual perjalanan daripada travel agency. Boleh buat kajian awal / research pasal tempat yang bakal kita lawati tu sama ada sesuai atau tidak untuk bawak anak-anak kecik. Kalau rasa macam tak sesuai, dah boleh keluarkan daripada list. Kalau boleh, ambik pakej yang jarak hotel tak berapa jauh dengan masjid. Mudah kite nak berulang-alik. Dah nama pun bawak anak kecik, bukan boleh beriktikaf lama-lama sangat dalam masjid. Macam kami pun biasanya stay kat masjid antara waktu Zuhur – Asar dan Maghrib – Isyak je sebab tak lama sangat sela masa nya.

 

Selain daripada tu, boleh jugak consider jenis kenderaan yang akan dinaiki sepanjang perjalanan nanti. Kalau dapat flight straight dari Malaysia ke Jeddah untuk terus buat Umrah di Mekah, kira mudah lah tu. Atau terus turun ke airport Madinah, tak jadik masalah. Sebab tak melibatkan perjalanan jauh berjam-jam kat darat pulak. Macam kami, last minute flight tak boleh turun Madinah, kena turun Jeddah dulu, lepas tu kena naik bas 6 jam ke Madinah. Memikirkan keselesaan anak-anak dan penumpang lain jugak (iye lah bawak anak kecik ni, macam-macam ragam sikit, kejap-kejap kang nak berenti makan lah, nak kencing lah, basuh poopoo lah, nak baring lah, macam-macam lagi lah kan) maka kami sewa GMC (kenderaan jenis 4WD) untuk perjalanan Jeddah – Madinah dan Madinah – Mekah. Kadar sewa GMC ni boleh rujuk kat travel agency masing-masing ok sebab berbeza ikut rate agensi.

 

P1100303

Macam ni lah rupa GMC tu. Very spacious dan selesa untuk bawak kami 4 beranak sekali dengan Mak Ayah Mertua. Kat belakang boleh masuk 5 luggage besar dan 2-3 hand luggage. Mutawwif akan cakap siap-siap kat driver nak bawak kite ke hotel mana dan boleh request lah nak stop by mana-mana kedai ke, toilet ke, masjid dan sebagainya. Tak terikat dengan jadual perjalanan ahli rombongan lain. Ikut timing kite anak-beranak je lah. Worth it.

 

P1100388

Aktiviti ziarah sekitar Madinah dan Mekah, kami naik bas rombogan jugak. Tapi ambik seat tengah-tengah yang ada hand rest mcm ni untuk letak segala macam jenis barang, makanan, gadjet dan harta-benda Alfiy dan Aisya.

 

  • Beribadah dengan anak kecik

Selepas mendapat pandangan beberapa orang ustaz, kami buat keputusan untuk tidak memasang niat umrah bagi pihak Alfiy dan Aisya. Si Aisya pulak masih pakai diapers, dikira ‘menanggung najis’ memang tak boleh nak bawak tawaf. Memandangkan aku dan Cfu pun baru pertama kali mengerjakan Umrah, jadi tak digalakkan lah. So, budak berdua tu memang takde pakai ihram semua. Urusan menjaga pantang-larang ihram pun menjadi lebih ringkas. Haru jugak dok memikir rupa Alfiy dan Aisya pakai ihram sambil berlari ke sini sana T__T

 

Sepanjang waktu mengerjakan umrah, kami bergilir-gilir suami isteri dengan Mak Ayah mertua. Bila aku dan Cfu buat umrah, diorang duduk bilik hotel jaga anak-anak, begitulah sebaliknya. Lepas tu, kami buat umrah waktu malam masa anak-anak dah tidur. Mudah macam tu, sebab Aisya kan still breastfeed, kalau tidur malam dia terus tidur sampai pagi.

 

IMG-20150506-WA0001

Biarpun tak pasang niat Umrah, kami tetap bawak Alfiy dan Aisya untuk melakukan aktiviti yang kita buat masa umrah. Saja nak bagi dia practise. Merasa lah Alfiy tawaf keliling Ka’abah, tapi takde lah sampai tujuh kali, sebab dia pun macam takut-takut tengok ramai orang. Sudahnya mintak Papa dia dukung. Bawak jugak panjat Bukit safa dan Marwah, kemain suka Alfiy bila sampai kat area lampu hijau tu berdesuppp hah dia lari. Lepas tu siap bergunting, buat syarat lah konon-konon Tahalul. Bagus jugak ajak dia buat aktiviti ni, sampai sekarang Alfiy ingat kalau ditanya apa yang dia buat masa kat Mekah.

 

IMG-20150506-WA0000IMG-20150506-WA0003

Kat Madinah, Cfu kerap bawak Alfiy ke Masjid Nabawi sebab kat situ agak tenang, dan tak terlalu sesak untuk kanak-kanak. Lagipun, orang di Madianh semuanya baik-baik, sukakan budak-budak, jadik takde masalah kalau anak kita tertidur dalam masjid ke. Diorang siap bagi extra space untuk anak kita. Berbeza dengan Mekah, Masjidil Haram tu terlalu sesak dengan umat Islam dari seluruh dunia. Nak-nak pulak masa kami pergi tu, masjid tengah under construction. Berhabuk! Agak kurang sesuai la nak bawak anak-anak kecik.

 

IMG-20150506-WA0002

Sempat bawak Alfiy dan Aisya mengintai Kaabah di tingkat 2 Masjidil Haram. Kawasan situ berbumbung dan tak ramai sangat orang. Boleh lah nak bawak budak berdua tu duduk menghadap Kaabah. Aku beritahu Alfiy, pandang Kaabah je pun dapat pahala tau. Kemain suka dia, sebab dia dah faham sikit-sikit pasal dosa pahala. Siap dengar azan Asar live masa ni. Sama macam azan kat TV, katanya.

 

  • Aktiviti untuk anak

Di samping sibuk berkejar nak dapatkan pahala berjemaah dan beribadah di masjid, jangan lupa tentang aktiviti yang sesuai untuk anak-anak sepanjang kat sana. Di kebanyakan masa, memang kami bawa Alfiy dan Aisya ke masjid. Kalau kat Madinah, tempat solat wanita dan lelaki jauh dan berasingan, jadi kami bahagi lah sorang satu, Cfu bawak Alfiy, aku pulak bawak Aisya. BIla masa ziarah, kami bawak je dua-dua sekali. Seronok laa diorang dapat jalan-jalan naik bas. Masa ni lah nak kenalkan anak-anak kecik ni dengan negara orang. Belajar adat dan budaya orang lain. Kalau kat bilik hotel pulak, banyak habiskan masa tengok kartun. Selain tu, aku ada bawak ‘bekal’ buku-buku cerita dan buku aktiviti. Alfiy dan Aisya paling suka buat origami. Habis 3 buah buku origami buat kat sana. Layankan je lah asalkan anak-anak tak meragam sebab bosan.

 

P_20150218_193201

Aktiviti lompat katil adalah rutin bila masuk bilik hotel.

 

P1100429

Area hotel kami kat Mekah dan perkarangan Masjid Nabawi ada banyak burung merpati. Setiap kali ada masa balik dari masjid, mesti singgah lepaskan Alfiy dan Aisya dok kejar merpati. Ada jugak rakam beberapa video Alfiy dan Aisya kejar-kejar kat luar masjid, main dengan merpati, tapi sayang semuanya hanya tinggal kenangan sebab kamera tu hilang sewaktu balik ziarah kat Mekah. Sedihnyaaaaaaa Tuhan saja yang tahu.

 

P1100590P1100659P1100463

Kami memang sengaja biarkan Alfiy dan Aisya lepas bebas bila keluar. Sebab dah nama pun kanak-kanak kan, mana suka duduk diam, je. Biar diorang berlari, berkawan, explore things tapi within our sight & control lah kan. Biar anak-anak be a part of any activities yang kita buat macam ziarah makam, panjat jabal, masuk ladang kurma dan sebagainya. Ceritakan dengan penuh hikmah. Bila masa diorang penuh terisi, maka tak sempat lah nak banyak ragam. Bila penat, balik hotel, confirm terus tidur je. heh.

 

  • Gadjet, permainan dan makanan kegemaran

Bab ni adalah optional. Sebab ada parents tak dedahkan langsung anak-anak dengan gadjet atau permainan. Jadi, terpulang lah ikut keperluan dan kegemaran anak masing-masing. Untuk Alfiy dan Aisya, nak bagi diorang duduk diam dan makan betul-betul, adalah dengan kartun. Gigih lah Cfu sumbat Ipad dengan macam-macam cerita kartun kegemaran diorang. Barulah masing-masing boleh duduk melopong dan menganga je bila disuap time makan. Kalau tak, sorang atas meja, sorang bawah meja, makan sebutir apa pun tak masuk mulut. Siap panjat meja orang sebelah lagi T__T Alat mainan pulak, adalah bawak satu dua jenis favorite toys masing-masing. Saja nak bagi leka waktu dalam flight dan bas.

 

Selain tu, aku pack siap-siap set travel size makanan kegemaran Alfiy dan Aisya (biskut, coklat, koko crunch, air kotak) dalam few ziplocks. Senang nak packing dalam luggage dan nak bawak ke masjid atau pergi ziarah luar. Susu formula pun aku pack dalam ziplock kecik ikut portion sekali minum. Senang macam tu. Tak makan ruang nak simpan tin susu dalam beg. Yes, ziplock memang memainkan peranan penting kalau kite travel dengan anak-anak kecik ni. Multi purpose gitu.

 

P1100519

Kalau takde kartun, jangan harap laa nak duduk molek makan berdua macam ni.

 

P_20150215_152304P1100549

Kalau tak bawak toys pun takpe. Kat Madinah dan Mekah tu, bersepah hah kedai yang jual macam-macam jenis mainan. Nak yang berkualiti sikit, beli kat dalam shopping mall, sebab yang jual kat tepi jalan camtu, semuanya China mari. Kalau jenis main lasak macam Alfiy, beli tak sampai sehari, habis rosak segala.

 

  • Bekalan ubat-ubatan dan vaksin

Sebelum bertolak, kami anak-beranak buat check up dulu dengan doktor panel. Saja nak pastikan yang body betul-betul sihat dan physically prepared untuk menghadapi cuaca di negara orang. Selain tu, dapatkan nasihat dan bekalan ubat-ubatan biasa untuk diri sendiri dan anak-anak. Ubat-ubatan kat Mekah dan Madinah sangat mahal! Bawak jugak aid kit yang lain macam face mask, vicks, kool fever, minyak gamat, handyplast, thermometer dan sapu tangan kecik buat stand by untuk tuam badan kalau anak demam. Untuk travel injection pulak (vaksin Meningococcal) , memandangkan Aisya bawah 2 tahun, dan ambil vaksin pneumococcal, so dapat exception. Aku, Cfu dan Alfiy je yang kena vaksin.


 

P_20150212_150258[1]

Pack segala jenis ubat dalam ziplock ikut kategori supaya senang nak carik dalam luggage nanti.

 

P1100406

Aisya demam pada hari kedua di Madinah. Jetlagged dan perubahan cuaca kot sebab kat Madinah sejuk. Sentiasa monitor suhu dan bagi paracetamol setiap 4 – 8 jam. Lepas tu, bagi dia minum banyak air Zamzam. Alhamdulillah, esok tu kebah dah.

 

  • Baby travel, out & about necessities

Ini pun ikut keperluan anak masing-masing. Tapi kalau nak bawak anak yang lebih kurang sebaya Alfiy dan Aisya, boleh consider jugak lah. Sebab di kebanyakan masa, memang semua ni dah jatuh keperluan untuk kami sepanjang berada di sana.

 

P1100238

Travel-friendly stroller. Obviously, we invest on Baby Zen Yoyo dan ia sangat sangat sangat berbaloi. Easy to fold dan sangat compact. Kami memang selamba bawak masuk kabin, simpan sekali dengan hand luggage. Sebab bila sampai Jeddah, kite punya la tunggu diorang letak stroller kat tangga macam biasa tu, kan, sekali haraaaammm takde. Diorang pi sumbat sekali dengan luggage besar sana. Stress mak. Mujur lah Alfiy tak tidur masa sampai tu, kalau tak, patah pinggang kot nak dukung budak 20 kilo tuh. Satu lagi, airport sana tak family-friendly macam kat Malaysia. Lama beratur menunggu satu hal. Masuk security checking point tu asing-asing lelaki perempuan. Lepas tu, bukan kisah pun baby tengah tidur ke apa, disuruh jugak dukung untuk body scan, lepas tu kena lipat stroller masuk scanner. Dengan hand luggage lagi, botol air bagai. Tak ke terkial-kial haru rasa nak menangis kat situ. tskk.

 

P1100450

Soft-structured carrier (SSC). Yang ni brand Ergo Travel beli masa tengah promotion kat Fabulous Mom. Selain berfungsi untuk dukung Aisya waktu ziarah outdoor, SSC ni sangat sangt sangat berjasa untuk control Aisya daripada menggalak tak tentu hala. Mek tu bukan kira, manjang nak berlariiii je. Dah lah jenis tak takut orang. Tak macam Alfiy, dia dah besar sikit, dah boleh faham bila kita suruh sit still atau jangan lari jauh-jauh.

 

P_20150219_145954

Child safety harness. Ok, yang ni jatuh kategori wajib ada kalau anak korang jenis yang lasak dan pantang lepas macam Aisya. Setiap kali solat berjemaah kat masjid, memang aku pakaikan harness ni kat Aisya, so dia still bebas nak bergerak tapi dalam jarak panjang harness tu je la. Dalam pada pakai benda ni pun, ade sekali tu masa solat kat Masjidil Haram, dia berjalan sampai masuk saf orang lelaki kat sebelah (-_-“)

 

  • Usaha, doa & tawakkal

The ultimate tips, sudah tentunya berserah kepada Allah. Kita dah usaha, sediakan kelengkapan dan macam-macam persediaan untuk keselesaan anak-anak, selebihnya, kita berdoa, mohon dipermudahkan segala urusan. Fikir dan bayangkan yang baik-baik je. Sentiasa bertolak-ansur dan bekerjasama dengan pasangan dalam menguruskan anak-anak. Optimis, optimis, optimis. Kalau kita beriya buat itu ini, prepare bagai nak rak pun, tapi kalau Tuhan nak izinkan sesuatu berlaku, maka jadilah ia. Kun Fayakun. Sepertimana kami diuji seawal perjalanan mahu bertolak tempoh hari. Nantil lah aku cerita kat entri lain kali.

 

Sentiasa berdoa diberikan kesihatan dan keselamatan anak-anak.

Doa juga untuk kesihatan dan kesabaran tinggi untuk menjaga anak-anak di sana nanti.

 

IMG-20150506-WA0006P1100602P1100605

Kids will be kids, whenever and wherever they go. Just let them be.

 

 

HER : Rindu suasana subuh di Mekah dan Madinah. Damai je rasa…

13 comments:

  1. Aduhai... Sejuk je rase baca entry cenggini.

    ReplyDelete
  2. Baru baca haa..thanks for the tips. Seronok tengok xeea and family. Doakan kita ada rezeki juga ke sana. :)

    ReplyDelete
  3. Baru dapat baca entri kak ziha ni...sblm ni terfikir mcm mana la nak bawa budak besar Aisy tu...but your entry gives me positive perspectives. doakan ktorg sekeluarga dapat ke sana juga ya..

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips. Nak bawa 2 baby hujung bulan ni.

    ReplyDelete
  5. hye, nak tanya. kalau pkai child safety harness tu masa sembahyang, kena pegang ke ikat kat kaki eh?

    ReplyDelete
  6. harness tu anak pakai kat belakang mcm backpack tu. Lepas tu kite pegang hujung nya.

    ReplyDelete
  7. As salam..sy nak tanya sedikit mengenai pengalaman umrah sis.
    1.kalau seat economy boleh request jugak ker "baby bassinet" tu.
    2.Kalau bayi lelaki umur 6bulan lebih.ada tak ape2 cadangan dr sis untuk kami sediakan.sbb kami akn bertolak menunaikan umrah hujung bulan 1 ini.
    3.Anggaran berapa jam tempoh mengerjakan umrah. Bermula dr niat smpai tahallul tu sis. Dan kalau kita nk beegilir2 jaga baby.ada tak kawasan yg disediakan supaya tak perlu tunggu di hotel.Maaf sbb byk tanya sis. Br 1st time nak jejak kaki ker sana dgn baby.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sorry sangat-sangat. Lama dah tak login blog. Tak perasan ada comment baru. Saya cuba jawab based on pengalaman.

      1. Yes, kami dulu pun naik economy seat, boleh request baby bassinet. Tapi ikut budi bicara flight attendants jugak.

      2. Kalau nak pasang niat umrah utk bayi lelaki yg masih pakai diapers, perlu dapatkan nasihat beberapa ustaz/org yg lebih pakar sebab ada kemusykilan sikit tentang keadaan 'menanggung najis'. Selain daripada tu, kena atur perjalanan & waktu lawatan ikut waktu baby mood baik (badan selsa, dah makan, cukup tidur)

      3. Setiap sesi sampai selesai tahallul lebih kurang 3 jam. Kalau tanak tunggu kat hotel, boleh je tunggu kat kawasan masjid tu. Tapi takut baby tak berapa selesa je lah sebab ramai orang.

      Moga urusan umrah Tuan sekeluarga dipermudahkan.

      Delete
  8. umrah packages

    binqasim travels present best umrah package 2017 at affordable price with best facilities.Now book your desireable umrah package in very cheap

    price,this ramzan book the journey of your life time with bin qasim travels.bin qasim travels offers best umrah package in karachi, you can

    see our packages at our website.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian. Moga diberkati Allah selalu.

    ReplyDelete
  10. salam, boleh saya tahu macam mana sis buat tawaf wajib ye? anak2 di bawak sekali ke macam mana? sebab tawaf wajib kita tak dibenarkan memesongkan bahu kiri dari menghadap kaabah kan? maaf soalan panjang sebab nak bawak 2 kids ke umrah tahun ni ��

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.