Pejam celik, pejam celik, lap-lap tahi mata, tup tup dah masuk September.
Alhamdulillah, selesai sduah satu acara besar dalam keluarga kami. Macam-macam acara berlaku sepanjang Ogos ni sebenarnya, tapi nak susun entri satu-satu entah sampai Ogos tahun depan belum tentu siap. heh. Jadik, aku dahulukan entri bersejarah dulu lah, ye. Macam biasa, aku suka ambik gambar secara random. Takde subjek spesifik. Layankan je lah, ye. Lama dah tak belanja korang gambar banyak-banyak macam ni.
My little sister is officially off the market. tsk. Tak tahu lah nak happy ke, nak sedih ke camana. But seriously, we had mix feelings. Maklumlah, hilang dah ‘bibik’ sorang yang banyak tolong babysit Alfiy dan Aisya selama ni. ekekeke
Akad Nikah (29 Ogos 2014)
Majlis dilangsungkan mengikut Johor + Jawa style.
Maksudnya, ‘rewang’ secara berjemaah. Dari siang ikan, melapah lembu kambing, masak nasik kawah, sampai la ke basuh pinggan periuk belanga semua adalah secara bergotong-royong beramai-ramai. Takde istilah duduk goyang kaki, order katering, sambil melawa sambut tetamu datang sesaja.
Kalau orang luar, atau yang tak biasa, akan rasa penat 44 hari pun tak hilang kot. Tapi, majlis style rewang macam ni memang meriah dia lain macam. Kalau sesiapa ada peluang, join lah. Sebab aktiviti rewang macam ni, makin lama dah hilang ditelan zaman.
Selaku kakak sulung, sibuknya aku dah macam mak pengantin! Abah lantik aku jadik ala-ala wedding planner gitu. Merangkap mak andam hias bilik pengantin dan gubah hantaran sekali. Mau mak tak sibuk umpama lebah (busy like a bee) Oh, kredit kat Aty Bukan Bidadari atas ilham frame bunga 3D kat kepala katil tu. Aku punya ni versi bajet. Pakai cucuk bunga kat gabus je. Pagi sebelum majlis akad nikah tu berpeluh ketiak aku pulun nak siapkan. Phewww.
Kesian pengantin. Last minit sebelum bergelar isteri orang pun masih setia berkhidmat sebagai bibik sampailah dua kanak-kanak riang yang kerjanya asyik nak panjat pelamin je tu, bergelimpangan tidur secara duet sepanjang majlis nikah berlangsung.
Sesi bacaan taklik dan Keluarga Sakinah ni memang tak boleh tahan. Mula-mula tu semua menten je sebab Mak Abah baca macam tengah bagi ucapan kat perhimpunan pagi sekolah (-_-“) Sekali bila turn adik aku baca, barulah mula drama air mata. Syahdu gila kot. Ni, aku ambik gambar sambil air mata meleleh-leleh touching tak boleh tahan. So, please excuse the gegar pics. heh.
Mr. Habil and Mrs. Izyan. Yeayyy!
Bagi can aa aku nak kembang kempis tahan bangga dengan hasil keras tangan 2 hari 2 malam ni. hihi.
Instagram frame ni adik lelaki aku yang tempah. Dan, kebetulan rupanya dia order dari company Mizi; husband Nadd. Dapat tau bila Nadd sendiri datang rumah hantar frame ni. Tanjat mak! hehe. Neway, thanks a lot Nadd & Mizi. Frame ni menjadik favorite props of the day. Sampai terpatah dua. huu
Majlis Bersanding (30 Ogos 2014)
Ingatkan bila buat majlis lepas Abah dah pencen, tambahan pulak tarikh tu ramai yang buat majlis kahwin jugak, tak ramai sangat lah jemputan yang datang. Sangkaan ku meleset rupanya. Alhamdulillah, cuaca elok sepanjang hari, maka dari 10 pagi sampai lah ke 6 petang, berduyun orang datang. Dari saudara–mara jauh dan dekat, jiran tetangga, YB kawasan, sampai ke Ah Choo si tukang jahit baju Mak pun sudi singgah memeriahkan majlis.
Sampaikan Hang Jebat pun mencemar duli datang sini, wehhhh.
Majlis kat Johor kalau tak meriah memang tak sah. Majlis kali ni, ada macam-macam menu. Siap Abah panggil orang bukak gerai. Antaranya, ayam golek, kueteow, mee goreng panas, cendol dan aiskrim. Ni salah satu stall yang paling laku hari tu. Anak saudara Abah sponsor air minuman pelbagai perisa datang khas dari Serendah. Cakap je nak air apa, carrot susu, lai chee kang, jambu batu, asam boi, semuaaaa pun ada.
Hah, ni namanya, ‘tol’. Satu lagi kahwin Johor style. Pengantin lelaki perlu melepasi beberapa siri ‘tol’ sebelum dapat duduk atas pelamin. Siapa duduk sebelah pengantin, lagi besar nilai ‘tol’ yang perlu dibayar. Saja suka-suka je nak kasik majlis lebih meriah gitu. Bukan ada niat tak baik pun. Jangan nanti ada pulak yang tuduh ni semua amalan bidaah, huznunon, zionis Israel heishhhh korang ni, kan.
Eh, takde lah. Mana ada stress. Aku MEMANG TAK STRESS LANGSUNG nak ambik gambar empat beranak macam ni. Suka sangattttt T____T
Haji Ngarisan clan plus + 1
Majlis Bertandang (31 Ogos 2014)
Majlis orang sebelah buat keesokan harinya kat Sungai Udang, Melaka.
Kali ni komando syle sebab adik aku ni dapat ayah mentua leftenan kolonel komando. ekekekeke. Majlis belah sini pun berlangsung sederhana dan meriah. Pertama kali aku makan pakai pinggan ada cop tentera diraja, gitu. Makan pun kena cover line sikit sebab yang dok menghidang semua tu ikut istiadat tentera. Cfu siap panggil Tuan dan bagi tabik hormat lagi. Dasar jakun tak reti sebab dibesarkan dalam keluarga cikgu-cikgi :p
Cikgu besor dan tuan komando. heh.
Macam tu lah sikit sebanyak sekitar majlis perkahwinan adik aku yang nombor tiga. Panjang umur, ada jodoh, lepas ni ada lagi majlis adik nombor 2, 4 dan 5 pulak. uiiii panjang lagi list nya tu. Pengsan Kak Long!
Semoga berbahagia selalu wahai adik ku.
Doa Along agar Yan dan Habil sentiasa bertolak-ansur, banyak bersabar dan belajar menerima diri masing-masing seadanya. Ingatlah, bahawa perkahwinan tu bukan sekadar majlis 2-3 hari ni, bukan setakat sampai habis bulan madu je, tapi ia merupakan titik permulaan kepada satu perjalanan hidup bersama yang lebih panjang, InsyaAllah.
HER : Menghampiri tahun ke-6, moga Tuhan pinjamkan nikmat ini hingga akhir hayat, hingga ke alam abadi sana.