Monday, May 24, 2010

Separuh Jalan. Ada Separuh Lagi.

Masuk 24 minggu.

Kaki aku dah serupa kayu balak.


Takde maknanya lagi kaki bak bunting padi ke apa. Asal berjalan banyak sikit, habis lenguh rasa macam nak patah dua. Malam pulak, dah mula meragam nak cramp, tegang urat semua. Gara-gara tak mampu nak tampung berat badan berlebihan, gamaknya. Selulit tak payah cerita. Tumbuh melata. tsk.

nomm 066

Sekarang ni, hanya layak sarung selipar Bata mak-mak yang balik-balik design serupa. Asalkan selesa. Abaikan kaki yang berkuku drakula tersebut. Sekarang ni, nak tunduk ketip kuku kaki pun macam payah.


nomm 076

Takpun pakai kasut yang ada ciri-ciri urut kaki, gitu. Ni pun kira orait lah. Nak beli mesin urut Ogawa, macam masih belum mampu milik lagi. heh.


nomm 072

Stylo habis pun, hanya mampu menggayakan kasut jenis flat pumps jenama buaya nih. Itupun, takyah mengada nak pakai pergi tawaf satu shopping complex. Memang saja carik nahas lah jawabnya. Ada kang terhinjut-hinjut balik kaki ayam je nanti.


shuz

Tak kuasa dah nak melaram dengan kasut-kasut tinggi peep toe ke, gladiator ke, but ke apa semua tu, memang elok duduk dalam kotak je. Lalu depan kedai kasut, nak-nak pulak yang tayang diskaun sampai 70% tu, buat-buat macam tak nampak je. Padahal, dalam hati, meronta-ronta gedik mahu borong satu kedai! T___T


Belum masuk trimester 3 lagi.

Kaki aku serupa apa lah agaknya?

Hakhogen pun boleh nangis kot sebab dah ada saingan.


Walau apa pun, onak dan duri sanggup ku redah. Inikan setakat selulit, stretch marks, kaki bengkak, pakej sakit pinggang + punggung, hidung kembang, pipi tembam, muka berminyak, sakit ulu hati, muntah hijau yadda yadda. Takde apa nak diherankan.


Demi nyawa kecil yang sedang dikendong ni, biarpun obesiti, mak sanggup, nak. ewah.


Lagi 3 bulan je lagi.

Berusaha!


nomm 082 eh eh. Kasut siapa lah pulak nih?



HER : Bukan mudah nak menjadik seorang ibu.

Monday, May 17, 2010

Orang Kaya Baru.

Ada beberapa sebab aku menghilang agak lama sebelum ni.

Nak tahu kenapa?


nomm 033

Sebab ni.

Sebijik durian runtuh telah jatuh ke riba.


nomm 034

Lalu, telah memberikan sinar kebahagiaan di wajah berminyak perempuan berperut boyot ini.


nomm 051

Tanpa membuang masa, terus meraikan bersama yang tercinta.


nomm 058

Grilled Norwegian Salmon served with Garlic Scampi Butter, rice and toasted garlic seared broccoli. Hambik ko. Terbelit lidah Jawa aku nak menyebut. Western habis dah tuh.


nomm 050

nomm 054

Wajah-wajah teruja kejakunan yang tak dapat nak dibendung lagi.


Bukan setakat tu je, tau.


Dah nama pun orang kaya baru, kan. Apa barang setakat pergi makan-makan. Paling kurang, nak jugak beli barang yang boleh dibuat kenang-kenangan seumur hidup.


nomm 062

Maka, tanpa ragu-ragu lagi, terus melabur membeli sebijik banglo. Lengkap dengan gelanggang bola keranjang dan pak guard nya sekali.


Lepas dikira-kira tolak hutang semua, masih ada lagi baki yang boleh diguna. Selamba tempah tiket kapal terbang kelas pertama pakej pelancongan 7 hari 7 malam pergi sini..

.

.

.

nomm 042

Jeles tak?

Merasa jugak aku nak kutip salji Korea dan petik strawberi Cameron Highland.


Ok, ok.

Perenggan dua dan ke bawah tu semua berangan je.


nomm 044

Ini salah satu sebab kenapa aku suka blogging selain daripada dijadikan tempat muntahkan emosi, merapu dan mengutip duit tabung. Biarpun hanya kenal melalui alam maya, The MrsSyediz telah sudi mengirimkan serpihan Winter Sonata kepada perempuan yang mengidam nak terbang ke sana tapi entah tahun bila boleh dapat ntah. Terima kasih yang tidak terhingga. tsk.



HER : Nah, masih lagi tak percaya yang blogging pun boleh kumpul duit? Terutamanya kat adik-adik pembaca yang rajin email tanya Nuffnang tu betul ke tak. Percayalah. Cuma perlu rajin usaha. Mana ada benda percuma kat dunia ni, dik :)