Sebab dah ada bakal pengantin dari belog Isu Bumper Kahwin yang nak honeymoon kat Bali dah sound bila nak sambung entri Jom Bali, maka marilah kita baca sambungan…
Shopping di Bali
Kalau tanam niat nak bersuka-ria shopping perabihkan beras, Bali bukan lah tempatnya. Lebih baik ke Bandung atau Jakarta. Bali lebih kepada art, cultural & beaches. Tapi, kalau setakat nak beli buah tangan, aku recommend kat Krishna, Hawaii dan Agung. Harga berpatutan, kualiti pun bagus. Kalau baca recommendation bloggers, memang ramai suruh pergi membeli-belah kat Pasar Ubud, murah dan banyak pilihan katanya tapi bagi yang bawak anak kecik macam kami, tak berapa sesuai lah kan. Kang ‘banjir’ Abang Cfu kite berpeluh sakan kejar Alfiy. Kalau indoor market, ada jugak aircond buat sejuk badan.
Satu lagi keunikan yang sukar nak dilihat di tempat lain adalah bangunan kat Bali ni semuanya lebih kurang sama. Mula-mula tu aku macam konpius jugak ni shopping complex ke temple? Bila masuk dalam baru tau. Pak Ari kata, kebanyakan rumah bukan muslim mesti ada temple kat laman. Temple lagi besar daripada rumah pun ada. Tu yang macam susah nak beza yang mana rumah yang mana temple. Sebab tu orang putih kata Bali ni ‘island with thousand temples’.
Kintamani
Tempat yang aku paling suka dan tak berapa nak suka (eh?) Suka sebab kawasan ni sejuuuukkkk! Nyaman je rasa. Bila ambik wudhu’ kat sini, habis menggigil satu badan sebab air dia sejuk gila kot. Suasana pun saujana mata memandang. Gunung berapi ni dah tak aktif. Kali terakhir meletus tahun 70-an dulu kalau tak silap. Tapi kesan letupan pun masih boleh nampak kat kawasan kaki gunung tu.
Yang aku tak berapa suka kat kawasan ni terlalu ramai penjaja tepi jalan. Diorang menjaja bukan setakat duduk tepi jalan panggil-panggil je tau. Ni yang stok sampai macam ‘lalat menghurung makanan’, siap tarik-tarik tangan dan mengekor masuk ke kereta. Rimas! Cfu memang dah naik angin lah kat sini. Tak sempat nak layan feeling lebih-lebih. Dah lah nak masuk kawasan ni kena bayar IRP 10k/pax. Mujur lah Pak Ari cepat-cepat bawak kami lari pergi lunch buffet kat Restoran Kintamani. Merasalah kami mengubat kempunan nak layan makan sambil menikmati view gunung berapi. Makanan kat sini sedap-sedap belaka! Harga pun berpatutan, dalam IRP 80k/pax.
Ladang Kopi & Limau Madu Bayung Bagus
Pernah dengar Kopi Luwak? Kopi yang diproses daripada tinja musang. Haaaa, kat sinilah tempat Kopi Luwak dihasilkan. Kami ke sini untuk petik limau madu dan menghirup kopi panas sambil menghayati kenyamanan udara lereng gunung Kintamani. Coffee tasting adalah PERCUMA. Ada 6 perisa semuanya. Tapi, kalau berminat nak rasa Kopi Luwak, kena bayar IRP 50k. Alfiy suka datang sini sebab ada ‘cat’ (Baca : musang). Cfu pulak suka sebab ada cewek lawa yang entertain kami selama berada di sini. Kemain beriya dengar explaination cewek tu pasal kopi dan limau, padahal masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.
Rice Terrace Tegallalang
Kebetulan masa kami ke sana, padi dah habis dituai. Jadi, nampak macam togel je lereng-lereng bukit tu. Kalau nak turun masuk kawasan rice terrace tu kena bayar IRP 50k, ok. Kami cuma jengah-jengah ambik gambar dari dalam kereta je lah. Takde ape sangat pun kat situ, sekadar menikmati pemandangan sawah padi kat lereng bukit. Kalau padi tengah menghijau, mesti cantik.
Kawasan Ubud
Sepanjang perjalanan turun dari Gunung Kintamani, kami menyusuri kawasan Ubud yang terkenal dengan hasil seni. Kawasan ni macam terbahagi kepada beberapa bahagian; seni ukir kayu, lukisan, arca, kraftangan, barangan perak dan macam-macam lagi. Macam sampai kat satu kawasan tu, semua buat ukiran kayu. Tiba kawasan sebelah pulak, semua jual lukisan. Sempat jugak kitorang sambar lukisan tiga serangkai terus daripada pelukis sendiri. Fresh from the oven, gitu.
Dinner at Jimbaran
Kalau berkesempatan datang ke Bali, silalah pergi sini. Very very very lively. Bayangkan makan seafood segar sambil menikmati matahari terbenam, angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa, diiringi alunan live band, dipadankan dengan jagung manis bakar dan air kelapa muda, nak nak pulak dikelilingi oleh orang-orang yang dikasihi. ohhhhh, romantiknyaaaaaaa!
Kebetulan pulak berdepan dengan lapangan terbang yang sayup-sayup kelihatan. Terkebil-kebil si Alfiy tengok airplane turun naik kat depan mata dia. But seriously, this is my favorite place in Bali. Tatau lah apasal aku macam suka sangat. Terkenang saat bulan madu dulu, kot. Takpun sebab minah sentimental macam aku memang suka suasana feeling feeling camni. heh.
Such a great way to end a beautiful day.
:)
ehhh bersambung lagi... Siri 3 lah pulak!
HER : Banyak lagi entri tertunda nih. Mak tengah high layan Instagram lah. Siapa takde IG, memang makan hati wa cakap lu. Segeralah bertukar kepada Android atau iOS! *saja bakar line*
*** Lagi cerita pasal Bali; Island of Thousand Temples ***
klik sini ---> [Jom Bali : Full Story]
besan. kalau ai nak tuntut hadiah skrg boleh tak? aritu lupa nak DM :P
ReplyDeleteBak sini alamat. Kot-kot kalau ade lagi ke kan. hahahaha
Deletekita Text eh. hehehe
Deletealfiy comel
ReplyDeletetangkiu aunty jelita!
Deletehah auntie!? oh my oh my oh my english
Deletezihaaaaaa, seb baik bukak blog ko. Aku plan nak gi Bali gak next year. eh eh, bujang dah anak mu!
ReplyDeletewah wah next year punye plan dah siap2 dr sekarang ye. huuu Yes, he grows up too fast!
DeleteBab traveling ni aku mmg pantas dan tuntas. Gian weh! Hehe
DeletePunya keinginan nak ke indonesia, but isu 'lalat menghurung' tu yg lemah anggota badan... gi eropah je ah nampak gayanyer... ops, gigih kan berangan...hahahah
ReplyDeletehahahahhaha takpe, berangan tak payah bayar. See u in paris, next year! (eh?)
DeleteAlamak, maybe tak pegi paris kot, nak lepak london, pastu nak gi itali sat, jln2 swiss, sebelum balik singgah belanda jap tgk kincir angin... boleh?
Deleteoh yer, kenara kau, bini aku dah beli kuali tefal tu... mula2 ok ah kan, pakai duit dier, but time nak bayar, bleh plak dompet aku yg dibelek... ish3... ini semua ko punya pasal...hahahah...
ReplyDeleteWay to Kak Ita! *high five* mcm tu lah ciri2 isteri mithali. Menggalakkan suami berbelanja ke jalan yang benar :p soooooo, amacam hasil masakan gunakan Chefel? Boleh lawan Masterchef? huuu
Deleteyelah, jalan yg benar kekdahnyer... hasilnyer, oklah.. buat sepasang suami isteri yg konon2nyer sibuk ni... sesuai jugaklah utk aku yg dlm proses mendermakan lemak utk alam semulajadi...hahaha
Deletejalan yang benar lah sgt... nway bolehlah, utk suami isteri yg konon2nyer sibuk ni... oklah utk aku yg dlm proses nak mendermakan lemak utk alam semulajadi...
DeleteSalam ..hahahha..terkejut bila bukak..sekali ole ole dari Bali..thanks a lot mama Alfiy..tak sangka dapat..Salam ramadhan...selamaat berpuasa yer...keep in touch..:)
ReplyDeleteeh eh buat2 terkejut pulak diaaaaa :p
DeleteHope u like it. itu je yg mampu diberi as in return sudi membaca belog ai yang hina dina ini. hehehe Salam Ramadhan, Mama Syahmi. Raya nanti jempulah datang beraya kat Puchong!