Showing posts with label tag berantai. Show all posts
Showing posts with label tag berantai. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Entri 100 : Pengakuan Ekslusif.

Walaupun jatuh miskin tempoh hari, entri blog ni berjaya jugak capai taraf jubli emas.

blergh.

Nak tunggu betul-betul jubli emas, aku pun dah jadik fosil agaknya masa tu. Nak lari dalam guni pun dah tak boleh, inikan pulak nak tulis blog. Jadi, ni consider sebagai perayaan emas xeatopia[dot]blogspot la eh. Boleh?


* Tepuk! Tepuk! *


Ayuh raikan perayaan bersejarah ni dengan mengadakan temububual bersama blog ni secara imaginasi tahap tinggi. Sekaligus, menjawab segala hutang-piutang tag yang berkenaan.


Macam mana boleh wujud ?

Sebab tuan saya yang beranakkan saya selepas fedap dengan blog Friendster yang sangap. Baru-baru lahir dulu, masa tuan saya tengah kemaruk dengan saya, dia bagi saya makan entri goreng tiap hari. Saya diternak bagai menatang minyak yang penuh. Sampaikan kadang-kadang, nak tidur pun tak sempat, diberi makan hingga 2,3 kali sehari. Naik jemu saya tiap hari makan entri. Sesekali nak jugak merasa kay ep see.


Kenapa xeatopia ?

Tuan saya; puan seri xea berkahwin dengan seorang jejaka yang gemar membaca majalah Utopia. Maka, lahirlah xeatopia. Ya. Tuan saya memang romantis. Sampaikan tiap kali bulu mata belah kanan gugur pun dia nak simpan sebab percaya yang ada orang jauh sedang rindu kat dia.


Apa jenis entri yang biasa diterbitkan ?

Asalnya, tuan saya semangat nak kongsi cerita pasal persiapan kahwin dia. Sampaikan berapa bijik telur telah direbus masa jamuan kahwin pun dia nak cerita. Lepas tu, dia sibuk terbitkan cerekarama bersiri pasal suri rumahtangga terhebat. Maka, keluarlah kisah nyonya pulang dari pasar dan episod sang suami berpakat dengan ketua lipas.


Kadang-kadang, kalau sawan wayang dia datang, tuan saya akan ulas pasal filem. Tapi bukan semua filem dia akan ulas. Filem yang pengarahnya-sendiri-kata-cerita-ni-memang-takde-mesej, memang tak masuk dalam senarai. Apa ntah tajuknya, jangan pandang belakang orang masa main congkak ke ape ntah.


Kalau dijangkiti sindrom Maria Tunku Sabri pulak, dia akan bagi makan entri lepas orang balik sembahyang Jumaat di samping menjaja berita hangat yang dah basi di pasaran dan ajak orang perah otak sampai 200 peratus.


Sekarang, saya lebih banyak diberi makan entri berperisa layu dan sendu sebab tuan saya kurang kasih sayang duduk berjauhan dengan suaminya. Sebab tu lah, saya makin kurus. Bukannya sebab saya pakai losyen mustajab pati halia ke apa.


Harapan masa depan ?

Setiap kali lepas diberi makan entri goreng, saya akan diberi upah berdasarkan prestasi hasil ternakan tuan saya di kantin nuffnang. Kalau banyak, saya akan kongsi sikit dengan adik saya si isubumperkahwin [dot] blogspot. Kesian dia. Pun kurus tak cukup makan. err. Tak menjawab soalan, eh? Mesti sebab saya lapar sangat dah ni.


Kata-kata terkahir ?

Semoga saya kembali gebu seperti dulu. Awak semua, tolonglah beritahu tuan saya, jenis entri macam mana yang awak semua suka. Sambil tu, boleh jugak awak semua tolong bagi tuan saya resepi entri baru yang sedap-sedap untuk dihadiahkan kepada saya nanti, okay?


sand

oh. Lupa. Satu lagi fungsi penting saya. Sayalah posmen di antara tuan saya dan kekasih pojaan hatinya. Kalau saya tak diberi makan, maka sang kekasih pun akan turut sama rasa lapar kebulurkan entri.


none 207

Tapi pelik jugak saya, kenapa dia tak jadik kurus macam saya, eh. Padahal sama-sama tak cukup makan :p


Sekian kisah saya sebuah blog. wah. Dah macam karangan saya sebatang pensel.



HER : Masa kecik dulu, pernah ada imaginary friend nama ‘Mak Ngah’. Sekarang dia dah duduk New Zealand bukak ladang biri-biri. ok. ok. Very the ‘makcik-makcik’, I know.

Sunday, February 22, 2009

Mereka panggil saya ALONG, tapi saya bukan ALONG, saya cuma mau TOLONG.

Hutang tag aku dah berlambak-lambak.

Kalau hutang dengan Along ni, mau dah lama muka aku masuk kolum nasional Berita Harian, takpun terkebil-kebil muncul kat Buletin Utama, sebab rumah kena simbah cat merah.

Aku bayar secara ansuran dulu lah, ye. Kata orang, sikit-sikit, lama-lama jadik bukit. Ini daripada Puan Seri Yusliza ; juga suri rumah tangga kelulusan sarjana.

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]. END


SATU.
Orang yang pertama kali dengar dan sebut nama aku, mesti salah. Mesti akan rasa macam nak tergeliat lidah. Sebut dah salah, apatah lagi nak mengeja. Salah biasa-biasa, macam Afziha jadik Afiza atau Aziah, masih boleh terima, tapi kalau daripada Af'ziha' tukar jadik Af'zina', memang aku naik angin satu badan lah.

DUA.
Punya banyak nama timang-timangan. Afziha; nama cikgu panggil masa kat sekolah. Ziha; kawan-kawan biasa. G-ha; masa duduk asrama. Xeea; bila masuk matrikulasi. Zea; dipanggil oleh kawan-kawan Encik Cfu. Along; panggilan manja di rumah. Siti Markonah; adik-adik junior gelar. Dan, yang paling takleh blah, Zaleha; dengan sesedap rasanya cikgu Sains masa aku Tingkatan 1 dulu bagi. Sorang member, nama dia Zuwairi tapi cikgu tu panggil Kawaree. Kekal sampai sekarang.

TIGA.
Punya banyak koleksi anak patung mainan. Yang rupa beruang, anjing, harimau, itik, arnab, makhluk Tazmania, reddevil, macam-macam lagi lah. Semua hadiah. Takde sekor pun aku beli sendiri. Oh, paling besar, si bapak Winnie The Pooh. Sebesar satu setengah pemeluk orang dewasa. Original, ok. Bukan macam Pooh cap pasar malam yang hidung mancung tu. Tak dapat aku bayangkan berapa inci tebal muka Cfu usung bapak Pooh ni kat pusat membeli-belah dan beratur nak bayar kat kaunter.

EMPAT.
Pada usia 18 tahun (ehem), dan bergelar isteri kepada seorang lelaki seksi (ehem), dalam keadaan separa sedar, aku masih lagi tidur peluk Luna; bantal busuk (yang wangi bau Softlan Ultra) kesayangan.

LIMA.
Macam semua sedia maklum, aku punya satu penyakit ganjil. Dan, masih lagi dalam proses mendapatkan rawatan dan vaksin yang sesuai.

ENAM.
Makan nasik, mesti nak ada kuah. Tapi, paling tak suka kuah kari. Lebih-lebih lagi kari cap Allagappas dan Babas.

TUJUH.
Masa sekolah sampai lah masuk universiti, berat aku maintain je 45 kilo, tak berubah-ubah. Lepas couple dengan Cfu, alih-alih berat aku berubah. Selulit merata-rata. Lepas kahwin ni, tak payah cerita lah.

LAPAN.
Pernah obses dengan epal merah nama Royal Gala. Tiap pagi, tak dapat makan nasik lemak dewan makan asrama, aku tak heran pun, asalkan stok epal masih ada (sebab tu lah berat badan i maintain, u!). Sampaikan ramai yang perasan, dan dapat jolokan nama Royal Gala. Paling aku ingat, masa adik-adik junior buat poster pilihanraya bertanding jadik ahli exco hal ehwal pelajar untuk aku. Poster orang lain, taruk muka gambar pasport besar-besar, poster aku sorang je yang taruk gambar epal. (Apa kejadah nya!) Agaknya, itu lah rahsia aku menang besar dalam pilihanraya.

SEMBILAN.
Ramai jugak yang tak tahu. Tabiat suka makan epal merah dalam kelas masa kuliah dan makmal Biologi kat matrikulasi dulu, antara faktor penyebab yang menemukan jodoh berbelit-belit antara aku dengan Cfu. Jodoh berbelit-belit? Iye lah. Rumah; satu kat Johor, satu kat Terengganu. Sekolah; sekolah Cfu lelaki semua, aku sekolah asrama penuh campur. Matrikulasi; aku je yang masuk Matrik, Cfu terus masuk U. Universiti; aku kat IPTA, dia pulak ke IPTS. Masing-masing berkawan dan couple dengan orang lain dulu bertahun-tahun lamanya. "Macam mana boleh jumpa, ye?", soalan yang orang selalu tanya. Dah kawan kenal hati budi dan berhubung secara maya agak lama, barulah kami ambil keputusan bertemu empat mata. Itulah, jodoh pertemuan, Tuhan yang tentukan.

SEPULUH.
Punya tabiat pelik yang masih tak dapat dibuktikan melalui ujikaji sains. Kalau dah tertidur malam, tanpa cuci muka dan gosok gigi, kalau tiba-tiba terjaga nanti, secara automatiknya aku akan meluru masuk bilik air untuk cuci muka dan gosok gigi, lepas tu masuk tidur semula. Walaupun masa tu dah pukul 5 pagi!

SEBELAS.
Kalau baca novel yang tebal stok-stok macam Kamus Dewan, mesti aku belek muka surat belakang dulu. Nak tau ending dia best ke tak. Kalau hero mati ke apa, terus aku tak jadik nak baca sampai habis. Ya. Saya memang anti-klimaks.

DUA BELAS.
Sangat berbangga dengan zaman kanak-kanak dulu. Sebab pernah main guli, gasing, konda-kondi, galah panjang, baling selipar, layang-layang plastik yang ada gambar Thundercats, polis sentri want to jaga, batu seremban, satu lubang tikus, lompat getah, game player Tetris serta game catridge Super Mario. Tak macam adik-adik aku yang hanya tau ikat tocang anak patung Barbie dan main Counter Strike. Haih.

TIGA BELAS.
Merah itu kelihatan sangat menawan pada mata aku. Merah jugak adalah warna dominan harta-benda aku. Sampaikan kalau ada orang masuk bilik aku akan terus kata, "Kau suka warna merah, eh?"

EMPAT BELAS.
Ada aturan menyusun barang yang rutin. Pinggan kat rak aku susun ikut prinsip, 'yang kecik di kiri, yang besar di kanan'. Susun baju dalam almari pun macam tu. Susun bantal pun. Kasut pun. Pendek kata, semua susunan barang aku macam tu lah. Marah betul aku kalau ada orang ubah susunan tu, sambil mulut merungut tanpa henti, aku akan susun semula ikut aturan menyusun ciptaan aku tu. err.. aku jugak suka main game yang memerlukan kemahiran menyusun yang tinggi macam Tetris, Diner Dash dan Magic Balls.

LIMA BELAS.
Sangat suka snorkelling tapi tak tahu berenang. Satu hari nanti, mungkin jugak untuk fantasia bulan madu akan datang, aku berangan nak pergi snorkelling dengan suami peliharaan sambil dia menjadik aku punya pelampung. Paling tidak pun, kalau aku lemas ke apa, dia boleh bagikan CPR. Selama ni, kalau snorkelling, aku tak pernah risau pasal tak tahu berenang, tapi aku lagi risaukan siapa lah yang akan bagi CPR kalau aku lemas. :p

ENAM BELAS.
Dididik oleh Mak Abah sejak kecik mandi pakai water heater. Bila masuk asrama sampai lah duduk rumah sewa kat universiti, gigih lah aku masak air guna cerek elektrik untuk mandi. Bila dah kahwin, masa rumah takde water heater lagi, jadik kerja harian Cfu pulak gigih nak menjerang air mandi aku. Terharu tau i, sayang! *mata berkaca-kaca*. Dan, jangan tak tahu, mak dan ayah mertua aku siap pasangkan water heater khas kat bilik air rumah Terengganu tu sempena nak sambut aku jadik menantu. (Oh, aku memang sayang ayahbonda mertua secara banyak!)

TUJUH BELAS.
Sangat high dengan bau petrol, bau ekzos, bau bayi dan bau suami peliharaan lepas mandi. Manakala bau rokok, bau mulut dan bau tengik ketiak adalah sangat-sangat anti-klimaks buat aku.

LAPAN BELAS.
Suatu masa dulu, pernah selalu bergayut kat telefon dengan sepupu-sepupu lelaki sendiri. Macam bergayut dengan boyfriend, gitu. Sampaikan mak aku risau kot-kot aku bertemu jodoh dengan sepupu sendiri. (Amat tidak digalakkan ye, adik-adik sekalian. Dikhuatiri akan mewarisi penyakit genetik kalau berkahwin dengan kaum keluarga terdekat.)

SEMBILAN BELAS.
Sangat sakit hati nak baca SMS yang adik-adik aku hantar. "Yo, SisTaH! Nk Gi UmAh Ko WiKeN nI bLe x? KiToRg Nk TrOn KL nI, dE hAl cKiT." Penat I TuLis KeciK BeSaR, KeCiK bEsAr MaCaM nI tAw, uoLLs! Adooooiii aiii! *pengsan*

DUA PULUH.
Ramai orang kata, aku ni nama je anak sulung, tapi perangai manja serupa mengalahkan anak bongsu. Tapi, manja-manja aku pun, ada tali pinggang merah dalam Taekwondo, tau. Don't play-play, haa!


Ambik kau. Orang mintak 16, aku bagi 20. Terlebih sudah!

Giliran untuk sampaikan tag ini kepada 16 orang lain.

Kamu. Sila buat.
Kamu. Kamu. Kamu.
... dan kamu juga.

eh eh buat-buat pandang tempat lain pulak.
Ingat aku tak tahu kamu tengah baca.
Senyap-senyap tak nak mengaku pulak.

Semua orang yang membaca entri ini, sila lah membuat!
Tiada kompromi.

*aku memang kejam*
:p


HER : Ni yang aku tak suka update blog masa hari minggu. Suami peliharaan ada kat sebelah dok intai-intai je nak tau apa yang aku tulis. Memang anti-klimaks betul aa dia ni.

Monday, November 24, 2008

Senarai seorang pem-bosan.

Baru dapat internet. TM sangat lembab. Aku pindah rumah dah berminggu-minggu, proses transfer line Streamyx tak jugak siap. Akhirnya, kami terminate dan tukar Celcom broadband. Walaupun coverage tak berapa stabil, kira ok laa jugak. Daripada sangap takde ape-ape. Memandangkan terlalu banyak cerita untuk diterbitkan secara pukal dan memakan masa yang lama, jadi, aku buat dulu menda alah tag yang alina bagi dah berzaman-zaman nih.

Here, my very first taggie.

1. What are you wearing?
- Snoopy baby T pair with his boxer.

2. What did you do last night?
- Dancing with the husband. ehem.

3. Favorite Memory with significant other?
- Each moment together are my favorites. * ayat sangat bahagia. nyampah. *

4. Last gift received?
- The anniversary gift.


5. Describe the last picture you were in?
- At TGI, Sunway. Celebrated our 5th anniversary.


6. Last thing you ate?
- Biskut Tiger, biskut tenaga.

7. Last thing you drank?
- Hot chocolate.

8. What kind of underwear are you wearing?
- A boring one. yet sexy. haha

9. What was your best vacation?
- The honeymoon. * eiuwww *

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
- Romantic spa for two.

11. What is happening around you?
- The Oprah's show is on TV. My pet fish, Goldie is swimming. The washing machine is singing. (seriously, mesin basuh cfu menyanyi lepas siap basuh baju. aku sangat jakun masa mula2 pakai.)

12. What is your shoe size?
- Lucky number 7. Same as alina. (boleh tukar2 kasut, kan? kan? kan?)

13. Last event you dressed up for?
- Our niece; Natasya's 8th birthday party at her granny's place in Malawati.


14. What is the most cheap thing you bought?
- Tau Fu Fah. 3 for RM 2.

15. What is the most expensive thing you have on right now?
- Brand new bracelet. Wedding gift from the in-laws.

16. What is your favorite smell?
- After shower fresh smell.

17. Is there something you really want to buy right now?
- A karaoke set. (sangat bosan di rumah. rindu zaman rumah bujang. melalak karaoke tiap hari.)

18. What are your nicknames?
- ziha, xeea, gha, gheea, along ... owh yer, orang Ganu panggil nama aku zeha.

19. What are your plans for today?
- masak. basuh baju. sapu lantai. tengok tv. tido. begitulah setiap hari.

20. Describe your friendster picture.
- In wedding dress. with Sarah, the wed angel.

21. Describe your myspace picture.
- Not a myspacer. aku memang seorang pembosan.

22. Describe your facebook picture.
- Not a facebooker. kan dah kate, aku memang pembosan.

23. What did you do last weekend?
- Family event, jogging and dating.

24. Favorite brand of clothes?
- Anything nice and comfort.

25. What is your ringtone?
- 'Bintang di Langit'. perasan kiut.



Mahu jemur baju.

Mesin basuh dah lama menyanyi.

Momo, Juju dan SOT, kalau kamu sedang bosan, sila lah sahut cabaran tag ini.