Wednesday, September 12, 2012

Terrific Terrible Twos.

P1060159

My handsome Alfiy Hafeez turns two on August 18th, 2012.

 

Alfiy Hafeez,

Pejam celik, pejam celik, anak Mama dah masuk 2 tahun. Sekejap je, kan. Rasa macam baru semalam Mama cium Alfiy buat kali pertama sebaik je Alfiy dikeluarkan dari rahim Mama. Menangis suara macam kartun. heh. Alih-alih sekarang, menangis dah macam meraung, pura-pura menangis pun pandai. Lagi heran, bila Alfiy menangis tiap kali tengok babak kittens kena ikat dalam kartun Puss-in-Boots, takpun masa flashback Po kena tinggal masa kecik dalam cerita Kung Fu Panda. Tak sangka anak Mama ni seorang yang penuh perasaan. Betullah kata Papa, sebijik macam Mama yang kalau tengok filem sedih je, terus meleleh air mata.

 

alfiy2alfiynotty

Super-Baby Alfiy!

Alfiy Hafeez,

Kalau nak Mama cerita satu-persatu tentang ragam Alfiy sejak cecah umur 2 tahun ni, memang tak siap-siap lah entri ni sampai raya Puasa tahun depan. Sebab memang terlalu banyak ragamnya! Cukuplah sebahagian gambar di atas untuk menggambarkan betapa anak Mama ni seorang yang sungguh lasak, jiwa kental, raja mogok, cheeky happy go lucky, stunt-man-in-the-making, drama king, superman, gentleman, sampai tahap nak jadik Ultraman pun boleh tapi dalam hati sentiasa ada taman. Mama akui, ada kalanya, Mama memang tak cukup sabar untuk layan kerenah Alfiy. Mujur lah Tuhan hadirkan Papa untuk Mama; seorang suami yang cukup sabar dan begitu menyenangkan hati.

 

Terima kasih Tuhan beri Mama peluang menyusukan Alfiy hingga Alfiy genap 2 tahun. Terlajak sikit lah sebulan dua. Sekarang, Alfiy dah minum susu formula sepenuhnya. Tipu lah kalau Mama tak rindu nak susu kan Alfiy macam selalu tapi dah sampai masanya, kan. Anak Mama dah besar panjang pun. Tak seswaiii tau nak bergayut 24 jam.

 

Biarlah orang putih panggil peringkat ni sebagai ‘terrible twos’ pun, Mama sedaya mungkin nak abadikannya sebagai ‘terrific twos’ walaupun mungkin Mama histeria lalu menjelma jadik raksasa gorgon hampir setiap hari untuk melalui fasa yang begitu mencabar ni. Pada hemat Mama, beberapa tahun pertama ni je lah yang Mama ada untuk merasa Alfiy nak kiss Mama setiap hari, peluk Mama dengan erat setiap malam dan hadiahkan senyum paling manis setiap kali Mama ambil Alfiy pulang dari taska. Senyuman yang bisa mengubat segala rasa duka. Bila Alfiy dah semakin dewasa nanti, pegang tangan Mama pun Alfiy taknak, inikan pulak nak kiss pipi Mama, kan? Tak macho lah depan kawan-kawan, katanya (-_-”)

 

P1040789

Tiada yang lain Mama harapkan, melainkan doa seorang anak soleh. Semoga Alfiy membesar menjadi anak yang baik, diberikan kesihatan sempurna, menghormati orang tua dan sentiasa membahagiakan orang lain.

 

Sayang kamu selalu,

Mama Xeea & (Papa Cfu pun mesti sibuk nak tumpang sekali)

 

 

HER : Masih belum layak diiktiraf sebagai Super-Mama kerana rasa sabar masih belum cukup tebal T___T

Tuesday, September 4, 2012

Alhamdulillah.



Antara pencapaian terbesar dalam hidup. 
Rizqi minallah :))