DISCLAIMER : Ini bukan entri komplen. Artikel ini ditulis berdasarkan kepada pengalaman peribadi penulis dan perasaan beliau pada ketika itu. Tidak bertujuan untuk menuding jari menyalahkan sesiapa kerana setiap yang berlaku sudah tertulis dan ada hikmah di sebaliknya. Tidak dibenarkan mengambil gambar di NICU. Foto yang dirakam adalah untuk rekod simpanan peribadi dan atas risiko tanggungjawab sendiri.
...
Exibit B.
Dari hari pertama hingga hari ke-3 di NICU Putrajaya, tak banyak perubahan yang berlaku. Adam masih ditempatkan di bilik yang sama, bawah pemerhatian lagi katanya. Aku dan Cfu dapat lihat ada kesan muntah berwarna hijau yang dah kering kat baby cot Adam. Bila tanya doktor yang bertugas haritu, semua simptom direkod dan ujian demi ujian akan dibuat sebelum diagnosis jenis penyakit.
Adam menyusu macam biasa, cuma dia kelihatan restless dan mengantuk. Aku anggap sebab jaundice dia jadi macam tu. Muntah kuning masih berterusan, malahan makin kerap. Hari ke-2 Adam kena fototerapi bawah lampu sebab bacaan jaundice lebih 170. Lepas tu, hari ke-3 doktor kata ada jangkitan kat salur kencing pulak dan antibiotik yang diberi hanya akan tunjukkan kesan lepas 48 jam. Doktor jugak nak monitor cara-cara aku breastfeeding macam mana, betul ke caranya, reti burp kan ataupun tak. So, ada banyak kemungkinan dan faktor yang diorang perlu consider menyebabkan persistent vomiting tu.
Setiap kali bila Cfu tanya betul ke simptom tu ada kaitan dengan masalah usus yang serius? Doktor tidak menafikan, tetapi diorang taknak terus jump to conclusion sampai selesai semua prosedur yang perlu dibuat. Which means, memang berhari-hari lagi lah Adam duduk NICU tu, dan berhari-hari jugak lah hati kami tak tenteram. Tapi, kami takde argue apa-apa pun sepanjang 3 hari ni sebab kami hormat dengan etika dan prosedur rawatan. Akur je lah dengan segala penjelasan nurse dan doktor walaupun bermacam-macam persoalan berlegar kat kepala.
Penat?
Physically memang obvious lah sangat penat, kan. Tengah dalam pantang. Badan tak kuat lagi. Ke hulu ke hilir pun naik wheelchair je. Cfu pun penat menguruskan aku, dengan si dua beradik kat rumah lagi. Tapi, yang paling kritikal adalah penat mental sebenarnya. Penat menunggu, penat berteka-teki, penat nakkan jawapan, penat mahukan kepastian, apa penyakit Adam sebenarnya. Sebab tu, aku dan Cfu hanya maklumkan pada keluarga terdekat je. Bukannya apa, kami sendiri pun takde jawapan lagi, kang orang tanya bertubi-tubi, makin letih lah kami nak melayan nanti. Memang harapkan orang faham-faham sendiri yang kami perlukan sedikit privasi di waktu-waktu macam ni.
Setiap hari, kami akan bergilir melawat Adam tapi most of the time memang aku yang lama kat dalam.
Aku akan report kat Cfu setiap kali tu, berapa kali dia muntah, apa doktor kata, minum susu macam mana. Without fail. Dan, setiap kali tu jugak, aku akan maklumkan pada nurse supaya dia rekod kan maklumat tu. Dah kata under observation, kan. Kena lah rekod kan semua walaupun sepanjang bawah jagaan aku. Tapi, yang aku perasan, setiap kali aku ada kat wad menjaga Adam, tak pernah sekali pun nurse datang untuk observe atau buat catatan dalam rekod. Siap ada sekali tu, Adam muntah kuning agak banyak, sampai meleleh atas lantai. Kebetulan, ada sorang nurse dalam bilik, dan aku pun segera tunjukkan muntah tu, lepas tu tanyalah kenapa warna kuning macam tu. Tau apa nurse tu jawab? Owhhh.. mungkin sebab Appeton kot. I was like whaaattttt the.. APPETON???!!! Korang bagi anak aku yang baru umur seminggu makan Appeton ke apaaaaa???? *panggg* Tapi jeritan tu dalam hati je lah. Malas aku nak argue sebab tengok gaya nurse tu macam nurse pelatih je. Semua yang aku tanya dia jawab tak pasti. Tanya kenapa mulut Adam macam ada ruam putih-putih pun dia jawab tak tahu, suruh aku tanya doktor sendiri. Adoiiii sabar je lah, tak convincing langsung.
Bila berterusan dibiarkan tanpa jawapan, kami dah tak tahan lagi.
Aku dan Cfu dah makin letih. Mentally abused. Nak cakap lebih-lebih kang, dikatanya kita memandai-mandai pulak, lebih sudu dari kuah. Sampailah pada lewat petang hari ke-3 di NICU, Cfu jumpa doktor bertugas untuk tanya treatment progress. In the process, ada banyak maklumat yang tak consistent antara apa yang aku report kat Cfu dengan apa yang dicatat dalam rekod. Dalam tempoh beberapa jam dengan aku, Adam muntah lebih 3,4 kali tapi kat rekod tulis sekali je. Ya, SEKALI SAHAJA. Kan ke jauhuuuuh tu. Sebab tu doktor buat rilekkkk je. Siap doktor cakap nak discharge kan Adam lepas selesai rawatan antibiotik untuk jangkitan salur kencing tu.
Bila kami request nak jumpa doktor pakar, doktor (MO) argue semula kenapa sampai nak jumpa pakar, penerangan dia tak cukup lagi ke, apa lagi yang kami tak faham dan tak puas hati. Yek lah kan, kat hospital kerajaan mana senang-senang nak dapat jumpa pakar. Dah lah doktor tu macam bad mood dan stress sebab on weekend, dia sorang je yang kerja haritu. Nak layan kerenah pesakit, nurses, mak bapak pesakit lagi. Lepas few arguements, doktor macam terkejut bila aku cakap yang Adam anak ketiga dan aku dah ada pengalaman fully breastfeeding dengan 2 anak sebelum ni. So, assumption yang muntah disebabkan wrong handling during breastfeeding is slashed out of the list. Doktor tambah terkejut bila aku emphasize yang muntah tu bukan muak susu tapi more like mucus. Yellow tinged mucus. Sambil aku tunjuk segala ‘evidences’ kat baju, selimut, towel dan bed sheet yang sengaja aku sorokkan sebab nak tunjuk kat doktor. Buntang bijik mata doktor masa tu. Nampak sangat kat rekod rawatan takde catat pasal benda tu. Tu yang asyik kata muak susu, muntah susu tak habis-habis (ugh!) Baru dia macam panik, dan janji akan remark kat report agar diberi perhatian oleh doktor senior dan pakar masa sesi lawatan wad esok pagi.
Kena menunggu lagi satu hari.
Sekurang-kurangnya kami lega lepas terluah segala yang terbuku di hati..
Next Entry : Hari Yang Panjang
Xeea, farah memang ban NICU HPJ. Sebab kita sebagai parents langsung tak diberitahu info apa2 pasal anak. Bila tanya je jawapan nurse dr blm tgk baby. Tanya banyak kali nurse boleh mengomel cakap 'sibuk je nak tau'. Dia ingat kami tak dengar kot dia membebel! Taknak ckp besar tapi lepasni memang takkan admit baby kat NICU HPJ lagi.
ReplyDelete