Showing posts with label hot news. Show all posts
Showing posts with label hot news. Show all posts

Monday, January 25, 2016

Hello World! #3rd Edition.

P1110096

Fresh from the oven.

 

Ah-ha! Elok je lepas up entri pasal 3rd pregnancy, tup tup entri seterusnya dah pop out. Umur baby pun dah masuk dua bulan. Panjanngggggg cerita nya kenapa entri kelahiran ni tertangguh kemain lama. Nantilah pelan-pelan aku cerita secara bersiri. Pada yang mengikuti di laman IG, mungkin dah tau sikit sebab kat situ dah jadik macam micro blog Xeatopia.

 

Walau banyak mana pun laman sosial lain, entri blog mesti kena ada. Ini dah jadik macam arkib kehidupan kami anak-beranak. Banyak perkara akan dirujuk semula ke sini. Contohnya, nak banding berat kelahiran anak-anak terdahulu pun, korek entri lama. Dah manjang bergaduh dengan Cfu pasal berat anak. Helllooo kite yang beranak, kot. Walaupun dah banyak urat yang putus, tiap sorang berat masa lahir tu tersemat utuh dalam kepala ni tawww.

 

P1110143

ADAM HARITH BIN MUHAMMAD HAFIZ

23.11.2015

11.37 am

3.90 kg, 52 cm

Hospital Columbia Asia, Puchong.

 

Proses kelahiran berjalan dalam keadaan baik dan lancar. Tak ada trauma, komplikasi dan sebagainya. Baby pun sihat Alhamdulillah sewaktu dilahirkan. Proses recovery lepas kelahiran pun agak cepat sebab dah masuk pengalaman ketiga, kan. Semuanya baik-baik saja, sehinggalah masuk hari ke-4 selepas kelahiran. InsyaAllah akan diceritakan dalam entri akan datang.

 

Selamat datang, anakanda yang dikasihi. Moga sentiasa dilindungi Tuhan, terus mendatangkan bahagia dan cinta buat keluarga kecil kami (yang makin berkembang, nampaknya) Sungguh, setiap anak itu memang pembawa rezeki.

 

Much love;

Mama Xeea, Papa Cfu, Abang Alfiy & Kakak Syana

:))

Thursday, October 24, 2013

Hello World! #2nd Edition.

Alhamdulillah, syukran Ya Allah.
 
 
Adik Baby is already here! Me, Cfu and Alfiy are more than delighted. First fews days memang sangat sangat sangat mencabar fizikal, mental dan emosi. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Phewwww!
 
 
20131024_172404
 
Few hours after delivery.
 
 
C360_2013-10-21-08-42-28-038
 
AISYA HANNAH BINTI MUHAMMAD HAFIZ
16.10.2013 , 11 Zulhijjah 1434
10.52 am
3.64 kg, 51 cm
Hospital Columbia Asia, Puchong.
 
 
Kita cerita panjang-panjang lain kali lah, ye. Bagi can kami anak-beranak adjust rutin hidup dengan kehadiran orang baru. Tengah fasa kritikal lagi ni. Mak pun tengah berpantang serupa zombie ni, hah. Bagi ai pasang badan dulu baru boleh update belog dengan lebih gigih. hihi.
 
 
Much love;
 
Mama Xeea, Papa Cfu & Big Bro Alfiy 
 
:))

Friday, April 19, 2013

Spill The Beans!

Alang-alang dah terrrrr-kantoi kat IG, meh ai sebarkan ke seantero alam maya lah senang cerita. Statement tak payah nak konfiden artis sangat, pleaseeeee :p

 

IMG_20130419_095144

Alhamdulillah. Entering 2nd trimester & counting..

 

Masih terumbang-ambing bergelut dengan morning till night sickness. Pohon didoakan yang baik-baik, agar diberi kesihatan & kekuatan untuk terus tabah mengharungi. InsyaAllah.

 

 

HER : Kali ni, ada ‘tangan kecik’ yang tolong urut belakang masa muntah kuning hari-hari. hihi

Monday, February 18, 2013

Hikmah di Sebalik Ikhlas.

Sekadar bermula suka-suka antara saudara mara dan sahabat handai terdekat, Syukur Ya Allah, perniagaan keluarga kami beransur-ansur menunjukkan perkembangan positif. Ada sesetengah yang dah tahu, ada jugak sekadar tahu gitu-gitu, nah sekarang ni aku betul-betul nak beritahu.

 

Memperkenalkan,

Nani Homestay Tangkak.

Nama diambil bersempena dengan nama adik bongsu istimewa kami.

Masih ingat? (Baca : Si Bongsu Kesayangan) Dengan harapan, agar berkat keistimewaan yang dimiliki adik dapat dilampiaskan kepada perniagaan anak beranak ni. InsyaAllah.

 

image

Alhamdulillah. Full house untuk Februari. Mudah-mudahan murah rezeki di lain kali.

 

Idea datang daripada Abah yang tengah mencari-cari kerja selepas pencen lebih kurang dua tahun yang lalu. Kebetulan, Mak baru nak manfaatkan kemudahan pinjaman beli rumah untuk pegawai kerajaan; beli sebuah rumah tak jauh dari kediaman kami. Buat aset, katanya. Hasil perbincangan anak-beranak, kami setuju untuk jadikan sebagai rumah persinggahan ataupun Homestay. Paling kurang, dapat jugak lah Abah bersibuk-sibuk lepas pencen. Orang dah biasa bekerja 56 tahun kot, mana reti nak duduk diam, kan.

 

Kami pun buat lah pembahagian tugas. Dah nama anak beranak cikgu, bahagi tugas bukan setakat sep sep gitu je tau, Abah siap buat kertas kerja. Siapa unit promosi, siapa bahagian housekeeping, siapa helpdesk dan sebagainya. Bertungkus-lumus lah kami semua menyiapkan kerja masing–masing sebelum due date. Memang big boss bubuh due date okeh (-_-“)

 

Secara rasminya, Nani Homestay Tangkak mula beroperasi sejak musim cuti persekolahan Tahun 2012. Hari ni aku masukkan iklan kat Mudah saja nak test market, tak sangka 2-3 hari kemudian, dah ada pelanggan! Gembiranya kami bukan kepalang! Memang kami layan pelanggan pertama tu macam kerabat diraja lah. Tinggal makan tak bersuap je. heh.

 

Kini, dah hampir setahun Nani Homestay Tangkak beroperasi.

 

Nampaknya, nama Adik Nani memang membawa tuah buat kami sekeluarga. Setiap minggu tak putus pelanggan. Sampai kadang-kadang kami pulak yang tak terlayan. Abah pun lagi sibuk mengalahkan orang yang belum berpencen. Macam-macam penambahbaikan dah dibuat hasil daripada testimonial para pelanggan. Abah sedaya mungkin, mesti nak penuhi permintaan pelanggan. Pelanggan mintak pasang Astro Warna sebab nak tengok Final Maharaja Lawak, malam tu jugak Abah terus pasang. Cuba kalau anak-anak dia yang mintak? Hausssss :p

 

Namun, perkara paling penting yang aku pelajari daripada perniagaan keluarga ni adalah nilai ikhlas yang Abah dan Mak cuba terapkan dalam jiwa kami adik-beradik. Setiap kali ada pelanggan mintak diskaun, Abah tak fikir panjang, terus bagi 10%. Pernah ada satu pelanggan tidur 3 malam, Abah suruh bayar untuk 2 malam je, satu malam lagi dianggap diskaun. Perghhh!! Aku yang berdarah muda ni mula-mula memang cepat melenting bila dengar Abah bagi diskaun banyak sangat.

 

“Rugi lah, Bah!”

 

Abah dan Mak senyum je sambil berkata,

 

“Takpelah. Kita tolong orang. Mudah-mudahan, satu hari nanti orang tolong kita pulak.”

 

*INSAFSAMBILTARIKRAMBUTSENDIRI*

 

Pernah sekali, Abah dan Mak siap tolong jemput pelanggan dari stesen bas sebab dia sampai tengah pagi buta dari nun Kedah sana.

 

“Ambik extra charge tak? Duit minyak ke?” sergah aku macam biasa.

 

Dan, macam biasa jugak, Abah dan Mak sekadar senyum menjawab,

 

“Takpelah. Bukan jauh sangat pun. Kalau kita permudahkan kerja dan urusan orang lain, InsyaAllah urusan kita pun akan dipermudahkan nanti.”

 

*INSAFSAMBILTARIKRAMBUTSENDIRILAGI*

 

Begitulah seterusnya. Abah dan Mak menguruskan Nani Homestay dengan penuh ikhlas dan tak berkira untung sangat. Cuma kadang-kadang aku risau jugak takut orang ambik kesempatan, kan. Banyak kali dah jadik pun. Orang yang janji nak datang malam, merayu nak walk-in, sampai  masa, tiba-tiba cancel. Aku memang sakit hati lah. Kesian kot Abah penat-penat kemas homestay, tunggu sampai malam, alih-alih tak jadik. Kot iye pun, beritahu la awal sikit. Tu belum masuk kes pelanggan yang tak amanah, ‘ter-ambil’ harta benda dari Homestay, pengotor, merokok dalam rumah walaupun dah diberitahu dan macam-macam lagi lah!

 

Abah dan Mak tetap senyum dan jawab, “Takpelah…”

 

Seiring dengan perkembangan positif Nani Homestay Tangkak, kami adik-beradik pun semakin matang dalam mempelajari selok-belok perniagaan dan membaca pelbagai ragam orang. Memang betullah rambut sama hitam, hati lain-lain. Dan, pengajaran terbesar yang kami pelajari adalah hikmah di sebalik sifat ikhlas. Biarpun Abah selalu bagi diskaun besar kat pelanggannya, tak berkira dengan pelanggan, dia tak pernah rugi walau sesen pun.

 

Sebab Tuhan beri Abah dan Mak ‘keuntungan’ dari segi sudut yang lain.

Yang tak dapat dijual-beli di mana-mana pun.

 

 

HER : Mendidik anak bukan sekadar di atas kertas.

Monday, January 7, 2013

2013 : Tahun Serba Baru.

Selamat datang, Tahun Ular.

Kali ni, tak buat entri Kompilasi 2012 macam tahun-tahun sudah kot atas sebab-sebab berikut :

 

  1. Tahun yang biasa-biasa saja. Takde perkara tergempar yang perlu digembar-gemburkan melainkan berat badan yang naik secara me-roket selepas berhenti fully breasfeeding.
  2. Arkib Xeatopia bagi Tahun 2012 adalah yang paling SEDIKIT berbanding tahun-tahun sebelumnya. Nampak sangat penulisnya dah kurang nafsu menternak blog.
  3. Tuntutan kerjaya lebih banyak over shadow kemahuan untuk ber-blog.
  4. Dah seminggu jengah tahun baru, dah basi nak buat entri yang patut siap seminggu sebelum masuk tahun baru.
  5. Malas.

 

Nah, sebab terakhir tu yang paling relevan, sebenarnya. heh.

 

Walaubagaimanapun, antara pencapaian terbesar dalam Tahun 2012 adalah kami berjaya memiliki rumah sendiri. Biarlah sekecil mana, nilai harga berapa, rupa bentuk bagaimana dan letak duduk nya di mana pun, asalkan hasil titik peluh sendiri, ia tetap jaaaauhhhh lebih selesa berbanding kita duduk menyewa rumah orang. Sakit nak bayar ansuran tiap-tiap bulan pun rasa berbaloi sebab dah namanya rumah sendiri, kan?

 

Syukur, Ya Allah.

 

Pada hemat aku, pengalaman pindah masuk ke rumah pertama dibeli sendiri, yang mungkin berlaku hanya sekali seumur hidup ni, wajar mendapat tempat di sini. Buat kenang-kenangan abadi, katanya. Maka, beberapa hari sebelum masuk tahun baru, aku dan Cfu ambil cuti panjang, nak sambut Tahun Baru kat rumah baru, kononnya. Berbekalkan beberapa orang ‘buruh kasar’ bertauliah berserta semangat juang tinggi, kami pun pulun lah berpindah ke kawasan kejiranan baru …

 

P1060317P1060305  

Inilah ‘buruh kasar’ bertauliah yang dimaksudkan. Jangan marah ye, adik-adik kesayanganss! Love korang banyak sangat. Nanti gaji hujung bulan, ai bagi upah Pizza sorang sekeping, okeh.

 

P1060308

Nampak tak si mandur kecik tengah buat apa?

P1060309

Orang lain sibuk membasuh dan mengemas, dia pulak sibuk mengukur tangga. Sia-sia mak melabur pasang pagar custom made tu, hah! *histeria*

P1060319 P1060321 P1060322

Tengok lah tu. Dia sorang je yang bergembira di kala orang lain dah nak terkulai kepenatan.

P1060329

Elok je siap basuh rumah, orang lain baru siap-siap landing nak berehat, dia lah orang pertama yang berkerohhh dulu! cheit.

 

Begitulah serba sikit sekitar hari pembersihan ‘syurga’ baru kami.

 

Sekarang ni, masih lagi dalam proses penyesuaian di tempat baru. Malam pertama tidur kat rumah baru memang tak nyenyak lah. Selang sejam asyik terjaga je. Macam-macam fikiran berlegar kat kepala. Siapa suruh layan Hantu Kak Limah sebelum tidur, kan. Padan muka.

 

Pohon doakan yang baik-baik, ya.

 

Semoga tahun ini membawa 1001 rahmat dan keberkatan buat kita semua. Jangan pernah putus asa sekiranya azam tahun lalu tidak kesampaian, mudah-mudahan kita sentiasa diberi masa untuk mencuba kali kedua, dan seterusnya.

 

Mistakes are sometimes the best memories :))

 

HER : Stay tuned at Organizing Thing for more updates on our home sweet home!

Monday, August 23, 2010

Hello, World!

Announcing,

.

.

.

the arrival of our lil’ bun!

IMG_1724

IMG_1788

IMG_1791

IMG_1800 

 ALFIY HAFEEZ BIN MUHAMMAD HAFIZ

18.08.2010 , 8 Ramadhan 1431

09.54 pm

3.61 kg, 53 cm

Hospital Columbia Asia, Puchong.



Much love;

Mama Xeea & Papa Cfu

:)

Monday, January 18, 2010

Fikirkan Boleh, Fikirkan Positif.

Masih lagi kalut dengan kehidupan di tempat baru.


Tapi, macam dah boleh blah sikit lah. Dah tau sikit-sikit port kedai makan mana yang paling sedap. Dan boleh ulang alik makan pagi, petang, siang, malam kat kedai yang sama. Sampai hafal semua menu. Selain tu, dah pandai bajet masa bertolak dari rumah ke tempat kerja dan sampai ngam-ngam ho 5 minit sebelum thumb print merah. Bravo.


Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.


Walau di mana pun kita berada, cuba berusaha untuk sesuaikan diri. Selami setiap budaya, bahasa dan selok-belok tempat yang kita diami. Benda-benda macam ni lah yang banyak aku belajar selama berada di tempat orang. Pengalaman ni lah yang akan kita bawak jadi bekalan hidup paling berharga. Yang takkan dapat dibeli di mana-mana.


Paling penting, sentiasa POSITIF.


Walau berat mana pun beban yang dipikul, sentiasa positif. Walau sepahit mana pun rasa yang perlu ditelan, sentiasa positif. Walau seteruk mana pun kita dicaci, ingatlah bahawa kita ini takkan mati dek keji mahupun hidup dek puji orang.


Pendek kata, kita perlu sentiasa optimis!

.

.

.

IMG_0645

Positif!

:)



HER : Pohon didoakan yang baik-baik dan selamat menempuhi fasa baru ini hingga ke akhirnya. Insya'Allah.

Monday, December 21, 2009

Cita-cita yang Tak Kesampaian.

Bila ada rakan sekerja offer pas jemputan masuk ke majlis pertunjukan fesyen, aku semacam melompat kegirangan. Mak oi, gila teruja! Teringat main pondok-pondok masa kecik dulu. Selalu berangan jadik pereka fesyen. Habis satu sketch book aku lukis 'rekaan fesyen' lah kononnya. Padahal, penuh dengan gambar orang lidi warna warni. heh.


Maka, bersempena Pesta Batik Terengganu 2009, diadakan pertandingan rekaan batik Piala Seri Iman. Majlis perasmian berlangsung di Taman Tamadun Islam. Ala, kat Masjid Kristal tu. Tempat aku menggedik outdoor shooting masa kahwin dulu. tskk. Rindu Cfu tiba-tiba.


Ok. Boleh teruskan.


Tanpa buang masa, terimalah entri bergambar berikut. Gigih aku zoom sampai 12x dari tempat duduk. Tak kuasa nak bersesak- sesak dengan wartawan dan jurukamera kat depan stage.


Sekali je aku berlagak macam paparazzi demi untuk ambik gambar peserta kolej. Itupun macam nyorok-nyorok kat celah ketiak wartawan mana entah bila tersedar yang aku sorang je pegang kamera kompak, sedangkan kat keliling aku ada berpuluh kamera gajah lengkap dengan lens panjang macam galah (-_-")


fashion show 109

Kat pintu masuk dewan, mata tetamu telah dijulingkan oleh rekaan batik yang indah-indah belaka. Tapi, lepas belek harganya cecah RM 999.90, yang indah tadi terus menjadik kurang indah kerana mata semakin juling lihat angka tersebut.


fashion show 031

Sewaktu ketibaan Menteri Besar.


fashion show 096

Sehati berdansa.


fashion show 050

Hitam putih kehidupan.

Tema “Perahu”.


fashion show 057

Wakil Kolej Komuniti Kuala Terengganu. hnsss

Tema “Dokoh”.


fashion show 062

Tema “Matahari”.

Electric blue versus orange (?) errk..


fashion show 065

One of my favorite.

Tema “Warna Pelangi”.


fashion show 069

Juara Piala Seri Iman. Rekaan Politeknik Johor Bahru.

Tema “Inspirasi Dokoh”.


fashion show 077

Rekaan Fakulti Fesyen UiTM. Kalau tak silap lah.


fashion show 080

Pemenang persembahan terbaik.


fashion show 084

Angkasawan muslimah pertama dunia :p


fashion show 086

Tema “Jawi” yang kelasss.


fashion show 082

Pencuci tahi gigi.


fashion show 091

Nita Malaysian Idol tengah nyanyi lagu ‘Big Spender’.

Ada sorang pakcik tu cakap, “huh? spender? lagu seluar dalam?”


fashion show 101

haaa. Ini untuk kamu, 'pakcik spender’ :p

Yusni Hamid.


fashion show 113

uh-oh. What I wore that night?

Fesyen carca marba. Asal kena dengan tema batik sudah.

Kebaya ungu sempena konvo degree, pareo cap Mydin, tudung bawal pakai pergi kerja siang tadi, chunky bangle souvenir dari Hong Kong, sepatu tumit tinggi merah dan ...

my brand new Canon iXus !



HER : Tak dapat jadik pereka fesyen, jadik peminat fesyen secara senyap pun kira ok lah, kan.

Wednesday, December 9, 2009

Kenapa Benda Baik Selalu Dibenci?

Berbekalkan semangat kenegaraaan yang tebal dalam diri, aku memulakan entri ini.


Memandangkan telefon bimbit dan alat elektronik adalah barang terlarang, maka terpaksalah kamu tatap gambar perempuan bermuka tebal yang tak ada kena-mengena dengan isi entri. Di samping bersemangat tebal, perut pun semakin tebal sebab dipaksa makan 6 kali sehari. Siapa tak makan, markah kumpulan kena tolak, katanya. tsk.


Aku mungkin tergolong dalam kalangan yang agak bertuah sebab terpilih menjadik calon untuk menyertai kursus Biro Tata Negara di kala sedang huru-hara kata kursus BTN wajar dimansuhkan, patut bungkus saja. Secara jujur, memang aku pergi atas sebab arahan. Ye lah. ‘Saya yang menurut perintah’, kan.


Tapi, selepas mengikuti kursus ni selama 5 hari 4 malam di Kuala Selangor, persepsi aku mula berubah. Aku tak nampak pun kat celah mana yang BTN ni patut diharamkan. Kecuali pada tahap kemudahan asas seperti katil yang suka mengeluarkan bunyi-bunyian pelik terutamanya di waktu malam dan kualiti makanan seperti roti tilam berinti majerin yang masih boleh diperbaiki. Lain-lain, aku tak tahu kenapa di luar sana beriya-iya kata BTN nih punya agenda tersembunyi.


Pada hemat aku, pengisian sepanjang kursus ni sangat bagus.


Selama ni, kita beriya-iya mengaku sebagai anak Malaysia sejati, kononnya. Hakikatnya, terlalu banyak perkara yang kita tak tahu sebenarnya tetapi kita selalu isytihar yang kita dah tahu.


Baru aku tahu apa dia ‘Keluhuran Perlembagaan’ yang kita selalu sebut dalam Rukun Negara tuh. Baru aku faham kenapa orang politik berhaluan kiri sibuk nak mansuhkan hak istimewa orang Melayu tetapi tak pernah sekali pun sebut pasal nak hapuskan Perkara 153.


Orang kita memang pandai mencari salah tetapi kalau masuk bab memperbaiki kesalahan diri, haram tak mahu mengaku.


BTN sekadar menyediakan platform.

Pokok pangkalnya, berbalik jugak kepada penerimaan kita macam mana. Untung nasib tanah air kita, terletak kat tangan kita. Orang luar sekadar boleh memandang dan menunggu masa untuk bersorak gembira meraikan detik kejatuhan kita.


filemgambar.php

mu

Oh. Satu lagi, pergi tonton filem 1957 : Hati Malaya.


Daripada kamu berlumba-lumba mahu tonton kisah pontianak orang putih kacak yang menghisap darah, lebih baik kamu hargai pejuang negara yang bermandi darah dan keringat semata-mata mahu hadiahkan Malaysia ini untuk kita.


Kadang-kadang, kita terlalu ghairah mengejar sesuatu sampaikan kita lupa apa yang pernah kita lalui suatu ketika dulu.



HER : Setinggi mana pun kita berada, ada masanya perlu kembali pandang ke bawah untuk lihat asal-usul dan hayati akar umbi kita.

Wednesday, November 18, 2009

Sepatu Merah.

Sebab aku pakai kasut tumit tinggi warna merah, maka aku pun membawak sekali muka konfiden artis pergi kerja pagi tadi.

vistana 052


Sampai-sampai je, macam biasa, thumb print, lepas tu cabut lari minum pagi. Dan, seperti biasa jugak akan melalui kaki lima yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar duduk bersidai nak tunggu kelas pukul 8 bermula.


Bak kata pepatah, yang muda disayangi, yang tua dihormati.


Kiri kanan aku, pelajar tak putus-putus bagi salam dan ucap selamat pagi. Tapi, kali ni lain macam sikit ucapan mereka. Siap ditambah dengan ayat,


“Cik puan, mintak sain”


Masih lagi berbekalkan muka konfiden artis tadi, aku pun membalas, ‘nak sain, datang jumpa saya kat ofis, bukan main mintak-mintak macam ni’. wah. Kemain garang lagi.


Masuk bilik pensyarah, disambut pulak oleh senyum-senyum manis (ada makna) pensyarah lain. Muka konfiden artis aku jadik pudar sedikit sebab dalam hati dah terdetik,


Ada benda yang tak kena ke dengan aku hari ni?

Apasal diorang senyum semacam je bila pandang aku?

Kain aku koyak kah?

*fobia terhadap seluar koyak Cfu masih belum kebah*


Mungkin sebab kasut tumit tinggi merah menyala yang aku pakai kot, agaknya. Dari jauh dah bersinar-sinar menyilaui pandangan mata. Sengaja reka alasan nak sedapkan hati sendiri.


Dan, aku pun pasang semula muka konfiden artis bersepatu tumit tinggi merah yang nyaris pudar tadi.


Hinggalah sampai ke satu tahap, aku terkedu bila ternampak di setiap tiang dan dinding-dinding di sekitar kampus, bersepah-sepah dengan banner ini.

.

.

.

vistana 051

Ya, anak-anak.

Let’s read together.

T_____T

Tu dia. Macam mana lah muka aku tengah tunggu nak bukak puasa kat Restoran Penyu tempoh hari boleh bersidai kat sini? Siap dengan bunting saiz 8 kaki pun ada, hah.


Boleh pulak gambar makanan depan aku tu berubah menjadik sebuah buku. Begitulah lah hebatnya kuasa Photoshop. Dah tu, kenapa tak dibuangnya jerawat nasik yang tersergam indah kat pipi kiri aku, weh.


Sebab aku pakai kasut tumit tinggi warna merah, maka aku pun terpaksa membawak sekali muka konfiden artis ke hulu ke hilir sepanjang hari. tsk.



HER : Kalau aku bukak kes, mintak royalti, mau boleh jadik jutawan segera nih.

Sunday, November 8, 2009

Perompak!

Selama ni, kalau Cfu telefon aku dalam nafas mencungap-cungap, aku tak pernah rasa hairan. Sebab, dengan fizikal ‘terbaru’ dia ni, baru panjat 5 anak tangga, bunyik hembus nafas je, dah lebih kurang sama macam bunyik serombong kapal. heh.


Tapi, 3 hari lepas, bunyik nafas cungap dia betul-betul buat aku cemas. Macam tak boleh bernafas.


“ Orang kena rompak.”

Terdiam kejap aku dari terkekek-kekek ketawa sebelumnya.


Cfu dalam perjalanan ke Pasar Seni, nak ambil stok barang jualan. Tak semena-mena, (penat carik perkataan nak gambarkan betapa ia terjadi tanpa disedari) datang seorang budak kutu rayau mintak seringgit. Cfu tak bagi. Bukan sebab kedekut tapi sebab memang dia betul-betul takde hatta sehelai pun duit kat dalam wallet.


Dia teruskan berjalan dan tak ambik pot hal duit seringgit tadi.


Nak dijadikkan cerita, dalam dok Cfu tengah leka mengushar amoi yang lalu-lalang, dia perasan macam berangin sepoi-sepoi je kat bahagian belakang. Hingga mendorong dia untuk meraba diri sendiri. Raba punya raba...


Tiba-tiba, danggggg!!!

Malapetaka apakah ini?!!


oldies 007

Suami peliharaan ku dalam keadaan separa sedar telah menayang hampir separuh punggung dan Renoma merah nya ke seantero alam, berjalan dari Pasar Seni hingga ke Petaling Street dengan seluar koyak-rabak akibat ditoreh pisau ni!


Puas Cfu cuba ingat bila, di mana dan bagaimana insiden ni berlaku. Tapi, gagal. Dia cuma ingat sampai setakat jumpa kutu rayau seringgit tu dan alih-alih sedar seluar dia dah koyak sebesar saiz dua penumbuk bouncer itu. Gila ah misteri nusantara.


Masa aku dengar Cfu cerita kat telefon, aku bayangkan koyak biasa-biasa je. Ingatkan seluar dia tersangkut kat paku ke apa. Tapi, bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, memang aku boleh sahkan ia adalah hasil dari torehan pisau! Yang sangat tajam, semestinya.


Syukurlah dia tak toreh orang nya.

Kalau tak, aku toreh bijik mata kau sampai juling, PEROMPAK.


Bila aku cerita kat kawan-kawan, masing-masing pun ada cerita yang lebih kurang sama. Rupanya, memang tengah musim orang merompak dengan modus operandi yang sama. Tak main dah seluk-seluk. Dia torehhhh je! Kempunan nak jadik penoreh gamaknya. Habis haa seluar (kat bahagian poket belakang, tempat orang lelaki biasa selit wallet) dan beg tangan perempuan jadik mangsa torehan.


Diorang pakai prinsip ‘toreh dan menang’. Toreh seluar, dapat wallet. Toreh beg boleh dapat pakej, purse dan handphone sekaligus. Dapat sekali MP4 atau PSP dikira sebagai bonus. Lepas ni, aku nak letak ular sawa dalam beg. Toreh, toreh, keluar ular, belit kau sampai mati. Rasakan.


Yang jadik kemusykilan, setiap mangsa memang tak sedar masa kejadian sedang berlaku. Kalau fikir logik, orang dok toreh seluar atau beg tangan LV kau dengan pisau, takkan lah tak perasan, kan? Aku rasa, memang ada unsur-unsur misteri nusantara sikit lah.


uii.. seram.


Jadik, berhati-hati lah wahai kamu sekalian.

Jenayah tak kenal mangsa. Siapa-siapa pun boleh kena. Tak kira di mana-mana saja. Dengan bermacam-macam cara.


Mintak Tuhan sentiasa lindungi kita.


oldies 006

Hingga ke saat ini, aku masih tak dapat terima hakikat betapa suami peliharaanku telah dinodai oleh mata-mata perempuan lain selain dari aku. oh, tidakkk.



HER : Sakit hati ku bagai ditoreh sembilu.

Saturday, March 28, 2009

Hitam pun Menawan.

Jangan terkesima katak.
Blog yang sama.
Warna je beza.


28 Mac 2009.
Blog ini bergelap kejap demi menghormati JAM BUMI.


The EARTH HOUR 2009 glow-in-the-dark wristband
fully sponsored by
Honda(M).



HER : Apa sangat lah aktiviti yang boleh dibuat dalam gelap-gelap ni eh? Oh, oh, saya tau! *keluar tanduk*

Thursday, March 5, 2009

Apabila teknologi makin canggih, manusia jadi makin ketagih.

Sikit masa dulu, pernah jugak dengar pasal hal ni. Ingatkan saja gimik media nak naikkan rating. Takpun lawak April Fool ke apa.

Tapi, bila tertengok ('ter' kah? padahal memang 24 jam duduk menghadap TV) dalam rancangan Oprah, baru lah aku percaya yang benda ni memang betul-betul berlaku. Bukan gimik saja-saja.


(Kredit : Oprah.com)

Kamu rasa, Oprah tengah buat apa?

(a) Ukur perut siapa lagi buncit.
(b) Demo teknik sedut lemak.
(c) Main sep sep, me me.
(d) Ajar senaman yoga.

Sila bulatkan hanya SATU jawapan sahaja.


Sebenarnya, semua jawapan di atas adalah TIDAK BENAR (pilihan jawapan dalam soalan aneka pilihan yang paling aku tak suka).

Oprah sedang kagum dengan lelaki ini. Terlalu kagum, sampai tak dapat tahan perasaan nak pegang perut suami orang ni di khalayak ramai. Kalau aku pun, mesti secara separa sedar akan buat perkara yang sama jugak, tanpa mengambil kira perut suami peliharaan pun apa kurangnya.

Sebab lelaki ini sedang HAMIL.

Ya. Lelaki ini bernama Thomas Beatie.
Dan dia mengandungkan anak.
BUKAN lemak.


Secara biologi, dia dilahirkan sebagai perempuan. Sampai ke satu tahap yang tak dapat dipastikan, tiba-tiba dia tukar jantina. Siap buat pembedahan buang payudara dan ambil testosteron nak bela bulu serta ubahsuai anu dia.

Bila dah kahwin, isteri dia ada masalah untuk hamil. Jadi, dia pun ambil keputusan untuk mengandung bagi pihak isteri dia sebab masih punya sistem reproduktif wanita. Guna kaedah persenyawaan tabung uji dengan sperma yang diderma, kemudian suntik masuk dalam uterus, maka mengandunglah dia dan mencetuskan macam-macam konflik perbalahan satu dunia.

Tapi, dia buat tak tahu je. Jalani hidup macam biasa, minum Anmum, mengidam buah mangga, berlatih teknik pernafasan, sama macam ibu-ibu mengandung yang lain. Difahamkan, anak pertama dia dah lahir pun. Anak perempuan; Susan Juliette. Dan sekarang dia sedang mengandungkan anak yang kedua pulak.

Macam mana lah Oprah tak kagum, kan?

Aku lagi lah. Terbeliak bijik mata. Rasa macam nak suruh laki aku yang mengandung pun iya jugak! :p Tapi, sebagai wanita sejati lagi mithali (ehem), mestilah kita nak mengandungkan anak sendiri. Nak jugak rasa pahit manis pengalaman sebagai perempuan hamil. Orang kata, best. Banyak keistimewaan. Lagi best, boleh manja-manja berlagak tuan puteri dengan suami.


Ini pulak si Nadya Suleman.
Bukan main gigih aku meng-google lepas baca berita pasal dia kat surat khabar minggu lepas. Nak jugak tengok macam mana lah rupa perut dia mengandungkan 8 anak sekaligus!
Subhanallah.


Ikut kata mak dia, Nadya ni terlalu obses dengan kanak-kanak.

Kot iye pun obses, kan. Takkanlah sampai nak berubah jadik kilang membuat anak. Kalau dah ada 6 orang anak kecik (umur 2 hingga 7 tahun), ditambah lagi 8 bayi serentak, mau tak kalut. Lepas tu, adalah nanti kes anak-anak tak cukup makan, kurang kasih sayang, terabai pendidikan, terlepas pandang dan macam-macam lagi lah.

Kadang-kadang, aku macam tak setuju dengan kaedah bayi tabung uji yang selalu 'ter'buat bukan setakat kembar 2 je, malah boleh jadi sampai kembar 5, 6, 7 dan 8!

It is all about quality NOT quantity.


HER : Mengandung nanti, nak sapu losyen anti strech mark satu badan.

HER lagi : Ada baka kembar :D

Saturday, February 28, 2009

Budak-budak zaman sekarang tak main pondok-pondok dah.

Tak tahulah kamu dah tahu belum cerita pasal ni.

Sekali pandang, nampak macam dua beradik tengah berseronok
main Play Station di tengahari, tunggu mak dan ayah pulang dari kerja, sambil memangku adik kecil yang baru lahir beberapa hari.


*Lagu 'Keluarga Bahagia' berkumandang di udara*


Rupanya, cerita sebenar di sebalik gambar 'adik-beradik sedang bergembira' ni adalah sangat jauh panggang dari api.


Kaget?

Ambik ko. Baru 13 tahun. Dah jadik abah orang.
Suara belum pecah lagi. Bulu kaki pun entah-entah belum tumbuh.
Subhanallah.

Nak tahu cerita selanjutnya, sila pergi sini.


Ironi, bukan?

Ada orang nikah dah bertahun-tahun, adakan hubungan secara halal nak dapatkan zuriat, berhabis duit, berubat sana-sini, masih belum dikurniakan rezeki.

Ada pulak orang kat luar sana yang terlanjur, one night stand je dah mengandung, tak cukup umur lagi dah ter-ber-anak luar nikah, kes buang anak, dera anak dan macam-macam lah.

Nah, aku tepek video pulak.





HER : Curious betul aku. Apa lah yang budak ni tahu pasal ovum dan sperma. Parenting skills apatah lagi. Sex education, anyone?

Saturday, February 7, 2009

Ini Malaysia ke Gaza?

Cukuplah sekadar aku memerhati.

Nanti dikata lebih sudu, dari kuah.




Hasil pemerhatian ;

Kulit sawo matang.

Hidung pun tak berapa mancung.

Mulut laung "Allahuakbar! Allahuakbar!", tangan tunjuk jari hantu.

.

.

.

Melayu.



HER : Teringat pulak main permainan 'kerusi muzik' kat sekolah tadika dulu. Rebut-rebut nak duduk kat kerusi bila muzik tiba-tiba berhenti. Sampai bergaduh tarik rambut, bertolak-tolak dan bertumbuk dengan Bavani si rambut kerinting dan berbau minyak kelapa.