Showing posts with label baby essential. Show all posts
Showing posts with label baby essential. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Senarai Gembira Untuk Si Bakal PaMa #03.

Menjadi Mama pada zaman 2000-an ni lagi mencabar daripada mak-mak kita dulu kot. Zaman serba moden ni, barang keperluan bayi pun terlalu banyak pilihan dengan fungsi pelbagai yang canggih-manggih. Sampaikan nak beli botol susu anak pun nak kena baca review dulu kat internet. Ye lah kan, lumrah menjadik ibu bapa, kalau boleh, nak bagi yang terbaik je untuk anak.


Aku pun tak terkecuali. Sikit punya teliti dan cerewet kalau masuk bab membeli untuk anak. Hinggalah sampai ke satu tahap, aku rasa kaedah terbaik untuk dapatkan yang terbaik untuk anak adalah melalui cara ‘try and error’. Sebab setiap anak kan unik. Produk terbaik dan tercanggih di pasaran belum tentu jadi yang terbaik untuk anak kita.


P1030241

Hasil ‘try and error’ sejak Alfiy dah mula makan solid food.


1. Kid Basix Safe Sippy2 Stainless Steel 2-in-1 Sippy to Straw Bottle (RM 60++)

Gara-gara terpengaruh dengan kempen kurangkan penggunaan barang plastik dalam kehidupan harian. Botol ni jenis stainless steel. Ada 2 fungsi dalam 1; convertible sippy to straw bottle. Boleh pakai dalam jangka masa panjang la. Kool, huh? Jarang guna sebab rasa macam leceh nak guna stopper dan terlalu banyak parts. Ambik kau, nak canggih sangat kan.


2. Tommee Tippee Explora Truly Spill Proof Straw Cup (RM 35)

Suka sebab design yang fancy dan nampak maskulin gitu untuk anak lelaki. Jenis flip, sangat praktikal for on-the-go sebab takyah sibuk nak bawak stopper atau penutup. Air tak pernah tumpah biarpun Alfiy buat main jadikan lempar cakera. Tapi, dah nama pun non spill and leak proof, nak sedut pun agak payah. Memang purposely dibuat macam tu, nak elak bayi tersedak. Satu lagi, parts pun agak complicated dan kalau silap pasang, sedut-sedut, langsung takde setitis air yang keluar.


3. MAM Trainer Cup (RM 30++)

Beli mula-mula sekali masa Alfiy dah start makan. Imitate botol susu sikit sebab spout dia ada rupa macam puting botol susu. Sesuai untuk bayi yang baru nak mula belajar pakai training cup dan tak reti minum guna straw. Design pun sangat cute. Again, masalah penutup yang berasingan dengan botol.


4. Dr. Brown’s Natural Flow Soft Spout Trainer Cup (RM 20++)

Alfiy minum susu sekarang ni tak pakai botol dah. Dia nak minum pakai sippy cup ni. Soft spout tu boleh ganti dengan hard spout yang dijual berasingan. Tapi agak leceh bila nak bawak keluar berjalan sebab nak kena bawak sekali stopper dan penutup. Kejap-kejap tertinggal penutup lah, terlupa bawak stopper lah, habis basah lencun diapers bag sebab air tumpah.


Dan, masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Anugerah bagi The Best Bottle of The Year 2011 telah jatuh kepada...


P1030236

BROS Crystal Plus Straw Bottle !!!!

Fancy, praktikal dan murah.


Boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna di pasaraya Jusco, Giant dan Tesco berdekatan dengan harga RM 7 – RM 15 sahaja. Tanpa penutup berasingan, tak perlu stopper, cuma isi air, flip dan sedut! Paling penting, BPA Free! Siap aku beli sebijik yang besar gambar zirafah tu untuk diri sendiri. heh. Bila minum guna straw, tak perasan yang kita minum banyak air dalam satu masa. Sekejap je dah habis satu botol, kejap-kejap nak kena refill. Sekaligus, menggalakkan minum air dengan lebih banyak.


P1030239

Tengok, Alfiy tetap pilih botol RM 7 tersebut. Beriya-iya lah Mama dia ni melabur yang mahal-mahal lagi canggih untuk dia (-_-)



HER : Bukan botol je, diapers pun main try & error. Tak sesuai, tersadai lah tak pakai. Takkan nak jual as pre-loved pulak kan?

Wednesday, April 27, 2011

Gymboree Play & Learn.

IMG_5552

Memandangkan pembaca blog aku sekarang majoritinya terdiri daripada golongan mak orang berbanding yang bujang, macam sesuai lah untuk berkongsi pasal benda ni kat sini.


Tahu pasal Gymboree Class ni pun secara tak sengaja.


Keluar hujung minggu, habiskan masa berkualiti bersama keluarga kononnya, alih-alih terjumpa Gymboree Class ni kat Tingkat 2 Tropicana City Mall. Selama ni, aku sekadar tau yang Gymboree adalah jenama baju bayi. Ushar dari luar, nampak macam best. Terus selamba masuk, tanpa usul periksa.


Rupanya, Gymboree ni lebih kurang ala-ala Megakidz dan Critterland jugak lah. Boleh bawak anak main-main kat dalam playgym tu, RM 20 sejam bagi bukan ahli. Macam biasa, jangan lupa pakai stokin, ya!


Selain tu, setiap hari ada kelas. Lebih kurang sama konsep macam yang Yaya cerita pasal Tatehplaygroup tu. Macam-macam kategori ada; Sukan, Seni, Muzik, Yoga dan macam-macam lagi. Tinggal pilih dan bayar je. heh.


IMG_5551

Anak-anak akan dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan 7 Tahap bermula dari usia 0 bulan sehingga 5 tahun.


Aku bukanlah tergolong dalam kategori ibu yang nakkan anak nya reti membaca pada usia bayi. Takde nye aku aku masukkan Alfiy dalam kelas ni sebab kemaruk nak jadikkan anak aku seorang yang genius. Sekadar nak memenuhi masa terluang, daripada melangut tak buat apa-apa kat rumah, kan. Sekurang-kurangnya, aktiviti kat kelas Gymboree ni dapat merangsang kebolehan kognitif, kemahiran motor dan sosial anak kita. Di samping tu, dapat tambah kenalan baru!


IMG_5553

IMG_5554

Aku berkenan kat kelas 'Gymboree Play’

Bermain sambil belajar bagi kategori umur 6 hingga 10 bulan.


IMG_5559

IMG_5558

IMG_5563

Menyanyi, menari, berlakon dan ada sedikit aktiviti fizikal yang sesuai dengan peringkat usia Alfiy. Aktiviti peringkat ni dipanggil sebagai ‘The Doer’. Ibu bapa nak kena sporting lah turut serta join aktiviti yang dijalankan, lepas tu, anak-anak akan ikut apa yang kita buat. Aku difahamkan, pada peringkat ni, bayi lebih cenderung untuk meniru perbuatan orang di sekelilingnya.


IMG_5568

IMG_5574

We had lots of fun!


IMG_5577

Aktiviti paling digemari; ‘Parachute & Bubbles’


Keseluruhannya, kami sangat enjoy mengikuti kelas ‘Gymboree Play’.


Alfiy pun terus tertidur kepenatan balik dari kelas ni. Habis segala deria dia dikerah untuk bekerja keras pada hari minggu. Bak kata Cfu, dengan mak bapak sekali dapat keluarkan peluh bila join aktiviti macam ni. Macam manfaat 2 dalam 1 gitu. Terus Cfu keluarkan statement yang dia dah kurus :p


Dan, untuk blogger mommies sekalian, nampaknya kita dah ada satu lagi port baru untuk buat aktiviti sosial akan datang. Sambil bersosial, kita boleh join kelas yoga, gitu. Majlis hari jadi anak pun boleh nak buat kat sini tau.


Kalau ada yang berminat nak cuba, boleh join free trial class.


Untuk appointment, schedule dan pakej, boleh rujuk kat laman web Gymboree ataupun laman sosial Facebook Gymboree Malaysia. Simply print the coupon below, make a call and you’re ready to go!


FreePass

Kata orang, perkara baik elok dikongsi, lebih-lebih lagi benda FREE.

Tak gitu?



HER : Ada rezeki satu hari nanti, nak masukkan Alfiy kelas muzik, belajar main drum. Gitar? Dah overrated kot. Tahu dek Tok Nenek dia, mesti suruh daftar masuk kelas Tahfiz sekali :p

Thursday, March 17, 2011

Mengembara Bersama Bayi.

Sejak ada anak, setiap kali keluar, nak kena buat senarai semak barang-barang yang perlu dibawak sekali. Lebih-lebih lagi kalau nak pergi bercuti atau balik kampung. Mau sehari semalam aku pulun berkemas je. Itupun, masih ada yang tertinggal lah, terlepas pandang lah, tercicir. Haih.


Kalau boleh, satu rumah pun nak bawak pergi sekali, kan?

Baru senang hati. Takyah risau tertinggal itu ini.


Berpandukan pengalaman sekangkang kera yang aku ada, nak jugak berkongsi dengan mak-mak kat luar sana, barang-barang asas yang perlu ada sewaktu keluar berlibur bersama seorang bayi. Sesetengah barang mungkin keperluan pada aku tetapi tidak menjadik keperluan pada orang lain. Tapi, kita sama-sama berkongsi ilmu, apa salahnya. Oh, perkara yang terlalu asas macam lampin, tisu basah dan susu tu tak payah beritahu pun orang dah tahu, kan. Itu WAJIB ada. Kalau takde, boleh meroyan.



1. Nursing cover.

baby_bubu_nursin_4b9fd58373c45_2

Sangat penting bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuh masa macam aku. Lepas tu, tak berapa gemar pakai baju khas untuk menyusu sebab kurang stailo kononnya :p Sekurang-kurangnya, tak sempat carik baby room, boleh selamba duduk kat mana-mana, sarung dengan nursing cover ni. Faham-faham je lah kalau anak dah lapar susu, dan-dan tu jugak lah dia nak. Selain tu, ia boleh dijadikkan sebagai selimut, pelindung matahari, shawl dan kalau kena gaya, jadik tuala mandi pun boleh tau.


IMG_3793

Macam-macam jenama pun ada kat pasaran. Nak jahit sendiri lagi bagus, jimat. Yang polka dot ni dari FabulousMom. Material kain nipis, jenis polyester kot. Ada macam-macam corak. Satu lagi dari Autumnz; material tebal sikit, warna plain. Biasa aku guna masa mengepam kat workstation.



2. Boon Squirt Baby Food Dispensing Spoon.


boon

Kalau setakat keluar jalan-jalan, biasanya dah isi siap-siap homemade puree atau bubur blended. Ada penutup kat bahagian sudu tu maka, puree takkan tumpah.


Kalau pergi bercuti, bawak ready made puree je senang. Nak makan, tinggal isi je kat dalam ni. Takyah nak bancuh ke apa. Biasa beli jenama Rafferty's Garden dan Heinz. Jarang bagi cereal atau bubur guna Boon Squirt ni sebab bukaan untuk keluarkan makanan kat sudu tu kecik; lebih sesuai untuk puree. Secara online, boleh didapati dari Giggles. Secara offline pun boleh kat outlet Giggles di Puchong. Kat tempat lain, tak sure pulak boleh dapat kat mana sebab tak pernah jumpa lagi.



3. Disposable / Wipeable Baby Bib.


bib

Selain tisu basah, bib pun dikira sebagai perkara wajib ada bila anak dah boleh makan. Kalau tak, bersedialah je lah nak tatap baju anak yang comot di sana sini. Nak mudah, beli yang pakai buang je lah. Kat BabiesRus ada. Kat Watson dan Guardian pun ada kalau tak silap. Kalau nak beli online, boleh ushar kat OneBabyWorld.


IMG_4655

Nak lebih jimat, pakai bib jenis wipeable. Material biasanya plastik PVC, saiz pun besar. Boleh tutup sebahagian besar kawasan yang biasanya dicemari oleh kesan kotoran. Aku biasa bawak yang ni. Lepas siap makan, lap bib dengan tisu basah, gulung, simpan dan sedia untuk digunakan semula. Easy peasy.



4. Fold & Go Diapering Kit.

fold

Kalau setakat nak keluar makan Megi Goreng kat kedai mamak, pergi pasar malam, Giant ataupun jogging, tak kuasa lah pulak aku nak mengangkut diaper bag bagai kan. Sebagai alternatif, foldable diapering kit ni boleh gantikan diaper bag tapi dalam versi yang lebih ringkas. Ada poket untuk sumbat diapers, tisu basah dan beberapa barang lagi. Dalam masa yang sama, boleh menjelma jadik changing mat. Kira macam beg ajaib la.


IMG_4755

Faham-fahamlah ada anak kecik ni, kita nak kena sentiasa expect the unexpected. Masa kita keluar lenggang kangkung, masa tu lah dia berak banyak kali, muntah dan sebagainya. Bila kita beriya-iya bawak beg dengan diapers berkoyan-koyan, elok pulak dia takde apa-apa. Jalan selamat, tak kiralah keluar sekejap atau lama, nak kena standby jugak sekurang-kurangnya 3 keping diapers, diaper cream dan tisu basah. Jenama The First Years; boleh didapati di Giggles,BBStore dan OneBabyWorld. Satu lagi, aku berkenan kat Diaper Clutch di SnuggBaby, tapi dah takde keluar lagi kot.



5. Emergency Kit.


IMG_4700

Sangat penting kalau pergi bercuti. Malang itu tak berbau. Masa pergi, elok je anak kita sihat walafiat, tup-tup sampai tempat kejadian, masa tu lah dia nak selsema, kembung perut, naik ruam, demam dan sebagainya. Jadik, nak kena sediakan satu beg kecik yang boleh isi segala keperluan asas dalam saiz travel dan untuk kegunaan waktu kecemasan.


Siap senarai semak ni, barulah boleh keluar berjalan dengan senang hati.



HER : Pernah anak-beranak balik kampung sehelai sepinggang sebab tak dirancang dan hanya bergantung harap kat lima barang di atas selama 2 hari 1 malam.

Thursday, December 23, 2010

Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa #02.

Entri Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa yang pertama dulu, aku anggap ala-ala baby checklist la walaupun aku bagi secara pukal. Sebab malas. heh. Lagipun, masa tu main beli je apa yang aku rasa macam perlu. Habis sampai ke sudah, semua benda pun aku rasa macam perlu. Semua pun aku rasa penting. Sampaikan benda sekecik cotton buds tu pun aku asyik risau je tak beli-beli lagi bila kandungan dah cecah 8 bulan. Sampaikan tak boleh tidur malam. Siap termimpi-mimpi.

Over?

Biasa lah. Dah nama pun perempuan, kan? Nak sambut anak sulung pulak tu. Eksaited mesti mau lebih. Kali ni, lepas dah mengharungi dunia seorang Mama, aku macam dah boleh lah nak list out kan barang-barang keperluan bayi yang dikira betul-betul penting dan sangat praktikal. err.. tapi mungkin benda yang dianggap sebagai ‘penting dan keperluan’ pada aku tidak menjadi sesuatu yang ‘penting dan keperluan’ kat orang lain.

Pandai-pandai lah, ye.


1. Dimple Pillow.
image
Walaupun rupanya nampak macam begitu kasihan (sebab ada lubang kat tengah-tengah) tapi ia sangat bagus untuk menjaga bentuk kepala bayi yang masih lembut. Kepala akan terbentuk bulat, cantik je. Takde lah nanti kepala anak kita menjadik leper kat belakang. Mana-mana brand pun ada jual dah bantal karipap ni. Alfiy ada 2; satu brand Bumble Bee, satu lagi Fiffy.

2. NoseFrida.
image
Tau pasal NoseFrida ni pun daripada kawan aku melalui FB. Masa Alfiy kena demam selsema, alat ni lah paling berkesan nak buang hingus dia berbanding nasal aspirator yang bentuk macam bulat-bulat tu. Ye lah kan, kalau tak, baby asyik merengek je sebab tak selesa hidung tersumbat. Lagipun, selamat sikit lah dan kurang risiko nak berjangkit kalau kita sedut terus guna mulut macam yang mak-mak kite dulu selalu buat. Beli online je kat OneBabyWorld.com. Tapi aku ada jugak terjumpa kat Mom's Care dan satu kedai baby dalam The Summit, Subang.


3. Earth Mama Angel Baby Bottom Balm.

image
Alfiy tergolong dalam kategori kulit ‘putera raja’. Sangat sensitif. Terkena panas sikit, merah padam. Terkena ‘pupu’ lama sikit, habis naik ruam. Sampai luka-luka. Tiba-tiba jadik tak hensem. Mujur terjumpa Earth Mama Angel Baby ni kat Fabulous Mom. Kejap je, bottom part Alfiy kembali licin, gebu dan bersinar!


4. Amway Baby Oil.



Mula-mula, guna the oh-so-famous Yu Yee Cap Limau tu. Elok je habis, terus guna baby oil Amway yang datang sekali satu pakej dengan Set Bersalin Amway. Terus jatuh cinta dan takkan berpaling lagi! Alfiy tak pernah kena kembung perut lagi sejak guna baby oil ni. Bau dia pun sangat best berbanding Yu Yee yang agak menusuk hidung pada aku. Fresh gitu. Nak je aku lumur satu badan jadik cologne :p


5. Quinny Zapp & Maxi Cosi Cabrio ( Travel System )
image
Yup, it’s quite pricey tapi aku sangat sangat sangat berpuas hati setakat ni. Betul-betul alah membeli, menang memakai lah kata orang. Bagi parents yang sentiasa on-the-go macam aku dan Cfu, boleh kata sangat berbaloi lah beli Quinny travel system ni. Ye lah, haluan tempat kerja kami lain-lain, sorang ke simpang kanan, sorang lagi ke kiri. Kejap-kejap, Maxi Cosi cum car seat tu kat kereta aku, kejap-kejap, pindah pi kereta Cfu pulak. Sangat convenient lah. Nak pasang pun senang, kejap je. Wheels pun boleh pusing 360'. Very the easy measy. Oh, kami beli kat Little Whiz.com. Dapat harga baik punya!

image
Paling aku suka, frame dia yang boleh lipat-lipat jadik sekecik ni. Very compact dan sangat menjimatkan ruang. Nak lipat-bukak-lipat semula pun senang kacang je. Dah beberapa kali aku bukak-pasang sendiri masa keluar shopping berdua dengan Alfiy. Cuma, nak kena careful sikit, takleh gantung beg atau barang berat-berat kat handle tu. Ye lah, dah nama pun the lightest stroller on market, kan. Use your common sense lah, PaMa!

four 136
Satu lagi, sangat praktikal nak guna masa keluar makan kat mana-mana restoran yang kita tak boleh bawak masuk stroller. Dah nama pun bayi, mana reti duduk kat high chair lagi. Dah tu, nak letak kat mana? Takkan nak pangku sampai kebas tangan, kaki semua? Pastu nak bergilir pulak, Cfu makan dulu, aku makan kendian. Jawabnya, habislah makanan aku dibedal Cfu :p Kat sini lah peranan penting Maxi Cosi bagi kami. Dan, agak bertuah jugak lah sebab Alfiy sangat cintakan Maxi Cosi nya. Asal masuk dalam tu je, kemain lena tidur nya. Kami pun boleh makan dengan bahagia.

Ok, cukuplah 5 barang dulu.

Lagi 5 akan diterbitkan dalam Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa yang akan datang. Tungguuuuu!

p/s : Images from google.


HER : Apa dia Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa lain yang kamu rasa macam best dan penting jugak? Jom kongsi sama.

Monday, July 12, 2010

Senarai Gembira Buat Si Bakal PaMa.

Trimester akhir.

Dan, aku baru je habis hibernasi.


Mesti kamu dah tertanya-tanya dalam hati, ‘Ah, sudahhh. Kes apa pulak kali ni’. Minggu-minggu terakhir ni, aku diuji pulak dengan alahan kulit yang agak teruk. Habis hah satu badan tumbuh bintat-bintat besar merah melepuh. Katanya, lepas bersalin nanti, baru boleh pulih sepenuhnya. Serius horor, woh!


stuff 005

Nah. Ambik ko segala tok nenek losyen dan krim doktor bagi. Sekarang ni, aku betul-betul serupa macam tepung gomak gara-gara menda alah ni semua. Nak kata macam kera kena belacan pun iye jugak, dok tergaru sana sini tak kira masa.


Apa boleh buat.


Dah ditakdirkan pengalaman kehamilan pertama buat aku ni agak ‘manja-manja’ gitu. Mula dari awal bulan, sampai lah dah hujung-hujung ni. Mintak-mintak masa nak melahirkan nanti, dipermudahkan pulak lah hendaknya. Amin.


Lupakan kisah duka.

Jom kita bukak topik yang berciri gembira.


Ayuh mulakan dengan cerita babymoon yang dah berlalu 2,3 minggu lepas. heh. Cerita basi. Basi lagi menggembirakan.


baby stuff 026

Demi melayankan bini yang gila gila gila mengidam nak makan omellete buatan chef hotel, tak nak yang buat sendiri mahupun kat mana-mana restoran, nak yang kat hotel je. Gedik, kan? Maka, Cfu pun dengan rela hati check in satu malam kat hotel yang jaraknya hanya sekangkang kera je dari rumah :p


Kami duduk kat Hotel Cititel.


Betul-betul letaknya kat atas MidValley Megamall. Elok je check in, terus turun shopping marathon. Agak-agak penat, naik bilik, pengsan kejap, lepas tu, sambung shopping lagi. Penat, naik bilik, pengsan, sambung shopping. Dan begitulah seterusnya. Sampai pengsan tak boleh nak bangun lagi. Betullah kata orang, shopping barang bayi adalah lebih mengghairahkan daripada shopping barang sendiri. Sorgaaaaaa!!


Lepas tu, merana sakit kaki macam nak patah lima.


Kemain kami laki bini memborong barang bayi macam tiada lagi hari esok. Dah nama pun kerja last minute, kan? Orang lain, masuk 30 minggu, dah duduk goyang kaki, rehat-rehat, pergi manjakan diri kat spa sambil menghitung hari. Aku ni, baru nak terhegeh-hegeh, usung perut boyot ke hulu ke hilir. Baru jalan seminit, dah gelabah carik tempat duduk, nak hilangkan mengah. Rasakan.


Walau apapun, aku betul-betul puas hati lah.

The checklist almost completely DONE.


err.. malas lah pulak aku nak senaraikan satu-satu barang yang dah beli atau belum kat sini. Lagipun, kamu google je baby checklist, berlambak haa keluar. Dan bersedialah untuk serabut otak bila baca setiap checklist yang beraneka rupanya. Tapi, kalau nak jugak checklist yang macam kat entri sebelum ni, takyah malu dan segan, email je mintak kat aku. No hal punya.


Memandangkan aku shopping pun secara lump sump, maka baby checklist kat sini pun aku bagi secara pukal jugak lah, ye. Ikut kategori yang aku namakan sendiri sesedap rasa. Sekadar nak berkongsi.


baby stuff 035

baby stuff 036

BABY BATHING & GROOMING KIT

Segala macam jenis perkara untuk membersih, mengelap, mewangi, mengurut, merias, merawat dan membahagiakan bayi. Ada semua ni, bolehlah nyanyi macam ni, ‘baby wangi, mama berseri, papa pun senyum sampai nampak gigi’. hihi.


baby

baby 004

CLOTHING, CHANGING & LAUNDRY

Hasil penjelajahan ke segenap pelosok kedai bayi berjenama mahupun cap Giant, secara maya mahupun nyata, pung pang pung pang, boleh tahan jugak hasilnya. Masa membeli, macam kena pukau pun ada. Alih-alih, bila kumpul semua, tadaaa! Dah siap basuh pakai detergen yang direka khas untuk bayi. Berkuasa membunuh kuman hingga 99.99%! cheh. Kecoh gila. Padahal masa kecik dulu, Mak selamba je sental lampin aku guna sabun Fab.


imagebaby stuff 048

BREASTFEEDING SET

Lepas dikaji faktor harga, kegunaan, fleksibiliti, kualiti dan tak lupa jugak ambik kira pendapat ramai, aku pilih yang ini. Nak melabur kat jenis freestyle, belum mampu lagi. Hasil susu memberangsangkan ke tak, tu belakang cerita, ikut lah rezeki yang dah ditetapkan oleh-Nya. Yang penting, ada usaha dan keinginan tinggi nak susukan anak sendiri. Tak gitu? Set pakej ni, aku beli kat FabulousMom.com. Highly recommended lah untuk barang-barang yang berkaitan dengan breastfeeding macam nursing pads, nursing bras, nursing pillow semua tu.


image

FEEDING SET

Set sterilizer, warmer, botol susu, pacifier dan sedara-maranya pun aku beli kat Fabulousmom.com. Dapat diskaun purchase with purchase sebab banyak kot melabur kat sini. Kalau tak order online, kitorang main serbu kedainya terus. Lagipun, kedai ni memang betul-betul depan rumah je. Sebelah IOI Mall, Puchong.


stuff 001

NURSERY, TRAVELLING NECESSITIES & STIMULATING TOYS

Ni lah bertuahnya badan bila bakal memegang takhta cucu sulung kat kedua belah keluarga. Barang-barang yang besar berserta harga yang ‘agak besar’ seperti stroller, car seat, baby cot, carrier, bedding set, rocker yadda yadda telah di sponsor sepenuhnya oleh bakal tok, nenek, makcik, pakcik menakan yang dikasihi. Majoritinya dibeli kat Ikea dan Littlewhiz.com. Bakal ibu dan bapa kepada bakal cucu sulung tersebut sekadar mentadah tangan menerima dengan hati yang begitu besar sekali dengan ucapan, ‘Terima kasih daun keladi, lain kali, boleh bagi lagi’


Phewwww!!!


Habis dah kot. Tinggal nak beli bath tub je. Tangan aku ni, dah macam menggeletis je nak beli satu yang macam ni. heh. Over tau. Oh, satu lagi, disposable diapers dan set lepas bersalin. Punya lah terlampau banyak pilihan, sampai tak tahu nak pilih yang mana.


Ada cadangan?


baby stuff 063

And finally, presenting to all, one proudly happy chubby preggy lady! weeeeee!


baby stuff 017

31 minggu.



HER : Kadang-kadang rasa tak sabar, kadang-kadang rasa takut.