Wednesday, February 24, 2010

Mentari Muncul Lagi.

Ke mana aku menghilang sepanjang minggu lepas?


Pergi memanjakan diri lah.


Cuba lari dari segala kekusutan masalah. Selain daripada masalah rambut kusut masai yang semakin hari semakin berminyak sama lah macam muka yang tambah berminyak sejak dua menjak ni. Silap hari bulan, boleh tadah, buat goreng pisang.


Nah, layankan.


IMG_0702

IMG_0706

IMG_0707

IMG_0714

IMG_0718

IMG_0725

IMG_0710

IMG_0721

IMG_0726

Tahun Baru Cina di Hutan Lipur Gunung Ledang yang sesak barat dengan lautan manusia.



IMG_0746

IMG_0750 IMG_0744

Baskin Robbin Ice Cream Fondue date kat The Gardens sempena mengidam sejak setahun yang lalu. Akhirnya.



Oh, sebelum terlupa.


Terima kasih atas respon yang memberangsangkan pada entri lepas. Aku hargai setiap pendapat dan buah fikiran. Semuanya relevan atas rasional masing-masing. Sekali lagi, terima kasih daun keladi.


Bukan mudah sebenarnya untuk aku buat keputusan yang akan beri impak paling besar dalam hidup. Ibaratnya, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Selain takut apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran. Silap percaturan, diri sendiri yang akan bergelumang dengan rasa sesal. Lebih teruk lagi, tak pasal-pasal akan hidup berhutang sebab terikat dengan kontrak biasiswa kerajaan.


Mujurlah aku dikelilingi oleh orang-orang yang sangat supportive, understanding dan optimis macam kamu-kamu semua. Terasa diriku begitu berharga :p


Sebagai upah, aku hadiahkan satu berita baik.


Episod sindrom ‘Perkahwinan Jarak Jauh’ yang aku dan Cfu alami, dan telah kamu ikuti selama ini, akan ditamatkan tidak berapa lama lagi. Insya’Allah.


Not too soon.



HER : My Cfu sayang, here I come :)

Tuesday, February 9, 2010

Perihal Hormon.

Sejak ke sekian kalinya, aku rasa sedih yang teramat sangat bila sampai masa Cfu nak tinggalkan aku kat sini untuk kembali ke KL. Sedih amat amat amat sangat. Stok yang menangis sampai sedu-sedan, badan tersentak-sentak, hingus meleleh.


Serius, sedih!


Dah lama aku tak sedih macam ni. Kali terakhir yang aku ingat, pada hari pemergian Arwah Siwo buat selama-lamanya.


Kelmarin, fasa ’ditinggalkan’ yang dah biasa aku lalui saban minggu betul-betul buat aku sedih. Dan, aku macam perasan, dalam keadaan separa sedar, Cfu pun sama lap air mata *kantoi*


Betullah. Hormon sensitif aku makin menebal. kot.


Setiap kali terjaga tidur malam yang semakin tak lena ni, aku akan toleh sebelah, tangan meraba carik Cfu. Bila tak jumpa, aku mulalah jerit nama dia, dengan harapan, dia akan muncul dari ruang tamu dan peluk aku macam biasa tiap kali aku terjaga tengah malam-malam buta.


Tapi, semalam aku hampa.


Takde siapa pun muncul selain suara cengkerik dan bunyik ombak pantai belakang rumah. Apa lagi, aku pun menangis semahu-mahunya. Sampai teresak-esak tak boleh tidur. I feel soooo helpless. Cuba pujuk diri sendiri dengan makan biskut, sebab perut asyik meragam mahu keluarkan semua isi yang ada, aku masuk tidur semula.


Dan, aku dapat rasakan yang fasa ni akan berulang lagi untuk ke berapa kali entah. Sampai aku jemu. dan lali.


Buat ke sekian kalinya jugak, aku kembali pasang niat mahu berhenti kerja. Sebab aku fikir, selamanya hidup macam ni, untuk beberapa masa lagi, aku tak sanggup dah.


Macam yang orang selalu tegah aku tiap kali aku sebut pasal mahu berhenti. Aku tak mahu lagi hambakan diri, korbankan keperluan dan impian sendiri, semata-mata mahu mengiyakan kata orang,


“Kerja gomen, gaji tetap, ada pencen, pinjaman mudah.”


Tapi, aku tak rasa bahagia.

Apa gunanya?


hoho 037

Rindukan rumah manis di sana.

Kat sini je lah baru aku rasa perasaan ‘rumahku syurgaku’. Dah makan bulan aku tak jengah. Apa khabar lah agaknya?

T____T



HER : Mahu kecap rasa bahagia, biarpun kurang harta.