Wednesday, January 9, 2013

Xeatopia Going Global.

statistic

Kelaaaaaas belog mak ada readers dari Egypt, Pakistan, Rusia dan sebagainya *hnsssss*

 

Saja gatal tangan nak check earning Nuffnang tadi, al maklum lah gaji gomen bulan ni masuk lambat kannnnn, tu yang ter-tengok sekali statistik ‘Came From’ ni. Selama ni tak pernak nak ambik peduli pun, tapi bila nampak senarai readers dari negara-negara lain, terus macam….

 

”whattttt??!! I’ve readers from US also?!..”

 

ehhhh….dan-dan tu jugak alih suara jadik omputihss. heh.

 

Ok, takyah nak perasan sangat lah kan. Sah-sah yang statistik dari negara lain tu semua nya SPAM belaka. Takpun, dia tersesat masuk sini bila google pasal Bali. Ye la, mat saleh mana yang tak suka Bali, ye tak? Termasuk dalam senarai ‘island to go before you die’ kot.

 

Eh, tapi seriously, aku betul-betul nak tahu betul ke ade readers Xeatopia datang dari luar Malaysia?

 

Teringin nak tahu.

 

Tak kisahlah asal Malaysia, tapi duduk luar negara ke. Memang anak jati Amerika tapi fasih Bahasa Melayu ke. Takpun, sempat belek Xeatopia masa kebetulan tengah melancong ke Australia. OR you accidently found this blog while blog walking and read through Google Translate.

 

Please let me know.

I.AM.JUST.CURIOUS.

 

 

HER : Jangan biarkan diri ku terus diselubungi PERASAN. ekekekeke

Monday, January 7, 2013

2013 : Tahun Serba Baru.

Selamat datang, Tahun Ular.

Kali ni, tak buat entri Kompilasi 2012 macam tahun-tahun sudah kot atas sebab-sebab berikut :

 

  1. Tahun yang biasa-biasa saja. Takde perkara tergempar yang perlu digembar-gemburkan melainkan berat badan yang naik secara me-roket selepas berhenti fully breasfeeding.
  2. Arkib Xeatopia bagi Tahun 2012 adalah yang paling SEDIKIT berbanding tahun-tahun sebelumnya. Nampak sangat penulisnya dah kurang nafsu menternak blog.
  3. Tuntutan kerjaya lebih banyak over shadow kemahuan untuk ber-blog.
  4. Dah seminggu jengah tahun baru, dah basi nak buat entri yang patut siap seminggu sebelum masuk tahun baru.
  5. Malas.

 

Nah, sebab terakhir tu yang paling relevan, sebenarnya. heh.

 

Walaubagaimanapun, antara pencapaian terbesar dalam Tahun 2012 adalah kami berjaya memiliki rumah sendiri. Biarlah sekecil mana, nilai harga berapa, rupa bentuk bagaimana dan letak duduk nya di mana pun, asalkan hasil titik peluh sendiri, ia tetap jaaaauhhhh lebih selesa berbanding kita duduk menyewa rumah orang. Sakit nak bayar ansuran tiap-tiap bulan pun rasa berbaloi sebab dah namanya rumah sendiri, kan?

 

Syukur, Ya Allah.

 

Pada hemat aku, pengalaman pindah masuk ke rumah pertama dibeli sendiri, yang mungkin berlaku hanya sekali seumur hidup ni, wajar mendapat tempat di sini. Buat kenang-kenangan abadi, katanya. Maka, beberapa hari sebelum masuk tahun baru, aku dan Cfu ambil cuti panjang, nak sambut Tahun Baru kat rumah baru, kononnya. Berbekalkan beberapa orang ‘buruh kasar’ bertauliah berserta semangat juang tinggi, kami pun pulun lah berpindah ke kawasan kejiranan baru …

 

P1060317P1060305  

Inilah ‘buruh kasar’ bertauliah yang dimaksudkan. Jangan marah ye, adik-adik kesayanganss! Love korang banyak sangat. Nanti gaji hujung bulan, ai bagi upah Pizza sorang sekeping, okeh.

 

P1060308

Nampak tak si mandur kecik tengah buat apa?

P1060309

Orang lain sibuk membasuh dan mengemas, dia pulak sibuk mengukur tangga. Sia-sia mak melabur pasang pagar custom made tu, hah! *histeria*

P1060319 P1060321 P1060322

Tengok lah tu. Dia sorang je yang bergembira di kala orang lain dah nak terkulai kepenatan.

P1060329

Elok je siap basuh rumah, orang lain baru siap-siap landing nak berehat, dia lah orang pertama yang berkerohhh dulu! cheit.

 

Begitulah serba sikit sekitar hari pembersihan ‘syurga’ baru kami.

 

Sekarang ni, masih lagi dalam proses penyesuaian di tempat baru. Malam pertama tidur kat rumah baru memang tak nyenyak lah. Selang sejam asyik terjaga je. Macam-macam fikiran berlegar kat kepala. Siapa suruh layan Hantu Kak Limah sebelum tidur, kan. Padan muka.

 

Pohon doakan yang baik-baik, ya.

 

Semoga tahun ini membawa 1001 rahmat dan keberkatan buat kita semua. Jangan pernah putus asa sekiranya azam tahun lalu tidak kesampaian, mudah-mudahan kita sentiasa diberi masa untuk mencuba kali kedua, dan seterusnya.

 

Mistakes are sometimes the best memories :))

 

HER : Stay tuned at Organizing Thing for more updates on our home sweet home!