Suatu hari, dalam kelam-kabut nak kejarkan punch card sebelum jam 8 pagi, boleh pulak kereta aku mati tak mahu hidup kat stesen minyak. Ada lah lebih kurang lagi 300 meter nak sampai ofis.
Dan, lumrah menjadik wanita tipikal yang haram tak tahu satu apa pun pasal kereta selain daripada hidupkan enjin, isi minyak dan pandu lalu (?) memang aku gelabah gila lah rasa macam nak menangis pun ada.
Rasa macam gelap kejap dunia.
Mujurlah aku ni jenis yang ringan mulut, pandai buat muka kasihan, mintak tolong orang yang lalu-lalang untuk tolakkan kereta ke tepi. Lepas tu, menapaklah aku pergi ofis nak mintak belas ehsan daripada rakan-rakan ofis lelaki yang mahir pasal enjin kereta.
Begini rupanya teknik "Jumper Start".
Barang elektronik semua nak kena padamkan macam radio, air cond dan lampu. Lepas tu, kalau kereta auto, set free gear (N). Ni pun baru aku tahu biarpun dah ada lesen bawak kereta hampir 10 tahun lamanya (-_-)
Sejak hari kejadian, aku macam ambik pot sikit lah pasal hal ehwal kereta.
Nah, ni aku nak kongsi sikit tips kat kawan-kawan perempuan yang hanya reti start enjin dan pandu, sama macam aku. Sekurang-kurangnya, nak elak daripada perkara-perkara cemas seperti di atas berulang kembali :
1. Pastikan minyak sentiasa penuh.
Tak kisahlah orang nak cakap kau gelabah ayam ke apa, isi minyak tiap-tiap hari. Yang penting, hati senang. Jangan berani-berani bawak kereta bila minyak dah paras hidung. Kot dibuatnya jalan jam teruk, minyak tak cukup, tak ke naya!
2. Hantar kereta pergi servis tiap kali dah sampai had mileage yang ditetapkan.
Jangan bertangguh dan jangan kedekut. Pandai pakai kereta, pandai lah jaga. Lagi lambat hantar pergi servis, lagi tinggi risiko kereta nak mati tiba-tiba tak bagi salam. Dah tu, makin banyak duit nak dikeluarkan sebab macam-macam benda pulak nak kena ganti.
3. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam.
Kalau kereta buat hal, enjin taknak hidup ataupun tiba-tiba mati tepi jalan, perkara paling penting adalah JANGAN PANIK. Kalau dah mula panik, apa pun tak boleh. Buat muka paling innocent yang kamu ada, pergi mintak tolong kat orang-orang sekeliling yang ada.
4. Jangan terlalu mengharapkan orang lain.
Terutamanya kat suami sendiri. Sebab bila dah jadik kes-kes sebegini, yang tanggung kesusahannya, hanyalah diri kamu seorang. Sang suami hanya boleh memujuk dan memberi kata-kata semangat dari kejauhan. Lainlah kalau satu ofis, kan. Takpun ofis dekat-dekat. Lima minit je dah boleh sampai kat tempat kejadian.
5. Belajar sikit-sikit pasal teknik asas menjaga kereta.
Masa zaman belajar dulu, aku bawak kereta lama Abah. Kereta tu dah lama, jadi aku lebih berhati-hati sikit. Bila-bila masa je dia boleh buat hal. Reti jugak lah aku nak tukar tayar, masuk air bateri, ganti minyak hitam semua tu. Bila beli kereta sendiri dan masih baru, terus aku macam tak peduli. Biasalah kan. Suka take things for granted.
Perkara paling asas adalah cara pemanduan kita sendiri.
Bawak kereta jangan macam orang hilang pedoman. Sentiasa full utilised cermin sisi dan pandang belakang. Kalau tak, kereta baru masuk 2 tahun, merasa lah kau kereta sopak dan lekuk di sana-sini seperti kereta tuan punya blog ni. Bila si suami tuan punya blog tanya bila kejadian berlaku, terus buat muka tak bersalah, tak tahu macam mana lekuk dan kemik tu boleh wujud tiba-tiba. Sungguh misteri nusantara. hehehehehehe
Satu lagi, Cfu kata, takyah lah beriya sangat nak hias kereta macam hias ruang tamu siap letak pasu bunga, gantung teddy bear segala. Kalau boleh pasang cadar, dengan seat kereta pun nak disarung dengan kain corak bunga-bunga. Bahaya katanya. Dari jauh orang dah boleh cam tu kereta orang perempuan. Kot ada yang berniat jahat, dia dah boleh aim. Negara kita sekarang ni bukannya selamat sangat, manusia macam-macam jenis pun ada.
Hati-hati, bahaya sentiasa menanti.
HER : Bila jadik kes macam ni, fulus pun terbang melayang-layang. Tengah-tengah musim raya gini pulak, kan T______________T