Tuesday, March 31, 2009

Episod 1 : Diari Seorang Suri Rumah Terhebat.

Memandangkan hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menyandang jawatan suri rumah tangga sepenuh masa, tergerak pulak rasa hati nak abadikan saat-saat manis memegang jawatan tetap dan berpencen ni. Mana lah tahu kan, lepas kerja nanti, dah tak merasa lagi.


Menjadi suri rumah untuk seumur hidup, itu sudah pasti.


Tapi secara sepenuh masa, belum tentu lagi. Silap-silap, jadik weekend housewife je sama macam yang Mak aku tengah praktikkan sejak beberapa tahun lepas.

yeay 055

Rutin hidup harian biasa dimulakan dengan mencuci pakaian. Terima kasih kepada ciptaan mesin basuh automatik penuh. Kerana beliau, tangan dan jari-jemari ku masih lembut bak sutera. Masuk baju, tuang sabun, picit butang, kemudian biar je sampai dia menyanyi.


Aktiviti mensidai baju sambil mensidai muka menegur jiran tetangga yang baru pulang dari pasar, menyusul kemudian. Inilah salah satu cara untuk aku bersosial dengan suri rumah sepenuh masa yang lain tanpa perlu menyertai Persatuan Suri Rumah Terhebat yang banyak dipenuhi dengan agenda mesyuarat tingkap.


Aktiviti ini jugak yang telah membawa kepada sesi perkenalan dengan Ah Soh yang dah bongkok tiga tapi masih gigih turun naik tangga untuk membeli ikan. Aku terlalu kagum sampai memasang niat satu hari nanti, nak tanya apa rahsia dia panjang umur. Adakah dengan memakan ikan setiap hari?


yeay 043

Mesin penyedut hampagas macam rupa tetikus versi gergasi ni ialah hadiah perkahwinan daripada Pakcik adik-beradik belah Mak yang nombor 6. Sekali lagi, terima kasih atas ciptaan maha hebat ni. Selain daripada menyelamatkan tulang belakang daripada sakit sebab penat menyapu, ia juga berfungsi untuk menyedut sisa ketipan kuku yang ditinggalkan oleh suami peliharaan di celah-celah permaidani. oh. Ciptaan ini jugak membantu menyedut bangkai lipas yang menemui ajal di bawah sofa merah. Mati lemas barangkali.


Terima kasih Pakcik nombor 6.


yeay 052

Ini pulak hadiah perkahwinan daripada Mak Teh belah Mak yang nombor 4. Aku antara golongan suri rumah yang bertuah sebab suami diberi pilihan untuk memakai baju korporat milik syarikat selain daripada kemeja dan tali leher. Maka, aktiviti menggosok baju kerja suami bukanlah wajib untuk dilakukan setiap hari. Terima kasih Honda. eh eh.


Tapi, seboleh-bolehnya, aku buat jugak aktiviti ni, paling kurang, seminggu sekali. Selain untuk memastikan sang suami yang dipelihara sentiasa kelihatan kemas, segak bergaya dan wangi, ia juga boleh mengesan kesan lipstik yang dicurigai.


Ya Allah. Apa ni! Bawak mengucap! Tak baik mencurigai suami sendiri. Mintak maaf, suami. Petang nanti I masak cekodok bilis special, ok.


Satu lagi, selain kesan tinggalan yang mencurigai, kesan sos makanan sedap pun boleh ditemui. Oleh itu, suami peliharaan tak boleh menipu yang dia sebenarnya diet tak makan tengah hari, padahal sedap-sedap makan burger Wendys percuma masa lunch siang tadi. Kantoi di situ.


yeay 053

Stove adalah hadiah perkahwinan daripada Makcik belah Mak yang nombor 9. Berapa banyak Makcik daa. Inilah untungnya punya Mak yang ada 12 adik-beradik :)


Sinilah tempat aku bertapa untuk hilangkan virus penyakit ganjil. Dapur basah ni memang agak sempit. Muat-muat untuk aku sorang je. Tu lah boleh bagi alasan "Dapur kecik lah. Mana boleh nak masak banyak-banyak. Makan luar je lah." setiap kali ada orang pakat ramai-ramai nak datang rumah.


Tingkap kat sebelah tu saja je pasang bidai sebagai taktik penyamaran nak intai Pak Guard datang me-round ke tak tiap hari. Kalau tak, siap lah nak hantar surat komplen kat management. Dasar kepochi :p


Selain tu, dapat mengintai Aci sebelah rumah tengah masak apa. Mungkin hari ni dia akan goreng keropok lekor Terengganu yang diberikan oleh kami semalam. Adat hidup berjiran, kan. Kalau kita masak, orang sebelah bau, wajib lah kita menghulur sikit.


yeay 044

Selesai je rutin harian sebagai suri rumah sepenuh masa, seperti biasa, akan timbang berat badan sendiri dengan penuh harapan; berat mesti turun. Penat ni buat kerja sepanjang hari. Namun, setiap kali tu jugak hampa. Berat tak menginjak walau sikit pun. Mana tak nya, semua kerja pakai mesin automatik je. Nak kena turun berkebun agaknya, baru menjadi.



HER : Tak mampu jadik suri rumah terhebat pun, cukuplah sekadar kehadiran kita dirasai oleh sang suami. Kalau baru satu hari kita takde, rumah macam tunggang langgang, dengan dia sekali jadik sasau :p

Saturday, March 28, 2009

Hitam pun Menawan.

Jangan terkesima katak.
Blog yang sama.
Warna je beza.


28 Mac 2009.
Blog ini bergelap kejap demi menghormati JAM BUMI.


The EARTH HOUR 2009 glow-in-the-dark wristband
fully sponsored by
Honda(M).



HER : Apa sangat lah aktiviti yang boleh dibuat dalam gelap-gelap ni eh? Oh, oh, saya tau! *keluar tanduk*

Thursday, March 26, 2009

Ramai Guru Sakit Jiwa.

Tajuk di atas merujuk kepada artikel dalam harian Kosmo minggu lepas. Artikel ni menyebut betapa profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental atas rasional bebanan kerja guru yang semakin kompleks.


Mempunyai Mak Abah bergelar guru, dikelilingi oleh makcik-pakcik-saudara mara-ibu mertua-ipar duai yang juga cikgu serta diri sendiri akan bergelar pensyarah, aku amat faham tentang risiko sakit jiwa ni.


Tapi pada pendapat aku, tak semestinya menjadi guru je berisiko tinggi. Apa-apa pekerjaan pun sama. Masing-masing punya beban kerja dan tahap stress tersendiri. Bezanya, cuma dari segi cara kita menghadapi dan menanganinya.


Aku tak pernah tahu kalau aku sedang stress.


Kalau mulut aku berkata, “Aku tengah stress ni! ” dan asyik mengadu badan letih, sakit tulang belakang dan macam-macam lagi penyakit badan yang mengada. Sebenarnya, aku tak stress pun. Tekanan yang aku sedang hadapi masa tu takdelah sampai tahap stress, apatah lagi penyakit jiwa.


Sebaliknya, kalau mulut aku diam dan rasa badan cukup rehat, sebab takde buat kerja memenatkan atau mengeluarkan peluh macam mencangkul tanah balik kampung tanam jagung. Tapi, kalau otak aku berputar ligat, tak berhenti berfikir sampaikan dalam tidur pun siap boleh alter jalan cerita mimpi supaya jadik lagi best untuk diceritakan semula kat semua orang pada esok hari. Masa tu lah sebenarnya aku sedang stress.


Sistem badan akan bagi signal untuk sedarkan yang aku tengah stress sebenarnya. Contohnya, tidur sepanjang hari tanpa rasa bersalah dan pura-pura tak dengar ayam berkokok lapan puluh lapan kali, kitaran haid macam roller coaster, tak lalu makan makanan murah, merepek tak tentu hala, menangis tanpa sebab, menjadikan Cfu sebagai punching bag dengan mencari pasal secara membabi buta dan tidur malam asyik terjaga sebab didatangi mimpi seperti dikejar pontianak harum ataupun ada orang berlaku curang dengan amoi seksi di pejabat.


Signal ni macam bagi wake up call lah, hoi bangun! bangun! kau tengah stress lah ni! sedar diri sikit! pergi bertenang dengan berenang! berhenti berfikir! kau bukan robot!


Itu baru stress sebenar.

Cara mengatasinya?
Makan secara banyak.

Minggu ni je, berat aku dah bertambah 1.7 kilo. Keropok bantal satu balang aku hadap sorang tanpa menghiraukan suami peliharaan yang sedang membuat muka kucing di sebelah; tagih simpati nak mintak barang sebijik dua. Sosej ayam satu peket aku habiskan. Itu belum cerita pasal grilled chicken chop Bumbu Bali yang aku tibai makan sorang. Memang nafsu makan Drakula. Sila gerun.


Tapi, stress baru-baru ni macam agak kronik.


Aku kata kronik sebab sampai melibatkan klinik, doktor pakar dan ubat. Ada je tiga entiti ni dalam proses menangani stress kamu, dah tak boleh kata sebagai lumrah stress yang biasa lagi.


yeay 042 Mujurlah pakar sakit wanita, BUKAN pakar sakit jiwa.


yeay 040 Rupa-rupanya, bukan aku sorang je yang tengah stress. Cuaca semasa pun nak jugakkkk.

(Gambar diambil secara takut-takut dari dalam rumah sebab ribut taufan yang melanda adalah maha dasyat.)


HER : Hindari stress, amalkan gaya hidup sihat.

Tuesday, March 24, 2009

Awan Masih Mendung.

yeay 038

Semalam, aku pulang dari PICC dengan perasaan yang berbaur-baur dan fikiran berkecamuk. Tak lupa jugak period cramp yang mencucuk. argh.


Aku semacam anti dengan pegawai-pegawai yang bertugas kat sana. Sangat menyakitkan jiwa raga. Tak tahu lah kenapa rasa macam menyampah sangat dengan mimik muka mencebik yang seolah-olah mengejek sinis tu bila aku dan Cfu datang menghampiri untuk merayu.


Macam bagus.


Pegawai : "Pergi je lapor diri dulu. Lepas tu, mohon pertukaran. Ada 2 kali peluang dalam setahun."

Aku : "Tak boleh jugak, ke? Suami saya kerja swasta, saya lah yang kena ikut dia."

Pegawai : "Suami saya pun kerja swasta. Saya faham." (buat mimik muka sinis yang menjengkelkan)

Aku : "Kalau Puan jadi saya, apa Puan buat? Puan nak pergi ke? Jauh tu." (intonasi dah macam sebak sikit)

Pegawai : Diam seribu bahasa..

Aku (dalam hati) : "Tau pun kau tak mahu! Kalau tengah bujang lagi lain cerita. Takde lah aku mengada nak jaja muka tembok sana sini merayu kat kau-yang-rasa-macam-best-sebab-ada-autoriti-boleh-letak-orang-kat-mana-kau-suka." Perkataan 'autoriti' tu, dia sendiri yang bagi.


Semalam memang hari penuh emosi buat aku.


Tersenyum girang masa taklimat pasal gaji lepas berkira-kira yang aku bakal terima lebih kurang 3800++ sebulan. Mata aku masa tu memang tak nampak lain dah. Simbol $RM$RM$ berlegar-legar kat kepala. Aku macam dah nekad nak settle down di Kuching. Nak angkut suami peliharaan sekali. Beranak-pinak kat sana. Tak peduli dah.


Tapi, sebaik je bercakap dengan Mak kat telefon, dia pujuk suruh fikir masak-masak dulu, air mata berjurai-jurai keluar. Jumpa pulak kawan-kawan yang datang memujuk, suruh tabah, bersabar, best lah gaji banyak boleh balik jenguk suami selalu dan kamu-tahulah-apa-lagi. Makin lebat air mata yang turun. Masing-masing menyatakan rasa hairan, macam mana aku pulak yang ke sana. Padahal mereka yang masih bujang, sama kursus, selamba badak je diorang letak dekat-dekat sini.


Masa isi borang penempatan dulu, bukan main siap suruh letak status dan nyatakan tempat kerja suami. Beriya mintak attach surat nikah sekali. Motif? Lepas ditanya, jawapan mereka, kami tak terima maklumat tu. pergh. Rasa macam nak bambu je, kau orang ni buat kerja macam mana ha? Makan gaji buta ke? Mujur aku masih rasional. Menggigil jugak lah tangan menahan rasa.


"Habis, kau nak suruh aku buat apa? Tukar dengan aku nak ?"


Tu je lah dialog yang aku ulang tayang berapa kali entah lepas diajukan oleh soalan-soalan berbau hairan oleh teman seangkatan. Dan hanya akan disambut dengan senyuman tawar sambil menggeleng kepala tanda tak mahu.


Selagi kamu tak pegang status suami atau isteri, kamu takkan faham. Gaji macam tu memang sangat 'mewah' untuk kamu. Tapi bukan bagi kami yang dah pegang komitmen untuk seumur hidup ni. Banyak benda lain nak difikirkan selain daripada duit semata-mata.


Duit banyak, hati tak bahagia, apa gunanya ?


HER : Mogok tak mahu makan dan bercakap dengan sesiapa. Sepanjang hari tidur macam tiada hari esok. Tak sudah-sudah jugak tanya diri sendiri, kenapa aku? kenapa?

Friday, March 20, 2009

F for FRIDAY, F for FEEL.

Benci betul perasaan berbelah bahagi macam ni.


Sebahagian diri aku kata,

“Takpe. Cuba dulu. Jauh sekejap je. Sebelum ni, boleh je bercinta jarak jauh selama 6 tahun. Orang dah kahwin, paling lama pun, 6 bulan kat sana, boleh pindah balik dah. Shopping sampai pengsan dulu kat Serikin. Meroyan dulu dengan elaun wilayah. Untung-untung, balik semenanjung, boleh pakai Civic.”


Sebelah lagi cakap,

“Gila apa. Cukup-cukup lah. Dah kahwin pun nak PJJ lagi, ke? Punah harapan nak pakai mahkota isteri mithali yang setiap hari tadah muka dan depa tangan depan pintu tunggu suami pulang dari kerja. Inilah masanya nak tunjuk rebel. Asyik jadik follower je. Dah lah tak reti hidup susah. Baru takde internet dan TV, hidup dah jadik tak tentu arah. Inikan pulak tak ada suami dan keluarga di sisi. Mau mati kutu lama-lama kat sana.”


Semua orang suruh aku istiharakh.

Mintak petunjuk.


Picture 002F for FRIDAY, F for FOOD. Dua.

Satu lagi ‘makanan manis’ pilihan. Dari Sweeden. Boleh didapati di IKEA dengan harga RM25.

Aku dan suami peliharaan (yang tiap hari mentatap muka aku dengan perasaan sayu sebab nak ditinggalkan) memang tak berkira kalau masuk bab beli makanan baru yang sedap untuk dicuba rasa. Sampai Sarawak nanti, aku nak cuba ulat mulung pulak. Tak main lah setakat makan umai. Biasa sangat dah.

Kan, Zul? Kan, Khalid? :p


foodoffaves Macam biasa, harus masuk dalam hall of fame.


114467480_a1adab2ff8Lama gila mengidam kat objek yummy-licious-meleleh-air liur seperti yang tertera di atas. Ice cream fondue namanya. Ada siapa-siapa tahu kat mana boleh dapat?


HER : Entri cubaan mahu lari daripada isu sukacita yang sedang bergelumang dalam hidup pada masa ini :( Adik-adik datang hari ni, alasan yang cukup kuat untuk buat aku senyum.

Monday, March 16, 2009

Auto-pilot mode ON or OFF?

Pagi-pagi Abah dah telefon,

"Along, the rumors is true. Surat dah sampai. 'Sukacita dimaklumkan Tuan/Puan ditawarkan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi gred DH41 bertempat di Politeknik Kuching, Sarawak.' Lapor diri di PICC 23 haribulan ni. Kuat ye, Long. Kita cuba buat rayuan. Abah tau, Along boleh!"

Kamu rasa, apa reaksi aku?


Dah tentu aku terlampau SUKACITA.


Suami di KL, Mak Abah di Johor, Mertua di Terengganu, anak sulung kepada 4 orang adik yang masih belajar termasuk seorang yang tergolong dalam kategori OKU dan seorang adik ipar. Tinggalkan mereka beribu batu jauh di seberang laut sana. Tunaikan tanggungjawab melalui pos dan doa di angin lalu.


Ya. Aku GEMBIRA.


Terus melompat bintang lapan puluh lapan kali atas katil sambil ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia. Jangan kata aku gila. Kan aku sedang bergembira tak tentu hala ni. Tolong heret aku sekarang! Sumbat kepala aku dalam mangkuk jamban. Lepas tu jangan lupa, flush flush flush!


Kalau kamu jadi aku, apa yang akan kamu lakukan?


(a) Baring atas jalan sambil memegang poster bertulis,

"Aku gembira. Kamu memang buat kerja dengan cemerlang. Buat apa susah-susah mintak surat nikah dulu? Kenapa tak terus hantar ke Gaza je?"

(b) Bakar bangunan kementerian yang berkenaan guna mancis memasak di dapur. Sambil jerit, "Bakar! Bakar! Bakar!"

(c) Rompak Bank Negara, bayar 100 hingga 200 ribu, putuskan ikatan kontrak biasiswa.

(d) ON-kan MODE auto-pilot.


Dengan penuh rasa rendah diri,
aku memohon,
melutut, merangkak, merayu,
handai taulan yang terima jawatan seangkatan,
dan masih bujang di luar sana,
belum banyak komitmen,
mahukan cabaran,
berhati tulus dan qudus,

sudilah untuk membantu saya insan hina dina ini.
marilah kita tukar suka-sama-suka.
demi kesejahteraan bersama.

aku dalam proses nak buat anak ni, woiii!

tolonglah memahami.

*buat muka sayu habis dah ni*


NOTA untuk Saloma, kalau kamu ada tiket KL-Kuching pergi balik FREE atau diskaun 20%, 50%, 70% hingga 99.9%, saya mahu for every weekend, please!! Sanggup melutut, merengek, merayu mintak kat kamu.


HER : Saya butuhkan bantuan dan sokongan daripada pelbagai sudut oleh kamu semua yang ada di sini. Hari ni, hari aku, mana tau, esok lusa, hari kamu pula. Terima kasih.

Friday, March 13, 2009

Pelangi Tak Muncul Setiap Hari.

Beberapa hari lalu, terima email daripada pembaca misteri.


Apa kamu panggil? Silent reader, huh?


Bertanyakan perihal entri aku kebelakangan ni yang banyak berbau sinis dan ada sedikit unsur emosi. Dia rindu mahu baca tentang cerita ceria warna-warni hidup aku yang umpama pelangi, katanya. Dah lama tak dengar celoteh hiruk-pikuk aku selaku suri rumah muda. Kalau masuk sini, hati dia turut sama kena tempiasnya. Tak gembira.


Hurm. Macam mana aku nak kata, ya.


Aku pun manusia biasa. Punya hidup umpama roda. Bukan sentiasa di atas duduknya. Ada jugak pasang surutnya. Kadang-kadang, masa nak mengharunginya, hampir lemas juga.


Kamu mungkin tak tahu. Dulu, sejak zaman sekolah lagi, kalau melalui saat-saat macam ni, aku terus capai pen dan kertas. Tulis puisi. Makin banyak masalah, makin banyaklah puisi. Tak tahulah macam mana cara tu boleh buat aku rasa lega. Bila baca semula bait-bait puisi yang pernah aku tulis, ia akan mengingatkan aku kembali pada setiap bait perasaan yang aku alami pada ketika itu. Sangat dalam.

poem

Arkib puisi peribadi. Since 1998.

Lebih 10 tahun woo.

Dah boleh consider sebagai dokumen bersejarah tak? :p


Kat bawah setiap puisi tu pulak, walaupun tak berapa nak pandai melukis, aku mesti lukis emoticon bagi menguatkan lagi gambaran perasaan aku pada ketika itu. Buruk pun tak apa. Asalkan ada.


Contohnya, macam ni.

poem3

Dicilok daripada puisi bertarikh 11 September 2003.

Judul : Payah.


Tapi sekarang, aku lebih senang menulis di sini. Mungkin sebab tu, kalau tiba-tiba rasa macam ni, aku ludahkan semuanya kat sini. Walaupun bukan secara direct, dada aku rasa sedikit lapang. Senang dan tenang.


Pergi mana-mana, aku junjung sekali masalah ni bersama. Maka, orang akan nampak pada riak muka. Dan mula bertanya. Respon biasa; orang akan bagi nasihat, suruh sabar, bertabah, istighfar, usaha, mohon pada-Nya, tawakkal, ini hanya ujian, dugaan dan kamu-tahulah-apa-lagi.


Terima kasih.

Aku dengar. Terima segala nasihat seadanya. Akan ikhtiarkan sebolehnya.


Buka mulut.
Cakap.
Memang mudah.


Tapi, cuba sesekali letakkan diri kamu di tempat aku. Di mana aku berada. Fahami apa yang aku rasa sebenarnya. Fikirkan emosi aku bagaimana. Hayati setiap titis air mata yang tumpah tu atas sebab apa.


Kamu akan tahu betapa senyum yang aku pamerkan hari ini tak serupa dengan apa yang aku rasa di dalam sana. Baru kamu tahu, kalau terkena pada batang hidung kamu sendiri, mau terduduk juga.


Masa tu, kalau boleh, kamu mahu semua orang diam.


Emoticon entri ini:

Sebab tak reti melukis atas kanvas siber, pinjam emoticon puisi bertarikh 19 Mei 2003.

Judul : Di kala Aku Lemas.



HER : Setiap hari dihujani dengan sms dan panggilan telefon bertanya aku dapat posting mana. Untuk makluman semua, aku buat keputusan untuk tunggu surat je.

Thursday, March 12, 2009

Ba Alif Ba Ya. Babai.

Kenapa tak boleh publish entri ni? Tepek gambar pun tak boleh.

Yang ni aku cuba jaya je. Kalau kamu boleh baca, bagus. Eksperimen menjadik. Kalau tak nampak, pendek umur lah jawabnya.

Aku sorang je ke, semua orang pun sama. Saja nak bagi tekanan darah rendah aku ni naik menggunung. Dah lah aku tengah marah. Aku tak peduli. Aku naik angin puting beliung dah ni. Habis periuk belanga semua terbang kang.

cis. cis. cis.

*hantuk kepala kat dinding laju-laju*

Monday, March 9, 2009

Aku suka makanan manis, tapi hati semakin tawar.

Tolong fahamkan aku.

Macam mana harta, pangkat dan kedudukan dapat membawa sekali 'kuasa' bersama?

'Kuasa'.

Yang beri impak besar dalam hidup seseorang. Paling bangsat pun, mempengaruhi keputusan orang yang tak punya harta, pangkat dan kedudukan macam mereka. Apa yang mereka kata, adalah betul belaka. Harus didengar.

Lagi aku tak faham, bagi orang yang tak berapa nak punya harta, pangkat dan kedudukan, walaupun dah buat keputusan untuk mulakan hidup baru, berdikari, bina keluarga sendiri, jadi ketua keluarga TETAPI setiap keputusan dia masih dipengaruhi oleh orang-orang yang punya 'kuasa' tadi.

Seolah-olah, hidup orang-orang macam kita; yang tak punya 'kuasa' ni, sentiasa dilingkungi oleh bayang-bayang mereka. Cakap kita, perbuatan kita, gaya kita, cara hidup kita, semua tak kena pada mata mereka.

Hidup mereka senang saja. Petik jari, semua ada. Angkat gagang telefon, cakap saja. Orang yang tiada 'kuasa' tetap akan dengar.

Aku benci dengan orang yang hanya tahu angguk kepala dan selalu setuju.

Tawar hati dah.


HER : Kehidupan tak pernah adil melainkan akal fikir.

Thursday, March 5, 2009

Sisi satu lagi yang kamu belum kenal.

Aku terlalu berdebar-debar sampaikan jari-jari tangan berkuku cawan ni laju je nak menaip entri baru.

dup dap dup dap.

Kemain kuat lagi bunyik dia. Boleh tembus paru-paru. Jantung pun berdegup laju. Macam nak gugur. Aku jogging pun tak rasa macam ni (Jogging konon. Padahal lari setempat je.) Sampaikan tangan kaki sejuk semacam mengalahkan takut baru lepas jumpa hantu puchong err.. pocong.

Semua gara-gara dia ni lah. Teruja habis sampai buat entri semata-mata nak mendebar-debar kan aku dan sekalian handai taulan.

Tidur tak lena. Tapi taik mata tetap sendat. Mandi tak basah. Tapi tetap berbau wangi untuk suami. Makan tak kenyang. Ok. Tipu. Makan maintain melebih-lebih.

Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Nak masak untuk suami peliharaan pun dah hilang mood (cheit. Alasan tak boleh blah.) Mulut pun ringan je nak maki mat indon kontrak yang tiba-tiba datang sembur ubat ke racun ntah untuk bunuh nyamuk. Lepas tu teringat Uncle Seekers rancangan 'siapa mahu jumpa hantu sila pakai seksi' tu cakap, "Hantu menyerupai dalam pelbagai bentuk. Manusia. Haiwan. Serangga pun ada."

Sejak tu, aku jadik pembunuh nyamuk dan lipas yang zionis. Berbotol-botol Ridsect dan ubat gegat mini market depan ni aku borong. Nak bunuh 'hantu' lah konon. Alih-alih, hari ni datang orang sembur ubat ke racun ntah nak bunuh nyamuk. Terdetik kat hati, mesti kawasan rumah ni banyak nyamuk. Banyak nyamuk, maka potensi besar banyak hantu. Sudah sudah. Berhentilah menakutkan suami sendiri. eh eh. Suami saya bukan penakut. Beliau adalah sangat gagah perkasa dan taf lagi kacak bergaya (Kalau mahu muntah, sila keluar. Tak nak lah blog ini berbau kurang enak dengan muntah hijau cendol kamu.)

Kan aku dah kata tadi, kalau aku tengah tak tentu arah, lagi panjang aku merepek. Silap-silap, boleh karang satu novel bertajuk, "Kenapa suami saya kata saya gemuk." Sila pakai baju merah datang ke majlis pelancarannya, ya. Dan jangan lupa beratur untuk mintak autograf. Diam kau, sisi xeea yang gelabah! Bertenang lah. Tarik nafas dalam-dalam.

Aku cuba bertenang. Duduk diam. Kaki rapat. Tapi, peluh jantan eh betina (peluh pun ada jantina kah?) tak sudah-sudah menitik membasahi baby-t cap pasar malam sepuluh ringgit yang aku pakai untuk goda suami peliharaan pulang dari kerja. Hoi. Cerita dalam selimut mana boleh jaja.

Oh. Pasar malam belakang rumah aku adalah terbaik sebab ada jual ayam goreng berempah yang aku selalu mintak kuah lebih. Sampaikan kalau aku tak mintak pun, kakak jual ayam goreng tu akan tanya, "Tak nak kuah lebih?" Padahal masa tu aku beli fishball cucuk kat lidi je. Akak ni kot iye pun nak perli saya, jangan lah sampai macam nak suruh saya makan fishball berkuah gaul dengan nasi.

Tengok. Makin jauh aku merepek.

Perasaan macam ni buat aku rasa nak balik kampung. Baring kat celah ketiak mak. Tengok TV sambil makan kerepek. Ada pisang goreng pun ok. Biskut Jacobs cicah Milo adalah terbaik di kala hujan lebat. Oh. Encik Cfu adalah pakar membuat Milo ais kaw. Kalau bukak kedai, Rejab 24 jam boleh merana bankrap takde orang datang.

Baik. Aku berhenti sekarang.


HER : Rekod menulis entri dalam masa tak sampai 1 minit dan dengan hanya satu nafas, terus tekan butang publish.

Apabila teknologi makin canggih, manusia jadi makin ketagih.

Sikit masa dulu, pernah jugak dengar pasal hal ni. Ingatkan saja gimik media nak naikkan rating. Takpun lawak April Fool ke apa.

Tapi, bila tertengok ('ter' kah? padahal memang 24 jam duduk menghadap TV) dalam rancangan Oprah, baru lah aku percaya yang benda ni memang betul-betul berlaku. Bukan gimik saja-saja.


(Kredit : Oprah.com)

Kamu rasa, Oprah tengah buat apa?

(a) Ukur perut siapa lagi buncit.
(b) Demo teknik sedut lemak.
(c) Main sep sep, me me.
(d) Ajar senaman yoga.

Sila bulatkan hanya SATU jawapan sahaja.


Sebenarnya, semua jawapan di atas adalah TIDAK BENAR (pilihan jawapan dalam soalan aneka pilihan yang paling aku tak suka).

Oprah sedang kagum dengan lelaki ini. Terlalu kagum, sampai tak dapat tahan perasaan nak pegang perut suami orang ni di khalayak ramai. Kalau aku pun, mesti secara separa sedar akan buat perkara yang sama jugak, tanpa mengambil kira perut suami peliharaan pun apa kurangnya.

Sebab lelaki ini sedang HAMIL.

Ya. Lelaki ini bernama Thomas Beatie.
Dan dia mengandungkan anak.
BUKAN lemak.


Secara biologi, dia dilahirkan sebagai perempuan. Sampai ke satu tahap yang tak dapat dipastikan, tiba-tiba dia tukar jantina. Siap buat pembedahan buang payudara dan ambil testosteron nak bela bulu serta ubahsuai anu dia.

Bila dah kahwin, isteri dia ada masalah untuk hamil. Jadi, dia pun ambil keputusan untuk mengandung bagi pihak isteri dia sebab masih punya sistem reproduktif wanita. Guna kaedah persenyawaan tabung uji dengan sperma yang diderma, kemudian suntik masuk dalam uterus, maka mengandunglah dia dan mencetuskan macam-macam konflik perbalahan satu dunia.

Tapi, dia buat tak tahu je. Jalani hidup macam biasa, minum Anmum, mengidam buah mangga, berlatih teknik pernafasan, sama macam ibu-ibu mengandung yang lain. Difahamkan, anak pertama dia dah lahir pun. Anak perempuan; Susan Juliette. Dan sekarang dia sedang mengandungkan anak yang kedua pulak.

Macam mana lah Oprah tak kagum, kan?

Aku lagi lah. Terbeliak bijik mata. Rasa macam nak suruh laki aku yang mengandung pun iya jugak! :p Tapi, sebagai wanita sejati lagi mithali (ehem), mestilah kita nak mengandungkan anak sendiri. Nak jugak rasa pahit manis pengalaman sebagai perempuan hamil. Orang kata, best. Banyak keistimewaan. Lagi best, boleh manja-manja berlagak tuan puteri dengan suami.


Ini pulak si Nadya Suleman.
Bukan main gigih aku meng-google lepas baca berita pasal dia kat surat khabar minggu lepas. Nak jugak tengok macam mana lah rupa perut dia mengandungkan 8 anak sekaligus!
Subhanallah.


Ikut kata mak dia, Nadya ni terlalu obses dengan kanak-kanak.

Kot iye pun obses, kan. Takkanlah sampai nak berubah jadik kilang membuat anak. Kalau dah ada 6 orang anak kecik (umur 2 hingga 7 tahun), ditambah lagi 8 bayi serentak, mau tak kalut. Lepas tu, adalah nanti kes anak-anak tak cukup makan, kurang kasih sayang, terabai pendidikan, terlepas pandang dan macam-macam lagi lah.

Kadang-kadang, aku macam tak setuju dengan kaedah bayi tabung uji yang selalu 'ter'buat bukan setakat kembar 2 je, malah boleh jadi sampai kembar 5, 6, 7 dan 8!

It is all about quality NOT quantity.


HER : Mengandung nanti, nak sapu losyen anti strech mark satu badan.

HER lagi : Ada baka kembar :D

Monday, March 2, 2009

Definisi sempurna : Sempurna dalam ketidaksempurnaan.

Baru beberapa hari lepas menonton filem lama; Bicentennial Man.


Kisah sebuah robot istimewa. Punya naluri macam manusia. Berjuang sampai 200 tahun untuk dapat pengiktirafan sebagai manusia selepas melalui pelbagai bentuk proses naik taraf. Secara fizikal, memang dia serupa macam manusia. Punya hati dan perasaan juga. Bezanya, hanya pada akal fikiran dan teknologi mekanikal dalam tubuh yang menghidupkan dia.


Aku tak berminat nak ulas pasal robot.


Aku tahu pasal Transformers pun sebab filem. Tahu sikit-sikit pasal Asimo, hanya kerana ia robot ciptaan majikan tempat Cfu bekerja.


Saja nak quote dialog dalam filem Bicentennial Man,


"Imperfection make us individual, that's what makes us unique."


Gila kuat ingatan aku kalau masuk bab menghafal dialog filem. Kalau disuruh baca doa qunut depan pegawai agama masa temuduga nak kahwin dulu, siap boleh tersasul-sasul. Nampak sangat selalu baca doa qunut tak khusyuk, sembahyang subuh dengan mata terpejam. Lagi parah, kena sujud sahwi sebab terus sujud lepas ruku' rakaat kedua. Mana tak gagap bila disuruh baca tiba-tiba.


Bila diamati petikan dialog tadi, ada betulnya.


Pada sesetengah perkara, aku amat pentingkan kesempurnaan. Perfection. Selagi tak menepati tahap 'piawai sempurna' yang aku gariskan, akan diulang semula setiap kerja dari awal sampai dapat. Bila dah dapat, sesuatu perkara akan nampak cukup sempurna pada mata aku. Tiada cela.


Sampai kadang-kadang tak sedar diri, ia tak mesti sempurna pada mata orang lain.


Sebab tu keluar pepatah, "Nobody is perfect". Tiada perimeter sempurna yang khusus kat dunia ni. Kesempurnaan tu terlalu subjektif. Abstrak sifatnya. Tak terjangkau dek akal kita. Setiap orang, punya kayu ukur yang berbeza.


Dari dulu, aku pegang satu prinsip yang aku pandai-pandai reka untuk tingkatkan keyakinan diri setiap kali berdepan masalah, "Maturity and confidence makes all perfect".


Amat mengharukan, seorang kawan satu sekolah yang terkenal dengan sifat pemalunya buat pengakuan, dia pinjam prinsip rekaan aku ni untuk digunapakai dalam hidup dia. Dia tak pernah yakin dengan diri. Nak cakap kat depan kelas pun ketar lutut. Setiap kali balik makan, mesti monyok. Menangis. Malu kena ngorat dan diperkotak-katikkan oleh abang dewan makan.


Alhamdulillah, dah jadik cikgu pun sekarang.


Macam tu jugak dengan hubungan persahabatan, kekeluargaan, percintaan dan perkahwinan.


Sebuah teres dua tingkat mungkin sangat sempurna buat kita, belum tentu selesa untuk orang yang punya anak sembilan.


Suami pendapatan sederhana dan pandai ambil hati dirasa cukup melengkapkan hidup kita, belum tentu dapat memenuhi ciri lelaki idaman wanita yang mahu hidup dilimpahi kemewahan.


Sahabat setia, satu kepala dan sentiasa ada untuk kita belum tentu boleh jadi sahabat yang baik kepada sahabat kita yang lain.


Sarapan lempeng kelapa cicah sambal tumis masih belum mampu mengenyangkan perut kita, boleh jadi hidangan paling mewah untuk golongan bawah sederhana.


Kalau sekali-sekala duduk berkumpul, jumpa kawan-kawan lama, masing-masing akan cerita pasal perkembangan terkini. Hal kerja, cinta, keluarga dan mungkin ada selit sikit isu semasa.


Kalau rasa hidup macam bagus, cukup sempurna, kita akan cakap panjang lebar tanpa noktah. Tak ditanya pun kita akan cerita.


Kalau hidup tak berjalan dengan begitu baik, kita tak banyak bukak mulut. Nak lepak lama pun takde mood. Balik-balik tanya buat apa sekarang, kerja mana, duduk mana, kahwin bila. Tadah telinga, dengar saja. Kalau bernasib baik, saja tukar topik. Tak boleh tahan rasa cemburu takpun pedih hati sebab terasa macam disindir. Takpe, takde orang perasan punya, kata dalam hati.


Tapi, adat biasalah. Ada segelintir orang sentiasa berusaha untuk kelihatan lebih baik daripada orang lain. Nak nampak sempurna. Macam satu situasi aku pernah jumpa, si Bedah beritahu suami dia beri cincin berlian harga 2 ribu. Si Joyah balas balik, boyfriend dia nak bagi cincin harga 2500 masa kahwin nanti.


Nampak?


Si Bedah, sah-sah lah suami dan cincin dah ada depan mata, si Joyah pulak, bertunang belum, tarikh kahwin apatah lagi. Si boyfried yang tabur janji tu pun belum tentu jadik suami dia nanti. Punya lah tak mahu kalah.


Dunia blogging pun macam tu jugak. Pernah tak rasa macam nak behave dan cuba jadik sesempurna mungkin apabila bertemu empat mata dengan penternak blog yang rata-rata penulisannya berbentuk pemerhatian terhadap kegiatan sosial dan tatacara hidup manusia. Takutlah kalau-kalau terlepas cakap ke apa, kita pulak akan jadik isu dan bahan untuk entri blog dia yang seterusnya.


Moral cerita, tak perlu rasa rendah diri terhadap ciri perbezaan kita ada berbanding orang lain. Yang kita anggap sebagai kekurangan kita. Ketidaksempurnaan. Apa yang kurang pada mata kita, boleh jadi nampak sempurna pada mata orang lain. Lagi bagus, kalau dapat salurkan ketidaksempurnaan tu menjadi satu kekuatan yang tak dimiliki oleh orang lain.


Contohnya, model-model terkenal di luar sana. Pada pandangan mata kasar kita, bukanlah cantik sangat pun mereka. Bibir tebal, muka berbintik, pipi cengkung, hitam legam, kepala botak pun ada. Tapi kriteria 'tidak sempurna' tu lah yang menjadikan mereka menonjol daripada yang lain. Istimewa. Unik.


Supermodel antarabangsa; Alek Wek.


Cuba teka, yang mana satu cap Petaling Street?

Kalau dah semua perempuan kat dunia ni kemaruk cucuk Botox kat bibir, bagi nampak bengkak, sama macam Angelina Jolie, habis lingkup lah periuk nasik dia. Silap hari bulan, Brad Pitt pun tinggalkan dia sebab bersepah klon dia kat luar sana.


Secara azalinya, kita memang tak sempurna. Sebab tu lah dijadikan secara berpasang-pasangan untuk saling melengkapi ketidaksempurnaan tu. DIA juga yang Maha Sempurna.

Oh, ya! Jangan tak tahu, Lee Kuan Yew, Leonardo da Vincci serta saintis Albert Einstein jadi ternama disebabkan oleh 'ketidaksempurnaan' mereka.



HER : Bangga dengan hidung kecik dan tak mancung yang diwarisi daripada bonda tercinta.