Tuesday, November 4, 2008

Bersenang-lenang lagi.

Masuk hari ke-2 kat A' Famosa Resort.

Masalah loya dan muntah-muntah aku semalam agak kritikal. Hingga terpaksa dikejarkan ke klinik berdekatan sebaik saja aku sempat publish entri semalam. Dikhuatiri keracunan makanan. Mati-mati aku ingat aku sedang sakit kelaparan. Sungguh ironik, bukan?

Balik dari klinik, telan 2-3 jenis pil, terus tumbang tak sedar diri sampai pagi. Gila kritikal. Doktor cuma cakap, aku keletihan. Exhausted. Apa kejadahnya? Apa yang aku buat sampai letih begitu. Selain keletihan melayan bosan. Mungkin letih dari hari tuh tak habis-habis lagi kot. Pindah rumah pulak. Iye lah kot. Ngada-ngada betul.

Hari nih, rasa sihat sikit. Tapi, pening kepala masih tak hilang. Dalam pening-pening tuh, aku dok merayau keliling resort. Mencari makan dan...teman. Hampir semua orang aku tegur. Mat bangla jaga pun aku ajak borak sekali. Ada gak layan borak ngan kapel Mat Salleh yang mintak tolong aku bawakkan dorang berjalan-jalan sekitar resort. (Aku perasan bagus. Macam laa dah hafal jalan. Padahal pergi sini pun ada laa dalam sekali dua jer.)

Dah penat berjalan, perut pun lapar. Orang lain siap berkot, berkasut tumit tinggi bagai, pusu-pusu pergi Cafe, aku dengan jeans Levi's reput, selipar jepun, pun sibuk-sibuk masuk Cafe nak makan.

Pura-pura pandai baca peta di depan kapel Mat Salleh.

Mee Mamak Rm 14. Sila beliakkan bijik mata.

Lorong Haji Taib ke Club House.

Cafe di Club House memanggil-manggil, "Mari! Mari! Buffet RM 38 seorang. Mari! Pokaikan duit kompeni laki anda!"

Cencaluk mesti ada walau di mana jua berada.

Menikmati suasana hijau selepas makan. Elok untuk sistem penghadaman.

Sudah kenyang, pulang ke hotel, layan Nickelodeon, buat taik mata dan juga 'peta'.


Begitulah rutin hidup saya hari ini. Sekian.

Monday, November 3, 2008

Bersenang-lenang. Alangkah best nya!

Cuba teka, di mana kah aku pada tika dan saat ini?

Cyber cafe kah? Rumah baru kah? Bilik kuliah kah?

Ketika dan saat ini aku sedang berhibernasi sambil menikmati masa bersenang-lenang di Hotel A' Famosa Resort, Melaka.

err.. sedang ber bulan madu kah aku?

Tidak rasanya. Pasal aku duduk sorang diri kat lobi hotel nih. Tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi. Sambil melawan rasa mabuk dan loya bersulam tangan yang menggeletar bagai nak rak, aku gagahkan diri untuk tulis sesuatu dalam blog cabuk bagi mengisi masa yang ada.

err... sudah mengandung kah aku?

Propaganda sungguh.

Sekarang ni, kalau mengadu pening sikit, dikata mengandung.

Sebenarnya, rasa mabuk, loya dan menggeletar ini lahir ekoran rasa lapar perut yang tak tertahan lagi. Cafe dan restoran hotel jauh sangat letaknya. Nak jalan kaki, kaki pun dah ikut sekali tangan yang menggeletar. Tak larat rasanya. Room service pulak ada limited time sahaja. Aiiiiii... lambat nya nak tunggu jam 5.00 petang. Harap-harap laki aku balik bawak laa mi siam barang sebungkus dua lebihan dari tempat jamuan seminar.

Begini lah gaya hidup seorang penganggur kehormat. Bila laki kena out-station, tak sampai hati nak ditinggal sorang kat rumah. Takut pulak ditemui mati kebosanan keesokan harinya. Bila di bawak sama, hampir-hampir juga nak mati kebosanan duduk kat bilik hotel sambil melayan channel Nickelodeon berulang kali. Dan hampir kecut satu badan berendam berjam-jam dalam tab mandi. Mujur ada wi-fi. Serta penyambut tetamu hotel yang kacak belia. Boleh jugak cuci mata. ehem

Sebenarnya, A' Famosa Resort Hotel nih, tak lah sebosan yang aku gambarkan kat sini. Main attraction kat sini adalah beraneka tempat best yang boleh dikunjungi. Ada Water World, Safari Animal Park, Cowboy Town, Archery Park, Golf Course, Para gliding, Club house, Thai massage etc. etc.

Masalah nya cuma satu, aku dah pergi semua tempat tuh sebelum nih. Tuh yang rasa macam dah takde benda yang boleh dibuat kat sini. Selain dari akses internet secara rawak. Untuk satu hari kira macam ok lah kot, tapi aku duduk sini 3 hari! Adoi mak. Memang nyawa-nyawa ikan dah nak mati bosan nih. Cepat lah laki aku balik. Bagi CPR. hehe

Ginilah kehidupan aku sekarang. Sangat bersenang-lenang. Makan duduk, berak cangkung. Semua ditanggung halal. Alangkah best nya!

HER : Dengar cerita, bulan 12 nih keluar result posting. Malas nya nak mula kerja.