Thursday, June 13, 2013

Alfiy’s 1st Sports Day.

Nama skool kite BabyLand Dunia Elit. Kite skool kat sini sejak umur 2 bulan. Ala, sekolah main-main je. Kalau kite rajin, Teacher bagi star, kalau malas belajar, Teacher tak marah kite pun. Setakat kena denda berdiri 5 minit je, takde hal lah :p Dulu, kelas kite ada 2 orang hero je. Kite dengan anak towkey skool; si Hariz. Maka, kami memang menjadik rebutan para awek kat skool. Tapi sekarang dah 5 orang. Semua pun rambut keriting pulak tu. Cis, sengit betul persaingan!

 

Hari tu, kite terpilih untuk masuk annual sports day.

Selaku anak seorang bekas atlet bola keranjang yang bersara awal, tiap petang hujung minggu, Papa kite train kite lari keliling playground. Sampai semput tercungap-cungap Papa kite kena tinggal. Atlet konon. heh.

 

P1070022      

Can you spot me?

Yes, yang pakai seluar pendek kaler merah lari tema tu lah kite! Mama kite tak done carik tracksuit kaler gelap, so kite sarung je lah apa seluar yang ada.

 

P1070030

Masa ni tengah get ready nak nyanyi Negaraku dan buat persembahan.

 

P1070028

Kawan kite ni dari pagi, masuk ke acara sukan, sampailah masa penyampaian hadiah, dok sedih camni je. Kesian dia. Taknak dok jauh dari Papa Mama dia agaknya.

 

947353_10151596204064509_131535924_n

Kite pulak camana? eishhh, ramai awek kan masa sports day tu. Mestilah tunjuk macho. Tak heran pun dengan Mama Papa kite kat tepi padang tu.

  P1070042

Ni lah kawan-kawan playskool kite (3 tahun). Kami semua pakai baju kaler oren. Yang group 4 tahun, baju kaler hijau, 5 & 6 tahun pakai kaler biru. Teachers & parents semua pakai any shades of green.

 

  P1070047 

Memperkenalkan, kawan ‘teman tapi mesra’ kite; Amanda. Kami kawan baik sejak baby lagi. Tapi sekarang Amanda dah pindah kat skool lain, ikut abang dia. Aiseh, malu pulak bila disuruh bergambar duorang macam ni. Papa Mama kite & Ayah Amanda pulak giat mengusik kitorang masa ni. esihhh, ape ni, malu laaaaaaaa

 

P1070049  P1070052 P1070039  Suasana Dunia Elit’s Annual Sports Day 2013.

Sangat meriah dengan warna ceria, sorakan gembira, jerit pekik, tak lupa jugak beberapa orang kawan kite yang menangis mogok sebab kalah bertanding. Nampak tak kawan kite tengah baring atas court tu? Dia kecewa sangat sebab sampai last sekali dalam acara ‘Lari Kepit Bola’.

 

P1070068

P1070076

Parents pun sangat sporting join sukaneka. Terkekek-kekek kite dengan Mama tengok gelagat diorang main macam-macam acara.

  P1070094943296_10151601512064509_1158166836_n  Inilah geng playskool kite bersama teachers kesayangan. Ni ada campur sekali dengan playskool kat skool cawangan lain. Tu yang meriahhhh.   

 

P1070102

Sekian, disudahi dengan gambar kite yang macho. Tu medal champion tau, jangan main-main. Jumpa lagi hari sukan tahun depan!

 

eh jap, sebelum terlupa, Mama suruh tengok video spesel yang Mama buat khas untuk tatapan aunties kesayangan semua, muahhhhsssss!

 

 

HER : Mula-mula tengok sukan, tak lama lepas tu tengok konvokesyen, dia dewasa nanti tengok dia menikah pulak T_____T

Wednesday, May 15, 2013

Quick Catch Up(s).

Relevan dengan tajuk, update pun kena cepat-cepat lah kan.

 

i) SELF UPDATE

Alhamdulillah, morning sickness dah berkurangan. KURANG je, bukan takde terus. Takpelah, aku macam dah redha yang aku ni kalau mengandung, memang ala-ala manja gitu. Lembik lain macam. Bezanya, kali ni, tiga bulan pertama, ada orang teman. Tak macam masa pregnant kan Alfiy dulu, aku sorang-sorang duduk kat Kemaman, nun. Tak boleh merungut banyak. Kan ke dah berbuih mulut aku cakap, anggap je lah dugaan macam ni umpama nikmat yang tak semua orang boleh rasa.

 

Syukur lah, adanya.

 

Satu lagi perbezaan ketara, elok je melepasi tahap RED ZONE morning sickness, alih-alih aku terus masuk kategori overweight T_______T Semua orang pun heran datang dari manalah berat berlebihan tu semua sebab kali ni, aku macam kurang selera makan. Makan sekadar nak elak muntah teruk. Takpelah, asalkan anak mak sihat, jadik obesiti lagi sekali pun mak redhaaaaaa, nak.

 

20130315_083706

Masuk hospital tak kali ni?

eh, mestiiiii, bukan aku lah tu kalau pregnant tak masuk hospital :p

 

ii) HOME UPDATE

Weekend Project kat Organizing Thing memang tergendala secara tiba-tiba lah nampaknya. Pokok-pokok kesayangan semuanya dah masuk tahap ‘nazak’ sebab kurang kasih-sayang. Aku memang takde mood langsung nak mengemas, apatah lagi nak menghias rumah. Kau tala lah perabot import dari Jerman pun, aku tak heran satu apa pun sekarang ni. Pasrah je lah bila Alfiy secara senyap-senyap menjadikan semut-semut sebagai haiwan peliharaan. Siap bagi makan biskut, okehhhh (-_-“)

 

iii) FAMILY UPDATE

Alfiy semakin petah bercakap, tapi dalam bahasa pelat dia lah. Bak kata Cfu, pelat dia ni je lah yang menunjukkan Alfiy is still our baby boy. Kalau dah tak pelat nanti, mesti rasa macam dia dah big boy sangat! tsk. Berat dah cecah 15++ kilo tapi takdelah besar mane pun badan. Cuma makin meninggi je. Habis senteng semua seluar dia. Tiap-tiap malam, nak tidur kat celah ketiak Mama dia je sekarang ni. Dan, kalau boleh, macam nak masuk balik duduk dalam perut Mama, gamaknya. Dah ada ciri-ciri nak jadik Abang tapi masih confuse panggilan Abang tu untuk dia ke, siapa sebenarnya.

 

Cik Abang Cfu?

Owh.. ada jugak orang nak tau perkembangan Cfu, ye. heh. Semakin gagah perkasa dan taf, semestinya. For a meantime, Cfu banyak ambik alih tanggungajawab menguruskan keluarga sekarang ni. Like seriously, he is the real BREADWINNER & HOUSEKEEPER. Syukur, Tuhan kurniakan seorang suami yang cukup memahami dan sudi bertolak-ansur dalam menguruskan rumahtangga bila tiba fasa kritikal macam ni. Mudah-mudahan Tuhan terus beri Cfu kesihatan, kekuatan dan murah rezeki sentiasa. Hanya doa yang mampu aku pohon demi membalas jasa baik suami selama ni. Kalau tak kite puji suami sendiri, siapa lagi, ye tak?

 

Lesson learnt :

Sentiasa percaya pada kemampuan suami. Jangan pandang rendah pada kebolehan mereka dalam hal ehwal menguruskan rumahtangga. Memang kadang-kala, setiap kerja rumah yang dia buat tu tak sempurna pada mata kita, tapi jangan lah kita tarik muka, membebel tak tentu hala. Tunjukkan cara yang betul, bantulah dia dari segi sokongan moral, sekurang-kurangnya. Bukan mudah bagi seorang lelaki untuk merendahkan tahap ego sebagai suami, nak buat kerja-kerja menguruskan rumah ni. Sekali lagi, bersyukur lah apa adanya. 9 bulan je pun rumah macam tongkang pecah, ape ada hal? *padahal mata berpinarrr, je kan. hehe sabar sabar.* Asalkan setiap hari ada baju nak pakai, anak lapar susu pandai dia nak uruskan, cukup baik dah tu.

 

IMG-20130505-WA0003

Sekian, disudahi dengan gambar si sepet-sepet kesayangan. Kite tunggu bulan Oktober nanti, kot-kot yang keluar sepet jugak, makin bertambahlah koleksi sepet kesayangan ku :))

 

 

HER : Yup, dah tau gender baby. Cer tekaaaaaaa untuk dapatkan hadiah misteri. hehehehe