Monday, July 23, 2012

Jom Bali : Siri 3.

Hari terakhir di Bali T______T

eh, sedih pulak? Bukan ke aku patut hepi sebab kronologi entri Jom Bali selama 8 hari 8 malam ni dah nak sampai ke penghujungnya. Sedih lah jugak sebab nanti dah kurang modal nak update Xeatopia. heh.

 

Tanah Lot

Kalau datang Bali, tak pergi sini seolah-olah macam pergi Penang tak pi pekena laksa seround. Aku syorkan kalau nak datang sini sila pergi awal-awal pagi. Orang tak ramai sangat. Cuaca pun redup je. Sepanjang perjalanan nak ke kawasan pura, berderet-deret kedai kat kiri kanan bahu jalan. Macam-macam ada! Kami sempat last minute shopping kat kedai cenderamata Agung. Aku lagi suka shopping kat sini daripada kat bandar sebab orang tak ramai sangat. Design t-shirt pun lawa-lawa. Harga ada yang lagi murah, weh. Fridge magnet yang aku beli kat Krishna boleh dapat murah kat sini. Beza dalam IRP 5k. cissss.

 

P1050906P1050913P1050945P1050944P1050950P1050946P1050948P1050949

P1050910Dalam banyak-banyak benda yang ada dijual di sepanjang jalan kat Tanah Lot, Alfiy boleh pulak tertarik nak berhenti kat sini.

 

P1050943

Dia heran agaknya kenapa ada banyak ‘teettttttt’  kat sini (-_-“)

Aku sendiri pun heran kenapa lah bersepah-sepah replika *censored* terutamanya di kawasan pantai Bali. Perasaan ingin tahu tu memang membuak-buak, nak tanya orang, tapi ai ni kan pemalu orangnya. auwwwww!

 

P1050915

P1050932

Selepas berjalan dalam 10-15 minit, sampai jugak akhirnya. Kawasan ni menempatkan pura (temple) yang terletak di tengah laut. Kebetulan masa kami sampai pagi tu, air belum pasang, so boleh lah nak menyeberang untuk masuk ke dalam pura. Lepas tu, pastikan balik semula ke pantai sebelum air pasang. Kalau tak, menangis tak berlagu lah kau terkandas dalam kuil kat tengah laut nun.

 

P1050936P1050937P1050939P1050940

Pemandangan dan suasana kat sini terlalu indah sampai tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Nak kena datang tengok dengan mata kepala sendiri baru boleh menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Betullah, kata orang-orang tua, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, duit pun pokai. ok, part yang last tu aku memandai tambah sesedap rasa :p

 

P1050959

Ini merupakan destinasi akhir sebelum bertolak pulang ke tanahair tercinta. Biarpun tempoh percutian tak lama, namun memori tetap kekal terpahat dalam jiwa. Semoga dimurahkan rezeki untuk melihat tempat orang lain pula di lain kali.

 

do donts

Oh ya, Selamat Berpuasa kepada para pembaca Xeatopia yang dikasihi. Moga bulan yang mulia ini membawa 1001 rahmat & keberkatan kepada kita semua. Jangan ponteng puasa, nanti tak boleh raya !!!

 

 

HER : Lepas ni tinggal satu lagi entri Jom Bali khusus untuk cerita pasal hotel & pak supir di Bali dan kalau sempat, akan tambah sikit mommys tips dan budget.

 

*** Lagi cerita pasal Bali; Island of Thousand Temples ***

klik sini ---> [Jom Bali : Full Story]

Tuesday, July 17, 2012

Jom Bali : Siri 2.

Sebab dah ada bakal pengantin dari belog Isu Bumper Kahwin yang nak honeymoon kat Bali dah sound bila nak sambung entri Jom Bali, maka marilah kita baca sambungan…

 

Shopping di Bali

Kalau tanam niat nak bersuka-ria shopping perabihkan beras, Bali bukan lah tempatnya. Lebih baik ke Bandung atau Jakarta. Bali lebih kepada art, cultural & beaches. Tapi, kalau setakat nak beli buah tangan, aku recommend kat Krishna, Hawaii dan Agung. Harga berpatutan, kualiti pun bagus. Kalau baca recommendation bloggers, memang ramai suruh pergi membeli-belah kat Pasar Ubud, murah dan banyak pilihan katanya tapi bagi yang bawak anak kecik macam kami, tak berapa sesuai lah kan. Kang ‘banjir’ Abang Cfu kite berpeluh sakan kejar Alfiy. Kalau indoor market, ada jugak aircond buat sejuk badan.

 

Satu lagi keunikan yang sukar nak dilihat di tempat lain adalah bangunan kat Bali ni semuanya lebih kurang sama. Mula-mula tu aku macam konpius jugak ni shopping complex ke temple? Bila masuk dalam baru tau. Pak Ari kata, kebanyakan rumah bukan muslim mesti ada temple kat laman. Temple lagi besar daripada rumah pun ada. Tu yang macam susah nak beza yang mana rumah yang mana temple. Sebab tu orang putih kata Bali ni ‘island with thousand temples’.

 

bali10

 

Kintamani

Tempat yang aku paling suka dan tak berapa nak suka (eh?) Suka sebab kawasan ni sejuuuukkkk! Nyaman je rasa. Bila ambik wudhu’ kat sini, habis menggigil satu badan sebab air dia sejuk gila kot. Suasana pun saujana mata memandang. Gunung berapi ni dah tak aktif. Kali terakhir meletus tahun 70-an dulu kalau tak silap. Tapi kesan letupan pun masih boleh nampak kat kawasan kaki gunung tu.

 

Yang aku tak berapa suka kat kawasan ni terlalu ramai penjaja tepi jalan. Diorang menjaja bukan setakat duduk tepi jalan panggil-panggil je tau. Ni yang stok sampai macam ‘lalat menghurung makanan’, siap tarik-tarik tangan dan mengekor masuk ke kereta. Rimas! Cfu memang dah naik angin lah kat sini. Tak sempat nak layan feeling lebih-lebih. Dah lah nak masuk kawasan ni kena bayar IRP 10k/pax. Mujur lah Pak Ari cepat-cepat bawak kami lari pergi lunch buffet kat Restoran Kintamani. Merasalah kami mengubat kempunan nak layan makan sambil menikmati view gunung berapi. Makanan kat sini sedap-sedap belaka! Harga pun berpatutan, dalam IRP 80k/pax.

 

P1050779

bali11bali12

P1050800

 

Ladang Kopi & Limau Madu Bayung Bagus

Pernah dengar Kopi Luwak? Kopi yang diproses daripada tinja musang. Haaaa, kat sinilah tempat Kopi Luwak dihasilkan. Kami ke sini untuk petik limau madu dan menghirup kopi panas sambil menghayati kenyamanan udara lereng gunung Kintamani. Coffee tasting adalah PERCUMA. Ada 6 perisa semuanya. Tapi, kalau berminat nak rasa Kopi Luwak, kena bayar IRP 50k. Alfiy suka datang sini sebab ada ‘cat’ (Baca : musang). Cfu pulak suka sebab ada cewek lawa yang entertain kami selama berada di sini. Kemain beriya dengar explaination cewek tu pasal kopi dan limau, padahal masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.

 

bali14bali15

 

Rice Terrace Tegallalang

Kebetulan masa kami ke sana, padi dah habis dituai. Jadi, nampak macam togel je lereng-lereng bukit tu. Kalau nak turun masuk kawasan rice terrace tu kena bayar IRP 50k, ok. Kami cuma jengah-jengah ambik gambar dari dalam kereta je lah. Takde ape sangat pun kat situ, sekadar menikmati pemandangan sawah padi kat lereng bukit. Kalau padi tengah menghijau, mesti cantik.

 

bali16

 

Kawasan Ubud

Sepanjang perjalanan turun dari Gunung Kintamani, kami menyusuri kawasan Ubud yang terkenal dengan hasil seni. Kawasan ni macam terbahagi kepada beberapa bahagian; seni ukir kayu, lukisan, arca, kraftangan, barangan perak dan macam-macam lagi. Macam sampai kat satu kawasan tu, semua buat ukiran kayu. Tiba kawasan sebelah pulak, semua jual lukisan. Sempat jugak kitorang sambar lukisan tiga serangkai terus daripada pelukis sendiri. Fresh from the oven, gitu.

 

bali17

 

Dinner at Jimbaran

Kalau berkesempatan datang ke Bali, silalah pergi sini. Very very very lively. Bayangkan makan seafood segar sambil menikmati matahari terbenam, angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa, diiringi alunan live band, dipadankan dengan jagung manis bakar dan air kelapa muda, nak nak pulak dikelilingi oleh orang-orang yang dikasihi. ohhhhh, romantiknyaaaaaaa!

 

P1050863P1050859

P1050866

Kebetulan pulak berdepan dengan lapangan terbang yang sayup-sayup kelihatan. Terkebil-kebil si Alfiy tengok airplane turun naik kat depan mata dia. But seriously, this is my favorite place in Bali. Tatau lah apasal aku macam suka sangat. Terkenang saat bulan madu dulu, kot. Takpun sebab minah sentimental macam aku memang suka suasana feeling feeling camni. heh.

 

P1050868

P1050873

P1050874

P1050881

Such a great way to end a beautiful day.

:)

 

ehhh bersambung lagi... Siri 3 lah pulak!

 

 

HER : Banyak lagi entri tertunda nih. Mak tengah high layan Instagram lah. Siapa takde IG, memang makan hati wa cakap lu. Segeralah bertukar kepada Android atau iOS!  *saja bakar line*

 

*** Lagi cerita pasal Bali; Island of Thousand Temples ***

klik sini ---> [Jom Bali : Full Story]