Wednesday, June 15, 2011

Cinta Manis.

Seorang kawan yang masih lagi dalam pencarian mencari teman sehidup semati pernah bertanya,


“Macam mana nak tahu yang he’s the right one?”


Makan masa jugak aku nak menjawab soalan cepu emas ni.


Sebelum bertemu Cfu, aku telah dipertemukan dengan beberapa orang lain dulu. Tapi, aku tak pernah labelkan orang-orang ni sebagai ‘not the right one’. Cuma, kami tak punya jodoh untuk bersama. Kalau sesetengah orang mungkin akan sebut cinta sebelum bertemu cinta sejati sebagai cinta monyet, aku lebih gemar ia berbunyi cinta manis. Manis, sebab banyak mengajar aku tentang hakikat pencarian erti cinta sebenar.


Definisi cinta terlalu luas.

Hanya empunya diri yang mengalami tu yang lebih tahu.


Apabila rasa cinta akan setiap baik buruk dia. Apabila berborak, tak pernah ketandusan topik, ada je modal nak dijadikkan cerita tanpa rasa kekok. Apabila boleh berkongsi rahsia dan meluah perasaan marah, sedih, geram, sangap dan sebagainya hingga rasa lega. Apabila dia dapat meneka apa yang kita rasa terlebih dahulu sebelum sempat kita menyatakannya. Apabila dia menjaga hati kita umpama nyawa, hormati orang tua dan terima diri kita seadanya.


Paling penting, rasa selesa dan berupaya untuk jadi diri sendiri tanpa perlu cover ayu sopan-santun melebih-lebih. Tika itu, boleh dikatakan yang kamu telah bertemu dengan Mr. Right yang ditunggu-tunggu selama ni.


Rupa?


Asal sedap mata kita memandang, cukuplah. Nak tatap hari-hari kot nanti. Paras rupa, tak dibawak ke mati. Yang utamanya, agama dan hati budi. Harta pun nak kena ada. Kalau tak berharta langsung, macam mana nak melayari alam rumahtangga di zaman siber ni yang semuanya perlukan duit, tak gitu?


Kalau dah jumpa, jangan tunggu lama-lama.

Nak tunggu yang romantik macam Seth Tan, membujang lah sampai ke tua.


Trust your instincts.


14032011264

& this is my very own version of Seth Tan.

Instead dozens of flowers, I’ll opt for dozens of money from him. heh.



HER : Eh, baru perasan yang aku tak pernah buat pun entri kisah cinta aku dan Cfu. Macam lah ada orang kisah, kan :D

Thursday, June 2, 2011

Alfiy & Parti Harijadi.

Hai, kawan-kawan Mama.


Biasanya, kalau Mama nak update blog masa kite ada, mesti end up jadik huru-hara. Mula-mula kite jeling-jeling sikit, lepas tu cuba datang dekat, menyelinap kat celah lengan Mama. Dapat je laptop, kite pun tekan-tekan keyboard sekuat hati sampai Mama pun fedap nak update blog kat rumah. So, hari ni Mama kasik chance kat kite tulis sendiri kat sini *grin*


Mama selalu cakap, sejak kite lahir, hidup Mama dan Papa banyak berubah. Termasuklah aktiviti pada hari minggu. Sekarang ni, Mama terima lebih banyak jemputan harijadi berbanding jemputan kahwin. Apa boleh buat, dah dapat anak kacak macam kite ni, banyak kawan, banyak peminat pulak tu *Mesti Papa muntah hijau tengok kite tulis macam ni*


Parti harijadi pertama yang kite pergi; Mya Myiesha.


IMG_5483

page

Kite kenal Mya sejak dari dalam perut Mama lagi. Masa pertama kali jumpa, Mya pun duduk kat dalam perut Mommy dia tapi dah tunggu masa nak keluar je. Tak sangka, bila dah keluar, Mya ni hot woh! Penat kite ushar dia masa parti hari tu, tapi Mya bo-layan je. Mentang-mentang lah kite botak chin. Siap lah bila kite besar nanti, dah banyak rambut, boleh sikat belah tepi macam Papa, baru Mya tau betapa macho nye kite ni.


227381_10150174311240782_606730781_6703135_4036926_n

IMG_5490

Tapi, kite memang suka lah pergi parti harijadi Mya ni sebab ramai awek cun. Rambang mata kite nak pilih. Jejaka macam kite boleh dikira dengan jari je. Maka, terpaksa lah kite bersaing dengan A’uf nak jadik jejaka idaman. Tak dapat ushar Mya, kite try ushar Imaan pulak. Tapi sebenarnya kan, Imaan yang ngorat kite dulu tau. Sikit-sikit senyum, lepas tu kenyit mata pulak. Nasib baik Ibu Imaan tak nampak. aishhh.


IMG_5495

Tapi kan, auntie Mya pun cun-cun belaka. Walaupun face painting yang dia buat untuk kite tak berapa menjadik, kite tak kisah pun. Papa jadik jeles tengok awek-awek cun pegang pipi kite. Siap cakap kite hensem pulak tu. Mau Papa tak makan hati. Sorry lah, u’re off the market, Papa.


IMG_5496

On top of that, kite memang enjoy kat parti Mya. Harap-harap, tahun depan Mya jemput kite datang lagi, boleh kite mula simpan rambut dari sekarang.


Parti harijadi kedua; Ariff Haikal.


IMG_5646

IMG_5641

Penat kite carik jersey Arsenal tapi tak jumpa. Yang ada, Manchester United je tapi tak boleh beli, nanti Papa murka. Jadik, kite pakai baju polo yang lari tema. Tapi, bak kata Mama, yang penting konfiden hensem.


page

IMG_5663

Kite sampai awal jugak, drop by sekejap je sebab Tok dengan Ki ada sekali. Sempat jumpa Aqeef dengan Eryna je. Takde rezeki nak jumpa kawan-kawan yang lain. Ini pertama kali kite jumpa Kakal dan Ibu dia. Dia kool je. Besar nanti, kite lawan main bola sama-sama eh.


IMG_5659

page2

Aiseh, eksaited lebih sampai ter-buat macam parti harijadi sendiri lah pulak. Sorry, Kakal.


Dan, baru-baru ni pergi parti harijadi dua pupu kite; Nana dan Sarah.


IMG_5782

IMG_5781

Parti harijadi diorang buat kat rumah Nek Gran dan Ki Ngah. Kat sini, lagi raaaaamai awek cun. Tapi, semuanya dah besar-besar. Semua lagi tinggi dari kite. Susah kite nak ushar sebab terpaksa mendongak nak tengok muka diorang.


IMG_5780

Nasib baik Papa kite tinggi. Dapatlah kite cuci mata sikit tengok awek dari sudut pandangan yang lebih tinggi. Wow, indahnya pemandangan! heh.


IMG_5766

Ini je lah kawan yang sebaya dengan kite. Nama dia Arsyad. Dia pun dua pupu kite. Tengok lah, muka kitorang kan dah nak dekat sama tu. Especially part dahi yang luas dan rambut jarang-jarang gitu. Tapi Mama cakap, bald is sexy, and I couldn’t agree more.


IMG_5775

IMG_5795

Sudahnya, sebab takde awek yang layan, kite membawak diri main belon je. Bila belon meletup, Papa dengan Mama yang menjerit. Kite rileks je. Biasalah Mama dengan Papa tu, drama lebih.


Last but not least,

Parti harijadi Mama yang ke-17! :p


1jun

Akhirnya, dapat jugak kite merasa potong kek. err.. tapi Mama punya lah. Ini kali pertama Mama sambut harijadi sebagai Mama. Hadiah? Pagi-pagi lagi kite dah bagi Mama special kiss bersulam air liur basi pakej sekali dengan cakaran di muka dan rengekan mintak susu. Mama tak marah pun, sebab birthday girl tak boleh marah-marah, kena happy je. hihi


Sekian dulu coretan dari kite.

So, macam mana? Ada bakat menulis blog macam Mama kite tak? :D