Thursday, April 8, 2010

Maxi Dress Hunting.

Seriously, I really want these !!!


colorblock-floral-maxi-dress


maxi

maxi
Gambar ihsan Google.


Kalaulah ada yang berlengan panjang. haih.


Dengan cuaca Malaysia yang makin panas menggelegak sekarang ni, nak sarung bolero, jaket, cardigan atau inner, memang berlengas habis lah. eiuww.


Ada jugaklah ushar maternity dress biasa yang ada riben ikat belakang tu kat ModernMum dan kedai mak-mak yang lain, tapi harga semuanya, uiiiii! *pengsan* Sebab tu aku macam prefer maxi dress. Lepas beranak, masih boleh pakai. Harga pun lebih kurang RM 50 –60 macam tu je.


Lagipun, perut macam ramping lagi (masih tak nak terima hakikat) boleh lagilah kot nak sarung maxi. Nak pakai seluar / skirt macam dah tak berapa selesa lah. Habis gatal-gatal perut ai ni, tau. Bila gatal, mula lah aku nak menggaru. Bila dah menggaru, habislah kena haruk dengan makpak, mertua, laki, geng mak-mak kat ofis, semua orang lah marah aku kata nanti perut merekah. Tapi, serius gatal lah, weh!


So, kat mana nak carik maxi yang kiut dan murah gitu, eh?


Tak kisahlah kedai online ke, offline ke. Oh, yang jual kat luar negara pun takpe, Cfu aku ada Paypal. Dengar cerita, dia macam ada juta-juta... rupiah :p Bila lagi nak paw laki sendiri, kan?


Kan Cfu kann.. kann.. kann.. *leset-leset sikit*



HER : Semalam shopping secara lone ranger. Lepas tu, pengsan sakit satu badan tak hingat punya. Padahal, selama ni, rileks je marathon satu shopping complex.

Monday, April 5, 2010

Belly Dance.

err… ‘Belt’.


Selama ni aku tak pernah kisah pun nak kira BMI (Body Mass Index) sebab aku ni boleh lah dikatakan termasuk dalam golongan yang agak bertuah. Makan banyak, tak payah susah-payah bersenam bagai nak rak, berat badan masih boleh maintain dalam kategori ‘unggul’. ehem.


Tapi, sekarang ni, tiap-tiap hari kemaruk ambik kalkulator kira BMI lepas tu meroyan sendiri (-_-)


Badan yang selama ni konfiden ‘unggul’, kini tidak bernasib baik lagi. Minggu lepas, rasa macam nak tampar muka sendiri bila kira BMI, tup-tup dah terlajak masuk dalam kategori ‘overweight’. Nah, ambik penangan dua mangkuk aiskrim raspberry yang aku pulun sorang diri tanpa rasa bersalah tempoh hari.


Saban hari menangisi ‘pemergian’ baju, seluar, skirt termasuklah undies kesayangan yang dah tak sudi ‘nak kawan’ dengan keadaan fizikal semasa. Barulah aku dapat rasakan perasaan Cfu macam mana tiap kali butang seluar kerja dia pecah/tanggal sewaktu melalui proses metamorfosis fizikal tubuh badan. heh. err.. but I still love you, teddy. No matter what.


Belly Belt Combo Kit

My hero of the day.


belly_belt2

Punyalah susah nak carik benda alah ni. Habis semua tempat aku tawaf, dah habis stok.

Belly Belt Combo Kit ; RM 80++ @ Mothercare, KLCC.


Terlajak perahu boleh undur, terlajak makan?

Tanggungglah kau berat badan berlebihan T_______T


Mana taknya, baru lepas makan, nak makan, lepas makan, nak makan lagi, lagi dan lagi. Orang kata, dah adat orang mengandung, memang lah berat badan bertambah, apa nak risau. Tapi, memandangkan aku ni terlalu paranoid dengan perkataan obesiti, kalau boleh, aku nak pertambahan berat badan tu berlaku secara sihat. Bukan terlalu berlebihan. Kalau boleh lah, kan.


Pipi aku pun dah jadik mainan kegemaran Cfu. Tiap masa dia cubit dan tarik-tarik sesedap rasa. Best katanya. Macam belon. isk.


B&B gath 030

Dalam usaha nak lebihkan makanan serat tinggi dan berkhasiat berbanding aiskrim. Dengan harapan, yang ‘masuk’ berkadar langsung dengan ‘keluar’ :p Quaker Chewy Granola Bars. Ada banyak lagi perisa lain. yumm!


Dan, elok je aku habis taip ni, rasa lapar pun berkunjung tiba. Apa lagi lah jenis makanan berkhasiat dan tak meloyakan yang aku boleh makan sebagai snek kat ofis, eh?


Selain dari buah dan sayur, lah.

Tu semua orang pun tau, kan?



HER : Macam mana lah gamaknya BMI aku 3-4 bulan akan datang. uiiiiii, seram.