Wednesday, February 4, 2009

Realiti TV menyanyi dah macam komedi. Raja Lawak pulak komedi yang tak menjadi.

Lama dah tak cerita pasal penyakit gila meroyan aku dengan TV.


Asyik cerita pasal cinta mekar bahagia burung berkicauan cahaya matahari menyinari bunga-bunga nan berkembang angin sepoi-sepoi bahasa daun-daun pun berguguran yadda yadda.


Sekarang ni, aku tengah kemaruk tengok American Idol musim baru. Tengah peringkat audition la yang best. Ala. Macam tak biasa je. Kan ke seronok gelakkan orang yang duduk melalak tanpa segan silu perasan suara merdu bak bulu perindu di kaca TV dan ditatap oleh manusia seantero dunia.


Siap dengan macam-macam gimik semata-mata nak tarik perhatian juri.


Aku paling tak tahan yang sarung costume arnab, bawak pasukan sorak sekali dan pakai bikini. Bila tang nyanyi, mak oi. Nak je aku rekod balik burn dalam DVD lepas tu pos balik kat orang tu nun kat Amerika sana. Biar dia buat post-moterm sendiri. Dia tu tengah menyanyi ke tengah menyalak.


Kadang-kadang, peserta yang pergi audition ni, macam syok sendiri pun ada. Tak kurang jugak yang pergi setakat nak menyibuk, nak masuk TV. Bukan sebab yang dia tu betul-betul ada bakat menyanyi.


Tapi, tak semua lah. Ada jugak yang betul-betul berbakat walaupun muka nampak macam seposen je. Pakai pun ala-ala je. Sekali dia bukak mulut, nyanyi. Menganga mulut aku ni, hah!


Adegan paling aku suka bila diorang kena reject.


Oh.

Siapa-siapa pun memang susah nak terima rejection, kan.


Tapi, tak perlu lah sampai nak mencarut bagai sampai semua tok nenek perkataan carut pun keluar siap tayang jari hantu merata maki juri pekak, bodoh dan tak reti menilai apa muzik yang dia cuba bawakan. Lagi parah, air mata mencurah-curah keluar mengalahkan orang yang mati anak. Dengan nyaris nak pengsan sesak nafas sampai terduduk segala.


Oh lagi.

Tak segan ke diorang bila tengok balik siaran ulang tayang tu nanti. Lagi pulak saudara-mara, sahabat handai, jiran tetanggga malah satu dunia duduk depan TV menonton sama.


Oh. Dan oh lagi.

Bila difikir-fikir balik. Orang sana kot. Dah memang jadik budaya dia agaknya.


Tapi, malam kelmarin, bila tengok One In a Million, orang-orang kita pun lebih kurang sama je fi'il nya. Panjang jugak harakat kata-kata carut yang keluar bila tak diterima. Samalah panjangnya dengan jari hantu mereka. Siap boleh kutuk suara juri tu pun bukanlah sedap mana. Amboi. Belajar lah terima kekurangan diri sendiri, dik oi. Tak cukup dengan jari hantu, jari telunjuk dia pun sibuk nak tunjuk orang lain punya salah.


Oh. Dan oh lagi. Dan oh lagi.

Ada lagi perkara lain yang lebih sentap daripada jari-jari hantu dan ucapan sulam carut, rupanya.


"..sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya..."


Oooohhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!!

Eh, ini bukan Oh lagi.

Ouch! Auuwww!

Monday, February 2, 2009

Fantasia Bulan Madu. Oh.

Amaran : Ini adalah entri yang bakal menaikkan hormon jeles kamu-kamu yang masih bujang di luar sana. Juga membuatkan pasangan yang dalam tempoh pertunangan rasa macam nak suruh tok kadi nikahkan esok jugak. Hah.
Sila baca atas tanggungan risiko sendiri.
Jangan kata aku tak warning awal-awal.

***********

Destinasi cinta ke-2.

Yang pertama?

Oh. Itu rahsia.

Pada aku, bulan madu sebaik selamat diijabkabulkan adalah sangat privasi dan bersifat peribadi. Sebab itulah masa untuk kenal pasangan dengan lebih intim. Tahu semua yang 'busuk' pasal dia selepas hidu yang bau yang wangi-wangi saja.

Oleh itu, destinasi pertama mahu simpan untuk diri sendiri dan suami sahaja.

Peram sendiri dalam hati kami.
Biar manis sentiasa.
Hingga akhirnya.

Sebab itulah namanya bulan madu, kan?


Ayuh mulakan dengan gambar ala Mawi dan Ekin sedang berbulan madu di awan biru nih.
Versi tak pakai Tshirt Polo dan Mawi berambut Beatle.


Berlabuh kat Pearl Harbour selepas berjam-jam mabuk laut.


Seperti rusa masuk kampung, kami terus jalan-jalan, berdua-duaan, berpimpin tangan, tanpa arah tujuan, menikmati pemandangan. Alangkah indah!


Masih mabuk laut, kami tertanya-tanya dalam hati,
"Kat mana ni?"


Oh. Dah sampai Atlantic City.


Eh eh. Kat Atlantic pun ada nasik lauk cencaluk kah?


Macam pool kat rumah aku pun ye jugak.
Takkan la kat Puchong lagi dari tadi.
Mabuk laut lagi agaknya kot.


Bukan kat Atlantic City la. Macam kat Malibu je nih.


Banyak minah-minah seksi pakai bikini.
Betul lah kami ada kat Malibu ni.


Agak-agak mabuk laut tu dah macam reda, lepak-lepak lah kat sini. Minum air batu campur kongsi berdua kat tepi pantai.
Sangat seksi.


Dengan lelaki seksi ini.

(Sila abaikan lelaki yang di belakang melainkan kamu rasa dia lah
lelaki seksi yang dimaksudkan.)


Kata lelaki seksi ni, nama tengah dia Mashimaro.


Malam menjelang, Parti BBQ dihidang.


Makan sampai telentang.
Lepas tu, lepak kat pool. Sun tanning.
Kalau Caucasian sun-tanning siang hari, aku buat di malam hari.
Kurang risiko nak dapat kanser kulit.


Esok hari, terjumpa lagi lelaki seksi ni.
Terus menggedik ajak dia jalan-jalan sekali.


Naik basikal dulu se-round dua.
Tak lupa jugak 4 ketul fried chicken wing dalam plastik merah tu.
Pengganti biskut Tiger, biskut tenaga.


Masa jalan-jalan kat pantai.
Baru sedar, ini bukan Malibu.
Ini Bali lah.


Apa lagi. Terus carik port baik punya nak lepak.
Tunggu matahari terbenam.


Dah duduk berdua-duaan tu, maka cinta pun mula berputik di hati.


Mula-mula, segan.
Duduk jauh sikit.
Takut kena tangkap basah.


Matahari hampir terbenam.
Suasana sangat indah.
Duduk pun makin dekat.
Tak tahan.

"Saya tak dapat tahan perasaan."
(Macam pernah dengar je dialog ni. Tapi, di mana ya?)


Kepala dah lentok.
Mula la nak berlagak seperti si Bunga dan Sinclair yang asyik-masyuk dilamun cinta sampai tak ingat dunia.
Nyaris-nyaris dah tu nak buat siaran ulang tayang.


Sudahnya, main istana pasir je.
Sebab takut kena kantoi dengan paparazzi.
Payah pulak nak kena buat press conference bagai nanti.


Masa nak balik, baru perasan bumbung hotel tu macam rupa Minangkabau. Uikss. Macam kat Nogori je ni.

Siap ada signboard besar tulis,

Selesa Beach Resort,
Port Dickson.

**********

Apa lagi?

Pergilah bercuti.

Segala-gala nya ada di Malaysia.

Takyah nak mengada-ngada agungkan luar negara best lah, cantik lah, itu lah, ini lah, kalau negara sendiri pun tak habis round lagi.

**********

Untuk yang masih belum bernikah.

Sesungguhnya, bercinta lepas kahwin adalah sangat BEST.

Lebih membahagiakan.

Sebab takyah nak risau pandang kiri-kanan, nak keluar jalan-jalan tepi pantai, balik tengah malam-malam buta, boleh bersekedudukan, dating 24 jam, berpeluk sakan, takde siapa nak marah, jiran-jiran takde tengok sambil jeling sinis sampai nak juling, takde lah diorang sibuk-sibuk nak report kat JAIS ke apa.

Sila lah. Kalau dah berkemampuan.

Cepat-cepat suruh mak kamu masuk meminang si dia.


Kita sudahi entri kali ini dengan gambar tipikal anak-anak remaja dalam Friendster, MySpace dan sebagainya ni. Versi cermin pandang belakang.