Friday, January 23, 2009

Gula-gula hati saya.

Dia selalu bertanya,


"Kenapa aku cinta dia?"


Sambil tersenyum dan genggam erat tangan dia,
aku menyusun kata,


"Takde sebab."


Dia pun akan tarik muka. Muncung sedepa.



Walau dia suka habiskan biskut bantal yang baru aku beli semalamnya.
Walau dah jadik tabiat, curik nasik dalam pinggan aku yang belum habis dimakan.
Walau dia selalu cepat-cepat makan dan lari sebab tak nak basuh pinggan.


Itu bukan jadi SEBAB untuk tidak cinta dia.


Walau dia selalu terlena atas riba tatkala mulut aku masih sibuk berceloteh pasal cerita Heroes di kaca TV.
Walau tiba-tiba dia terjaga sebab mengigau dan terus capai remote control tukar siaran bola.
Walau dia tak pedulikan aku ketika leka main FIFA.


Itu pun bukan jadi SEBAB untuk aku tak cinta dia.


Aku cinta dia tanpa SEBAB.


Kerana pada hemat aku,
kalau aku cinta dia ada SEBAB-nya,
bila tiba-tiba nanti,
Tuhan tarik balik segala SEBAB itu,
maka aku takut itu akan jadi SEBAB-nya,
untuk aku tidak cinta dia lagi.


23 Januari 2009.
Selamat hari lahir ke-25, cinta.


Cinta kamu, sampai syurga.



HER : Dah hampir seminggu, solat aku tiada imamnya, tidur malam tiada pendodoinya. =(

Monday, January 19, 2009

Macam ni lah orang kita. Tak kira kat mana-mana. Tak peduli siapa. Tak kisah pukul berapa.

Pakai tudung hitam dan berjubah.

Aku duduk berteleku kat tepi tiang seri rumah kampung Melaka tu.

Sedang mengumpul kekuatan untuk menyeka air mata daripada terus merembes keluar membasahi pipi yang bukan macam pauh dilayang. Lalu melunturkan bedak kompak mahal yang ditempek kat muka secara segera untuk tutup ketidaksempurnaan yang ada.

Di tangan ada surah Yassin.

Di ruang tamu sana sekumpulan lelaki sedang mengelola tahlil secara bergilir.

Di depan ada Mak Teh tengah menyapu air mata dengan sapu tangan kecil warna biru. Sambil mengetap bibir menahan sebak yang tak terhingga.

Di sebelah kanan ada Cik Ida yang sedang tunduk, sembunyikan muka yang merah dan dah naik sembab. Bibir merah dia habis kering sebab terhidrat dek kerana tak sudah-sudah dibasahi air mata yang masin.

Tapi, orang-orang di sebelah kiri aku, bibir mereka, tak pernah berhenti terkumat-kamit.

Tak ambil peduli pun berapa baldi dah air mata aku, Mak Teh dan Cik Ida serta kaum keluarga yang tumpah pada dinihari tu.

Bila didekatkan telinga, dengarlah butir bicara mereka.


"Dia berdua pergi sana ada mesyuarat guru besar lah. Masa balik Johor lah kena."

"Eh. Tak lah. Diorang poie umah adik arwahnya kat Terengganu."

"Dia berlanggar dengan Honda Jazz yang makan jalan."

"Oh. Tadi kata langgar lari. Ada tiga kereta."

"Cedera teruk sangat ni. Langgar dengan lori agaknya."

" Anak-anaknya takde. Dia berdua je. Jalan-jalan lah agaknya."

"Camano jadik nye, eh?"

"Tu telefon bunyik. Jenazah dah sampai Gemencheh kot. Dekat dah ni."

"Belum lagi lah. Kat Muadzam lagi tadi. Tengah berhenti rehat. Ngantuk katanya. Mesti sampai lambat sikit."


("Kamu fikir lah apa dialog-dialog yang lainnya. Aku tak kuasa nak dengar dan imbas semula. Sebab aku menyampah. ")


Dalam satu majlis tahlil arwah, dalam pada sedang sebak menunggu jenazah orang yang tersayang tiba, aku umpama bergelumang dalam lumpur semata-mata untuk khusyuk meneruskan bacaan surah yassin tadi.

Hingga menyaringkan suara, melagukan Yassin dalam nada hampir manyamai Raaz, berperang dengan suara-suara sekeliling yang bercerita perihal yang mereka pun belum tentu tahu akan sah dan batil nya.

Yang kami; kaum keluarga terdekat pun belum tahu-menahu kisah sebenarnya lagi.

Aku dikelilingi oleh orang-orang seperti ini.

Yang memakai topeng seorang prihatin dan sedang berusaha memenuhkan tanggungjawab fardhu kifayahnya. Sedangkan di sebalik topeng tu, tak lain dan tak bukan, adalah si penjaga tepi-tepi kain orang.

Padahal kain sendiri terkoyak, dia tak sedar, dia terlepas pandang.

Aku dikelilingi oleh orang-orang seperti ini.

Yang berebut-rebut nak tengok muka arwah sewaktu kain kafan diselak, hingga sanggup bertolak-tolak dengan kaum keluarga arwah, yang tengah bertungkus-lumus berusaha nak seka air mata, sebab tak mahu jenazah rasa terseksa kalau air mata jatuh tatkala memberikan kucupan selamat tinggal.

Sampai hati mereka seksa jiwa raga kami, sibuk berhimpit sekali, semata-mata nak tengok jenazah dan kemudiannya berkata,

"Oh. Besar orangnya."


Terima kasih je lah sebab sudi datang ziarah.

Sudah-sudah lah.