Dah terang lagi bersuluh, walaupun dalam career test ni dah suruh aku pilih beraneka ton warna sampai berpuluh-puluh, warna dominan aku tetap MERAH.
Kalau ikut tafsiran identiti di sebalik warna yang biasa kita dapat kat forward email tu, MERAH melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi. Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Pelik jugak apasal aku ada tekanan darah rendah. Kata warna merah tu menaikkan tekanan darah.
Kadang-kadang, rasa macam nak jugak lah tukar warna. Macam adik aku kata, sesekali nampak aku pakai warna biru, sejuk je mata memandang. Sebab tak nak jugak jadik terlalu obses dengan satu warna je macam Mak Merah yang maintain vogue walaupun dah beranak dua ni. Warna lain dia tak nampak dah.
Tapi, sudahnya, belek-belek barang warna lain, merah jugak yang aku pilih. Merah jugak lah yang nampak lawa kat mata aku ni. Dari sofa sampai la ke warna tong sampah. Semua nak merah. Kereta aku dulu pun warna merah. Kawan-kawan yang rapat dengan aku, tau lah berapa banyak barang aku yang warna merah. Mujur masa kahwin hari tu, aku tak gila nak merah semua. Mau juling mata semua orang yang datang.
Jom cuci mata kejap.
Tengok koleksi MERAH aku. Agak-agak takut mata silau, hampir juling atau khuatir dijangkiti katarak, sila pakai cermin mata hitam. Pastikan yang ada penapis UV dan sinaran ultraungu, ye.
Barang-barang kat dapur. Glove tu beli masa kecemasan, tak jumpa warna merah, yang ada belang-belang merah pun jadik lah. Yang ala-ala pink sikit pun ok lah, asalkan berasal dari kaum keluarga merah.
Jengah kat bilik pulak. Baju sah-sah la banyak warna merah, kan. Penyapu kecik dengan bakul baju kotor pun aku belasah merah jugak. Sejadah pun nak merah. Nasib baik la takde jumpa kain telekung warna merah.
Tak lupa juga sofa merah kesayangan.Dalam keluarga, mak aku jugak seorang peminat warna merah. Dia ada dua handphone, dua-dua warna merah. Baju dia yang penuh 3 almari tu, majoritinya merah. Nyaris-nyaris je dia nak beli kereta warna merah, tapi takde stok pulak dah.
Jadi, kamu tau lah dari mana datangnya 'gen gila merah' aku ni.
Wah.
Jauh menyimpang.
Berbalik kat hasil ujian kerjaya berdasarkan warna tadi, inilah hasilnya. Letak yang Top 20 je lah ye.

Bila diteliti satu-satu, banyak pulak kerjaya yang melibatkan public relation macam real estate, marketing, performing arts, interior design dan reporters. Memang tu lah sebenarnya kecenderungan aku kot. Aku memang suka kerja yang melibatkan jumpa orang ramai. Yang setiap hari kita buat perkara berbeza. Kalau mengajar, jumpa ramai orang jugak, tapi, hari-hari buat benda yang sama. Bosan.
Tu lagi satu masalah aku. Cepat bosan dengan satu-satu benda. Dah nama pun bintang Gemini, kan. Jangan satu hari nanti, aku bosan jadik penternak blog, sebab dapat 50-60 ringgit je dari Nuffnang. Tiba-tiba nanti, aku nak jadik penternak kambing biri-biri lah pulak. Takpun ayam serama. Untung-untung boleh dapat 500 - 600 ringgit tiap seekor. Makcik kayoooo!
Eh.. eh..
Perasan tak, yang nombor 13 tu?
Culinary art (chef and cook).
Gulp.

Lenguh aku nak membuat muka sesuci embun pagi ni tau.
Takde siapa percaya yang aku pernah jadik juara.
Aksi wajib. Kalau tak buat, rasa bersalah je.

Pura-pura jadi seorang anime. Menonjolkan gigi arnab di depan.


Peluk beruang.





Siapa korek hidung batal puasa.








