Friday, January 29, 2016

Adam Harith Si Pejuang Kecil.

Sewaktu mengetahui kewujudan Adam Harith dalam rahim, masa tu baru dalam sebulan kami sekeluarga pulang dari mengerjakan umrah. Seingat aku, memang ada doa sungguh-sungguh untuk mendapat zuriat kat tempat-tempat mustajab untuk berdoa masa kat Mekah dan Madinah, tapi bukan untuk diri sendiri, sebaliknya menyampaikan doa kiriman kawan-kawan yang masih belum berezeki. Tak sangka pulak, lekat kat diri sendiri. Tak tahu lah kot Cfu doa senyap-senyap untuk diri sendiri (-_-“)

 

Yes, it was unexpected but a very pleasant surprise!

Mengenangkan umur pun dah masuk 30 series, it was such a good timing lah untuk menambah bilangan ahli keluarga. Target nak ‘tutup kilang’ bila dah sampai umur 35 tahun, tapi tengok lah rezeki Allah nak bagi takat mana. Cuma, bila mengandung dah makin berumur ni, memang jauh bezanya. Faktor jarak kehamilan 2 tahun berbanding 3 tahun sebelum ni pun memainkan peranan, kot. Nak-nak pulak Caesarean kan, healing process nya makan masa. Seram jugak nak tengok scar bila perut makin stretch. Ouch!

 

P1110095

Tepat jam 11.37 pagi 23 November 2015, kedengaran suara tangisan anak ketiga kami selamat dilahirkan ke dunia. Seakan ada suatu perasaan yang mengharukan menyelinap ke segenap tubuh. Syukur, Alhamdulillah.

 

Sama seperti pengalaman pertama pada tahun 2010 dan kedua pada 2013.

Syukur masih diberi peluang untuk merasai nikmat perasaan tu. Biarpun pelbagai cabaran dihadapi sepanjang mengandung hampir 40 minggu, setiap kali terdengar suara tangisan anak buat pertama kali, seakan rasa lega, terharu, gembira bercampur-baur tak tahulah nak gambarkan perasaan tu macam mana. Dan, tiba-tiba jadik selim secara segera sebab dah hilang 10 kilo dan-dan tu jugak. Mau tak suka. heh

 

P1110098

Proud moment.

Masuk pengalaman kali ketiga, Cfu dah makin macho menghadapi huru-hara dalam Operatioan Theatre. Cool je dia kali ni. Siap boleh selamba tengok dan cerita macam mana proses A to Z dari mula doktor belah, keluarkan baby, sampai lah jahit semula. Lepas tu, sempat pulak beritahu yang dia seriau perhati doktor potong lapisan demi lapisan lelemak manja kat perut aku. Kuajaq, kutuk secara halus, gitu. Sentap Mak.

 

Adam Harith; nama pilihan Abang Alfiy.

Berbeza sewaktu menamakan anak pertama dan kedua, yang mana aku lebih berkuasa dominan atas alasan penat mengandung dan sakit melahirkan. Kali ni, aku terpaksa fight dengan kuasa seorang anak sulung pulak. Alfiy sibukkkkkk nak namakan adik dia dengan nama kawan-kawan kat skool dia. Habis keluar semua nama BFF dia. Masih mengekalkan initial AH sebagai signature kami anak-beranak, adalah few names yang di shortlist kan untuk Alfiy pilih. Habis semua dia reject. Alfiy tetap dengan pilihan dia.

 

Dalam banyak-banyak nama BFF Alfiy, adalah jugak yang kami berkenan dan kena dengan initial AH. Salah satunya, Adam Harith. Dan, kebetulan pulak, Cfu dah lama berkenan dengan nama Harith tu sejak baby dalam perut lagi. Nama Adam pulak, biarpun common dan melambak-lambak colleagues yang menamakan anak dengan nama tu, nama Adam memang my all-time-favorite macam yang pernah aku cerita kat entri Dilema Nama suatu ketika dulu. Maka, genap usia baby 7 hari, kami mintak Alfiy muktamad kan pilihan nama adik nya. Dan, dia pilih Adam Harith. Confirm, katanya. Kemain.

 

P1110132

Hari kedua.

Aku baru bangkit dengan penuh kepayahan dari katil pagi tu, siap terkencing-kencing nak pitam bagai (sakitnyaaaa bila teringat semula) dan duduk kat kerusi, lalu terpandangkan pemandangan yang sungguh unbelievable ini. Anak Mak dah tigaaaaa, weh! Macam mimpi pulak rasa *slapface*

 

P1110150

Hari ketiga; nak discharge dari hospital.

Siapa sangka, di sebalik perasaan gembira selepas melalui cabaran fasa kelahiran dengan penuh jaya dan perasaan teruja nak menempuhi kehidupan baru beranak tiga, rupa-rupanya ada cabaran yang lebih besar sedang menanti, yang benar-benar menguji kewibawaan kami sebagai Mama dan Papa.

 

Biarpun agak reluctant pada mulanya, kami akhirnya akur dengan pilihan nama Adam Harith yang membawa maksud ikutan,tauladan dan kuat, berusaha kerana sangat cocok dengan kekuatan luar biasa yang dimiliki anak kecil ini sewaktu menghadapi fasa awal usia kehidupannya. Sungguh, ia menjadi tauladan kepada kami sekeluarga.  

 

 

HER : Lepas ni bermulalah episod entri bersiri. Jenuh jugak nak mengarang ni.

Monday, January 25, 2016

Hello World! #3rd Edition.

P1110096

Fresh from the oven.

 

Ah-ha! Elok je lepas up entri pasal 3rd pregnancy, tup tup entri seterusnya dah pop out. Umur baby pun dah masuk dua bulan. Panjanngggggg cerita nya kenapa entri kelahiran ni tertangguh kemain lama. Nantilah pelan-pelan aku cerita secara bersiri. Pada yang mengikuti di laman IG, mungkin dah tau sikit sebab kat situ dah jadik macam micro blog Xeatopia.

 

Walau banyak mana pun laman sosial lain, entri blog mesti kena ada. Ini dah jadik macam arkib kehidupan kami anak-beranak. Banyak perkara akan dirujuk semula ke sini. Contohnya, nak banding berat kelahiran anak-anak terdahulu pun, korek entri lama. Dah manjang bergaduh dengan Cfu pasal berat anak. Helllooo kite yang beranak, kot. Walaupun dah banyak urat yang putus, tiap sorang berat masa lahir tu tersemat utuh dalam kepala ni tawww.

 

P1110143

ADAM HARITH BIN MUHAMMAD HAFIZ

23.11.2015

11.37 am

3.90 kg, 52 cm

Hospital Columbia Asia, Puchong.

 

Proses kelahiran berjalan dalam keadaan baik dan lancar. Tak ada trauma, komplikasi dan sebagainya. Baby pun sihat Alhamdulillah sewaktu dilahirkan. Proses recovery lepas kelahiran pun agak cepat sebab dah masuk pengalaman ketiga, kan. Semuanya baik-baik saja, sehinggalah masuk hari ke-4 selepas kelahiran. InsyaAllah akan diceritakan dalam entri akan datang.

 

Selamat datang, anakanda yang dikasihi. Moga sentiasa dilindungi Tuhan, terus mendatangkan bahagia dan cinta buat keluarga kecil kami (yang makin berkembang, nampaknya) Sungguh, setiap anak itu memang pembawa rezeki.

 

Much love;

Mama Xeea, Papa Cfu, Abang Alfiy & Kakak Syana

:))