Ada beberapa sebab aku menghilang agak lama sebelum ni.
Nak tahu kenapa?
Sebab ni.
Sebijik durian runtuh telah jatuh ke riba.
Lalu, telah memberikan sinar kebahagiaan di wajah berminyak perempuan berperut boyot ini.
Tanpa membuang masa, terus meraikan bersama yang tercinta.
Grilled Norwegian Salmon served with Garlic Scampi Butter, rice and toasted garlic seared broccoli. Hambik ko. Terbelit lidah Jawa aku nak menyebut. Western habis dah tuh.
Wajah-wajah teruja kejakunan yang tak dapat nak dibendung lagi.
Bukan setakat tu je, tau.
Dah nama pun orang kaya baru, kan. Apa barang setakat pergi makan-makan. Paling kurang, nak jugak beli barang yang boleh dibuat kenang-kenangan seumur hidup.
Maka, tanpa ragu-ragu lagi, terus melabur membeli sebijik banglo. Lengkap dengan gelanggang bola keranjang dan pak guard nya sekali.
Lepas dikira-kira tolak hutang semua, masih ada lagi baki yang boleh diguna. Selamba tempah tiket kapal terbang kelas pertama pakej pelancongan 7 hari 7 malam pergi sini..
.
.
.
Jeles tak?
Merasa jugak aku nak kutip salji Korea dan petik strawberi Cameron Highland.
Ok, ok.
Perenggan dua dan ke bawah tu semua berangan je.
Ini salah satu sebab kenapa aku suka blogging selain daripada dijadikan tempat muntahkan emosi, merapu dan mengutip duit tabung. Biarpun hanya kenal melalui alam maya, The MrsSyediz telah sudi mengirimkan serpihan Winter Sonata kepada perempuan yang mengidam nak terbang ke sana tapi entah tahun bila boleh dapat ntah. Terima kasih yang tidak terhingga. tsk.
HER : Nah, masih lagi tak percaya yang blogging pun boleh kumpul duit? Terutamanya kat adik-adik pembaca yang rajin email tanya Nuffnang tu betul ke tak. Percayalah. Cuma perlu rajin usaha. Mana ada benda percuma kat dunia ni, dik :)
perut dah nampak dah!comel! pasni jumpe bleh la kite lawan2 laga perut. hahah.. :P
ReplyDeletewah boleh beli sebijik rumah dgn duit nuffnang????hebatttt!
ReplyDeleteamboi perut dia dah comel
ReplyDelete1st: kagum dengan usaha nuffang ko, aku dah lama givap...
ReplyDelete2nd: tempat mkn yg superb..kat ner lokasinyer?...
3rd: nampaknyer ko mmg sama ngan bini aku, pandai mentembamkan suami tanpa rasa simpati..hehehhe...
4th: rumah yg canteeekkk.. aku pon nak berangan jugak ah...
5th: Semoga ko n baby ko sihat sejahtera...
nti baby dh keluar, lg byk rezeki Allah bagi ;) bolehlah bk baby dtg jalan2 ke korea :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete;D
ReplyDeletesame2 wahai ibu mengandung. moga cepat jangkit kt saya.
amin.
bila due ni cik kak?
huhhu, ni dpt 3 ribu ke 3 juta nih? siap bole beli rumah banglo? gagaga. rezki murah...seronokkkan :D
ReplyDeletebestnyer .. congratz rezeki semakin murah :)
ReplyDeletekenapa notes kt bwh entri ko ni buat kn aq terasa? owh..saya nk jd kaya jugak!! ="(
ReplyDeletemisha :
ReplyDeletemasih comel, kah? :p
farah :
eishhh. mane ada. biasa2 je tu. hikhik
nurul :
dlm gambo je mcm comel kot. tengok live, baru tau comel ke tak. huu
zul :
1. uish. jgn cepat givap. usia masih muda.
2. tony roma's kat sunway pyramid. kat the curve pun ade.
3. owh. ai mmg ada bakat semulajadi :p
4. berangan je lah dulu. harap2 boleh jadik kenyataan.
5. aminnnnn :)
yatie :
insya'allah. mudah2an. err.. rasanya, blom dapat lagi fridge magnet dari jepun. ehem *hint hint*
mrs syediz :
terima kasih daun keladi, lenkali bagi lagi :p insyallah, due raya puasa taun ni. awk dtg bawak rendang ye nanti. hee
hanie :
uishhh. opkos laa 3 juta! :p
hana :
alhamdulillah. sikit sama merasa :)
yanmok :
eh eh. terasa, kah? hahaha chaiyok2!
salam,puan afziha wa bestnya.. bilalah ayie nak beli banglo.. lalalala
ReplyDelete