Masuk hari keempat, kami tiba agak lewat ke NICU Putrajaya.
Dah terlepas waktu melawat tengahari. Dalam pukul 3.30 petang camtu, aku mintak izin security guard untuk masuk menyusukan Adam. Hanya ibu yang menyusukan je dibenarkn keluar-masuk NICU di luar waktu melawat. Ini kali pertama dalam tempoh sepanjang melawat Adam di NICU, aku terpaksa masuk dulu. Biasanya, Cfu akan masuk dulu, jumpa doktor, kemudian akan keluar dan updates apa-apa yang patut sebelum aku pulak menyusul. So, setiap kali tu, aku masuk dalam keadaan ín the know and what to expect. Selepas arguments dengan doktor bertugas semalam, kami tak meletakkan harapan tinggi on treatment progress. Tapi, aku dah bersedia dengan semua maklumat, siap dah karang dialog just in case kena berdebat dengan doktor lagi kalau masih takde perubahan atau diambil tindakan segera terhadap kes Adam.
Masuk NICU, aku terus meluru ke bilik Adam. Tak sabar nak menyusukan dia sebab rasa dah engorged sangat. Awal-awal lepas kelahiran, memang susu membuak-buak. Pumping tak efektif sangat berbanding direct feeding. Tapi aku jadik panik sekejap bila tengok Adam takde dalam biliknya. Cuba berlagak cool, aku anggap Adam dah dipindahkan ke bilik satu lagi, di mana kebanyakan baby nak discharge ditempatkan. Sekali hampa, Adam tak ada dalam tu. Hati dah berdegup kencang, terus tanya nurse kat kaunter.
“ Mana anak saya? Baby of Afziha? “ tanyaku sambil tersenyum kelat.
“Oh, yang muntah-muntah tu ye? Dah pindah kat belakang.” jawab nurse sambil menunjukkan jalan.
Dengar je nurse sebut ‘kat belakang’, muka aku dah biru. Tangan kaki pun jadik sejuk. Sebab aku tahu kat bahagian belakang khas untuk baby yang perlukan perhatian rapi. Yang kena duduk dalam inkubator dan disambungkan dengan segala macam bentuk mesin wayar bagai. Langkah aku berterabur menuju ke belakang. Dalam hati berdoa tak henti-henti. Mintak Allah kuatkan semangat.
Bunyik mesin bersilih ganti, mata aku masih tercari-cari di mana Adam.
Nurse tunjukkan baby cot Adam. Ada betul-betul kat depan kauter nurse. Dia tengah tidur. Nampak letih sangat, rupanya. Ada mesin apa entah yang disambungkan dengan wayar kat tapak kaki Adam. Kat mulut ada tiub yang disambungkan dengan beg plastik yang penuh dengan cecair pekat berwarna hijau. Ya, muntah kuning yang misteri tu dah bertukar warna hijau, completely. Nurse kata, Adam dah dipuasakan sejak pukul 3 pagi tadi, sebab tu dia nampak sangat letih, banyak menangis kelaparan. Aku usap-usap tangan dan pipi Adam. Nampak susut sangat dah pipi dia yang tembun tu. Macam sedar Mama dia datang, Adam terus mencebik-cebik menangis. Nak mengadu agaknya. Kesiaaaann anak Mama. Nurse tolong angkat Adam, suruh pujuk dan dodoikan dia. Aku peluk, cium bacakan selawat, bacakan zikir di telinga Adam.
Air mata aku dah mula bergenang.
Mata macam berpinar. Cepat-cepat nurse hulurkan kerusi untuk aku duduk sebelah Adam.
Doktor datang dan beritahu yang mereka dah buat scanning. Findings menunjukkan ada abnormalitis pada sebahagian usus Adam. Istilahnya ‘malrotation’. Doktor pakar sedang berbincang dengan pakar-pakar di Hospital Kuala Lumpur untuk tentukan tindakan rawatan selanjutnya. Keputusan perbincangan akan dimaklumkan hari ni jugak, paling lewat, petang ni. Besar kemungkinan akan melibatkan pembedahan di HKL kerana di Hospital Putrajaya takde pakar bahagian surgikal usus. Dengar je perkataan ‘pembedahan’, aku jadik makin takut. Sepanjang mendengar penjelasan doktor, bersungguh-sungguh aku seka air mata taknak bagi tumpah. Muka aku terasa panas dan merah. Aku rasa overwhelmed. Terlalu banyak maklumat untuk aku telan pada masa tu. Kritikal. Malrotation usus. HKL. Pembedahan. Otak aku macam tak boleh nak proses semua maklumat tu dalam masa serentak, seorang diri. Aku pandang sekeliling, tengok semua baby dalam inkubator, tak sedarkan diri. Dah terbayang Adam macam mana nanti. Bunyik mesin makin menusuk telinga. I really need my husband at that moment. Empangan air mata ni dah macam nak pecah, tapi gigih menahan. Tak nak bagi Adam rasa yang Mama dia tengah sedih.
Doktor usap belakang aku, cuba untuk menenangkan.
Aku mintak diri untuk keluar sekejap.
Sebaik je nampak kelibat Cfu kat luar NICU, air mata aku dah tak dapat ditahan-tahan lagi. Cfu terus meluru dan memeluk aku. Mengongoi aku menangis macam budak kecik masa tu. Legaaaaa sangat lepas dapat menangis. Macam satu beban yang sangat berat terlepas kat bahu. Rasa macam perasaan letih berteka-teki selama ni hilang sekejap. Perasaan bercampur-baur. Sedih, takut, lega pun ada sebab akhirnya treatment progress semakin baik dan dah nampak hala tuju nya. Perlahan-lahan aku cuba cerita semula apa yang doktor sampaikan tadi. Cfu dengar je tanpa banyak soal. He was more mentally and emotionally prepared than me. Dia kan banyak google info kat internet, so dia macam dah bersedia untuk terima berita macam ni. Unlike me, macam still in disbelief and in denial mode. Tambah pulak dengan hormon lepas bersalin yang carca marba. Sampaikan mak guard NICU datang menghampiri. Hairan tengok aku menangis teresak-esak tadi, agaknya.
Tiba waktu melawat petang tu, aku suruh Cfu yang masuk.
Biar dia yang berbincang dengan doktor. Aku tak sanggup dah nak duduk dalam tu lama-lama.
Hasil perbincangan doktor pakar, Adam akan dihantar ke HKL hari ni jugak, secepat mungkin. Tapi, setakat ni, takde katil kosong kat NICU. Bila ditanya hospital lain yang available, doktor beritahu PPUM dan HUKM tapi buat apa nak bayar mahal, sedangkan kat HKL lebih murah, katanya. *sigh* It is not about money, doctor! We’re talking about live, here. About our child. Our Adam Harith. Cfu segera maklumkan yang aku government servant, tak jadik masalah lah kalau refer ke mana-mana hospital kerajaan, pun. Sungguh kalaupun kena bayar jugak, tak jadik isu besar kat sini. Kami hanya mahukan anything best for our baby. Doktor pun setuju untuk contact HUKM dan PPUM jugak.
Sambil menunggu, kami melayan kawan-kawan sepejabat Cfu yang datang menziarah.
Leka sekejap aku melayan diorang berborak, hilang sikit rasa gundah-gulana. Tak lama lepas tu, doktor senior maklumkan yang HKL dah respon, Adam akan dihantar ke sana dengan segera. Adam dipersiapkan dengan rapi untuk dipindahkan ke HKL. Strecher yang menempatkan Adam dah serupa macam kapal angkasa lepas. Badan Adam di strap kuat, hanya ada dua lubang untuk intai dia kat dalam tu. Betul-betul serupa macam angkasawan dalam roket. Doktor ambik darah aku, kumpulkan dokumen dan buat pengesahan, then off we go to HKL lepas Maghrib hari tu.
On the way ke HKL, kami sempat singgah balik rumah. Tapaw makanan sikit, bungkus kain baju, tapi duduk dalam kereta je lah. Tak masuk rumah pun. Mak yang tolong prepare semua. Mujur lah Mak dengan adik aku ada kat rumah. Tolong tengok-tengokkan Alfiy dan Aisya. Beberapa minit lepas tu, doktor call. Tanya kami kat mana, ambulans dah sampai HKL, katanya. Mak oiii lajunyaaaaa! Kelam-kabut jugak kami bergegas lepas tu. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, takde sangkut traffic jammed sedangkan tu memang peak hour orang balik kerja.
Tiba di Institut Pediatrik HKL, kami di sambut oleh doktor senior dan staff nurse Hospital Putrajaya.
Doktor bagi briefing sikit dan tunjukkan wad mana Adam ditempatkan. Kami terus ke wad KK9; NICU HKL. Suasana NICU sini memang kelihatan agak usang nak dibandingkan dengan NICU Putrajaya. Peraturannya tidak begitu ketat. Parents diberikan pas dan bebas keluar masuk wad 24 jam sehari tetapi dinasihatkan sampai jam 10 malam sahaja untuk beri laluan kepada pesakit berehat secukupnya. Setiap bilik ada kategori seperti surgikal, medikal dan rawatan. Adam ditempatkan kat bilik surgikal. Ada 4 orang baby je dalam bilik tu, dan dijaga oleh seorang staff nurse. Mula-mula tu kami macam agak takut-takut je sebab tak tahu lagi environment kat situ macam mana. Turns out, kami lebih selesa dengan polisi dan layanan di NICU HKL despite of rupa fizikal nya yang agak tak semenggah. Yek lah kan, antara hospital tertua di Malaysia.
Baru nak meninjau keadaan, aku perasan ada seorang lelaki berusia lebih kurang lewat 40-an, berbaju batik dan berkopiah duduk sambil menyemak semua dokumen rawatan Adam. Dalam pada tu, dia bertanya macam-macam kat aku, pasal history kelahiran, ubat apa yang aku makan, ada makan jamu atau tidak. Dalam hati masa tu dah tertanya-tanya siapa pulak’lah pakcik ni dok bertanya macam-macam kat aku. Bila Cfu tanya kat nurse, rupa-rupanya ‘pakcik’ tu adalah doktor pakar yang attend kes Adam. Lepas sesi soal jawab dan briefing, pakar tanya kami ada nak ke mana-mana tak. Kalau nak balik rumah ke, dia mintak kami sign consent untuk pembedahan dulu.
Dengar je perkataan pembedahan, aku dan Cfu serentak tanya,
“Nak operate malam ni jugak ke doktor?”
“Yes, kita scan sekali lagi, kalau confirm malrotation, operate malam ni jugak. Buat apa nak tunggu lagi. Kita tak tahu esok jadi apa.”
Tergamam aku dengan Cfu kat situ. Kami betul-betul tak menjangkakan it will be this soon. Sebab doktor Hospital Putrajaya kata datang HKL malam ni untuk urusan pendaftaran je. Bila pakar cakap macam tu, barulah kami sedar dan faham yang kes Adam memang sangat kritikal. Sampaikan urusan pembedahan pun tak boleh ditangguhkan lagi. Once confirmed, mesti dibuat immediately. Aku macam di awang-awangan je masa tu. Otak aku macam tengah struggle ‘penat’ nak hadamkan macam-macam perkara dalam satu hari ni.
Hari yang dirasakan begitu panjang seumur hidup ini..
Next Entri : Malam Pembedahan yang Mendebarkan.