Friday, August 28, 2015

Rombongan Istimewa.

P1100837P1100835P1100838

Beberapa hari sebelum raya, barulah adik lelaki bertuah aku sorang tu menyatakan hasrat nak hantar rombongan istimewa, nak pinang anak dara orang. Mau tak panik aku selaku Kak Long kepoh ni sebab tau dah memang sah-sah lah aku yang kena jadik tukang gubah hantaran dia nanti. Orang lain sibuk last minute shopping raya, aku sorang menggelabah carik bunga dulang nak buat hantaran untuk adik kesayangan. Kenang jasa Along ni, Nip! Mane nak dapat akak segigih aku ni hah.

 

P1100860P1100865

Nama pun benda baik, Alhamdulillah semua berjalan lancar biarpur dirancang dalam masa yang singkat. Berangkatlah kami anak-beranak pada pagi raya ketiga membawak rombongan yang diketuai oleh Abah. Dengan selamba, Abah yang pinang sendiri untuk anak bujang sorang dia tu, tak payah nak ada jurucakap wakil keluarga bagai. heh.

 

P1100902

Bakal satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga. Siap laaaa kena buli cuci periuk belanga, jadik bibik semua. Seram tak, seram tak? tehehehehe.

 

P1100922P1100842

Mujur lah barang hantaran tak banyak. Ada lima je. Hiasan pun aku buat simple je, takde gubah beriya pun. Lagipun, hantaran dari pihak lelaki, kan. Sempoi je lah. Elok sampai dari Ganu pukul 10 malam tu, bersengkang mata aku siapkan sampai pukul 2 pagi hoii.

 

P1100941

Bekas tunang ai masa tahun 2007 bersama dua anaknya. Masih kacak bergaya lagi gagah perkasa. Eh.

 

P1100961P1100970

Sesi fotogedik kedua-dua belah famili. Sama lima beradik. Makin meriah keluarga kami tahun depan, InsyaAllah. Mudah-mudahan dipermudahkan.

 

 

HER : Terkenang pulak majlis tunang aku dan Cfu 8 tahun lepas. Pun buat masa raya. Siap pasang balai dah macam nak kenduri kahwin rupanya. Anak sulung lah katakan.

Wednesday, August 26, 2015

Aidilfitri 2015.

Seperti yang dijanjikan, siap jugak entri raya Aidilfitri ni sebelum tibanya raya Haji. hihi

 

P1100726

Memandangkan Cfu dua beradik je, setiap kali giliran raya kat Terengganu, berpakatlah kami dua beradik to make sure salah seorang mesti beraya kat sini. Kalau tak, kesian pulak Mak Ayah mentua tinggal berdua nanti. So, tahun ni, giliran kami anak-beranak menghuru-hara kan rumah Tokki dan Tok Nana. Berempat je padahal, tapi riuhnya sekampung pun boleh roboh (-_-“)

 

P_20150717_102913

Menu pagi raya kat Ganu memang meriah sangat! Nasik Dagang, Laksa Terengganu, Nasik Minyak, Pulut Kuning, Satay, Kari Ayam eh sebut je lah nak apa. Semuaaa pun ada. Beza dengan Johor. Selagi tak masuk raya ketiga, selagi tu lah korang hadap ketupat, lodeh dan rendang sampai muak. Untung kat aku lah sebab merasa semua jenis makanan baik kat Ganu mahupun Johor. Tu yang asal raya pertama je, mesti perut meragam sebab tuan dia main sumbatttt je tak pandang kiri kanan. heh.

 

P_20150717_103328P1100774

Lihatlahhhh. Meriah, kannnn ?!! (-_-“)

 

P1100799

Sebahagian saudara-mara terdekat family belah Cfu.

 

P1100806

Macam biasa, raya kedua, kami bertolak ke kampung sebelah lagi. So, raya ketiga baru lah ada sesi bermaaf-maafan dan bagi ang pow. Huru-hara macam biasa. Tahun ni, baju sedondon kebetulan kami ada family event hari tu. Dah alang-alang sedondon, terus pergi ambik gambar kat studio since gambar family yang tergantung kat umah Mak Abah tu masa Alfiy still dalam hari. 5 tahun dah kot. Besor godang dah anak Mak.

 

P1100824P1100827

Raya tahun ni, Alfiy dah mula faham sikit-sikit pasal raya. Dah pandai salam mintak maaf, ucap Selamat Hari Raya. Suka betul dia bila diajak pergi beraya. Lepas tu, tak puas hati kalau beraya rumah sikit sangat. Mesti nak paling kurang, 2 buah rumah. Cuma satu habit dia yang suka check amount duit raya dalam sampul right after orang bagi lepas tu sebut kuat-kuat berapa ringgit dia dapat, belum dapat diatasi lagi. Haih. Perangai siapa lah ni. hhmmppffttt.

 

IMG-20150719-WA0018P1100945

Kekanak bersama bibik-bibik kesayangan. Kalau balik Johor, kitorang memang boleh tarik nafas lega, kasik rehat sikit. Masing-masing dok berkepittt je dengan makcik diorang ni la. Bagi chan laa MakPak nya nak berdating kejap.

 

IMG-20150723-WA0003P1100773

Gambar raya atas sofa dengan family di Terengganu dan Johor. Dua-dua pun meriah dengan tambahan sorang ahli keluarga baru. My family, my pride. Saaaayanggg semuaaa.

 

Moga kita semua di limpahi rahmat dan sentiasa di bawah lindungan kasih sayang-Nya.

Jumpa lagi Aidilfitri tahun depan, InsyaAllah!

 

 

HER : Raya is all about family. Tak kira lah di mana family kita berada, di situ lah makna ‘raya’ sebenar untuk kita.

Monday, August 10, 2015

Gambar Raya Atas Sofa Tahun 2015.

Sebelum entri raya menjadik basi, tidak hip dan usah dipedulikan lagi, layan dulu gambar tipikal pagi raya kami empat beranak atas sofa ni ok. Tahun ni agak special sebab ada dua gambar atas sofa. Kebetulan ada family event masa raya ke-tiga hari tu, yang membawak kami ambik gambar kat studio, yang akan diceritakan dalam entri khas yang lain.

 

Wahhhh cita-cita tinggi gitu.

 

P1100781_thumb[22]

Raya pertama atas sofa kat umah mentua di Terengganu. Masih lagi mengekalkan sofa dan bilangan orang yang sama seperti tahun lalu. Tema adalah baju raya GST, sebab ikut warna Baju Melayu yang Cfu dah sedia ada. Jimat cermat, katanya. Gambar ni memang special untuk tatapan blog readers Xeatopia je tau. Takde expose kat media sosial lain *feeling artis sangat tau puiii* Lihatlah, betapa istimewa nya kamu di hati ku.

 

IMG_20150720_092615

Ini pulak gambar raya ketiga atas sofa dalam studio di Johor. Agak misteri sebab bayang dan kaki sofa tidak kelihatan dalam gambar. Macam acah-acah terapung atas awan, gitu. Baju sedondon anak-beranak ‘Mak ko Ijau’ ini ditaja oleh Bonda sempena beliau bersara. Last minit baru jumpa tailor. Mujur selesa dan puas hati dengan kualiti jahitan biarpun dengan upah yang sangat murah. RM 30 je untuk upah jahit baju kebaya. Total upah baju kami anak-beranak RM 150 sahaja. Mane nak jumpa kat KL ni oiiii.

 

Adakah gambar tipikal atas sofa ini akan berubah dari segi rupa gaya sofa mahupun bilangan orang ataupun saiz kelibat badan tuan puan dalam gambar pada raya tahun akan datang ??!

 

Sama-sama kita saksikan. Hewhewhew.

SELAMAT HARI RAYA, KORANG. MAAF ZAHIR BATIN!

 

 

HER : Baru sibuk nak mengarang entri raya dan berdoa agar siap sebelum tibanya raya haji :p